Penternakan ikan merujuk kepada pemeliharaan dan pembiakan ikan secara komersial yang dilakukan dalam kawasan terkawal, biasanya untuk menjaminkan bekalan makanan, membiakkan ikan hiasan atau sebagai rekreasi seperti memancing. Perkara ini merupakan asas bagi akuakultur.
Jenis-jenis ikan yang paling banyak diternak termasuklah kap, tilapia, salmon dan keli.[1]
Menurut Pertubuhan Makanan dan Pertanian, penternakan ikan membawa pulangan sebanyak 33.8 juta tan dengan pendapatan bernilai AS$60 bilion pada 2008.[1] Pada 2016, 50% daripada jumlah makanan laut global dihasilkan melalui akuakultur.[2]
Rujukan
- ^ a b World aquaculture production of fish, crustaceans, molluscs, etc., by principal species in 2013[pautan mati kekal] FAO Yearbook of Fisheries Statistics 2014
- ^ Aquaculture, Office of. "Basic Questions about Aquaculture :: Office of Aquaculture". www.nmfs.noaa.gov. Dicapai pada 2016-06-09.
Pautan luar
- Kategori berkenaan Penternakan ikan di Wikimedia Commons