Kad bunyi adalah kad tambahan komputer yang boleh menerima input dan mengeluar output bunyi dengan kawalan perisian.
Kad bunyi yang biasa termasuk cip bunyi biasanya mempunyai ciri penukar digit ke analog yang menukarkan bunyi gelombang digit atau dirakamkan kepada format analog. Isyarat ini dialirkan kepada penyambung (jenis fon telinga) di mana kabel penyambung kepada amplifier atau destinasi seumpamanya boleh dicucuk masuk.
Kad bunyi juga mempunyai penyambung "line in" di mana signal bunyi dari perakam pita atau sumber bunyi seumpamanya boleh disambungkan. Kad bunyi boleh mendigitkan isyarat ini dan menyimpannya (dikawal oleh perisian komputer selaras) pada cakera keras komputer.)
Sambungan luar biasa pada kad bunyi biasa, digunakan untuk menyambung secara langsung kepada mikrofon. Bunyinya boleh dirakamkan kepada cakera keras atau di proses (sebagai contoh perisian pengecaman pertuturan atau untuk Suara melalui IP ( Voice over IP )).
Salah satu pengeluar kad bunyi bagi IBM PC merupakan AdLib, yang menghasilkan kad berasaskan cip bunyi Yamaha YM3812, dengan itu aka OPL2. Set ini merupakan piawaian-de facto sehingga Creative Labs menghasilkan kad Sound Blaster, yang mempunyai YM3812 tambah kopemproses bunyi (jangkaannya mikropengawal Intel) yang secara kreatif dipanggil "DSP" oleh Creative, yang membayangkan ia merupakan pemproses isyarat digital; beberapa tahun berlalu sebelum Creative menghasilkan kad yang mampu merakam dan menghasilkan bunyi semula pada masa yang sama, tanpa menyentuh tentang menghasilkan prosessing secara langsung. Sound Blaster, bersama pemacu CD-ROM murah pertama dan teknologi video yang berkembang, membawa masuk era baru keupayaan komputer, di mana ia mampu memainkan kembali audio CD, menambah dialog pra-rakam pada permainan komputer, dan juga memainkan wayang (walaupun dalam bentuk klip pendek dan kualiti yang rendah, tidak setanding dengan video digit moden.).
Kad bunyi awal tidak mampu merakam dan menghasilkan bunyi serentak. Kebanyakan kad bunyi masakini adalah dupleks penuh.
Akhir 1990-an banyak pengeluar komputer mula menggantikan kad bunyi cucuk masuk dengan codec yang disertakan bersama papan induk. Kebanyakkannya menggunakan spesifikasi AC97 Intel. Pengeluar yang lain menggunakan slot ACR yang lebih murah.
Seni bina pemacu
Untuk menggunakan kad bunyi, sesetengah sistem pengendalian biasanya memerlukan pemacu peranti khas.
- Microsoft Windows menggunakan pemacu hak milik yang dibekalkan oleh pengeluar kad bunyi dan dibekalkan kepada Microsoft untuk dimasukkan dalam pengedaran. Kadang kala pemacu juga dibekalkan oleh penjual persendirian untuk di pindah terima dan pemasangan.
- Kerangka Linux digunakan dalam pengagihan Linux mempunyai dua seni bina pemacu, [[Sistem Bunyi Terbuka (Open Sound System) dan ALSA (Advanced Linux Sound Architecture). Kedua-dua menyertakan pemacu untuk kebanyakan kad secara ingkar. Pengeluar kad bunyi jarang sekali menghasilkan pemacu hak milik untuk Linux.
- Spesifikasi USB menetapkan antaramuka piawai untuk diikuti oleh pengeluar kad bunyi, membenarkan pemacu tunggal untuk berfungsi bersama pelbagai kad bunyi USB di pasaran.
Lihat juga
Rujukan
Rencana ini pada asalnya berdasarkan bahan daripada Free On-line Dictionary of Computing yang dilesenkan di bawah GFDL.