Penaklukan Goa | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Konflik Portugal-Uthmaniyyah | |||||||
Peta Goa, dari Histoire générale des Voyages, de la Harpe, 1750. | |||||||
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
Empayar Portugal Empayar Vijayanagara |
Kesultanan Bijapur Empayar Uthmaniyyah | ||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
Afonso de Albuquerque Thimayya | Yusuf Adil Shah | ||||||
Kekuatan | |||||||
1500 Portugis 300 Malabar 34 kapal | 9000 askar | ||||||
Kerugian dan korban | |||||||
Tidak diketahui | 6000 orang mati |
Penaklukan Portugal ke atas Goa terjadi pada tahun 1510 bagi pihak laksamana Portugal, Afonso de Albuquerque. Goa (juga Goa Lama atau Velha Goa) bukan merupakan kota di dalam senarai kota Albuquerque yang diperintah untuk ditawan oleh beliau: Albuquerque telah diberi arahan oleh raja Portugal hanya untuk menakluk Hormuz, Aden dan Melaka.[1]
Goa telah menjadi perbatasan bagi tentera Empayar Uthmaniyyah sejak tahun 1504: sekitar 400 orang tentera di bawah arahan "Mamluk Turki Osmani", seorang berketurunan Parsi dari kota Sâva, bernama Yusuf Adil Shah dari Bijapur.[2]
Albuquerque telah menyerang Goa atas jemputan ketua tempatan, Thimayya, seorang pelarian Hindu dari Goa yang mana merupakan seorang laksamana bagi armada Honavar yang mana telah menerima rayuan penduduk Hindu dari Goa bagi membebaskan diri mereka dari pemerintahan Muslim.[1] Goa merupakan sebuah pelabuhan perdagangan yang besar dan kaya di pantai India.[3]
Latar belakang
Albuquerque pertama kali tiba ke Goa bersama-sama laksamana beliau, António de Noronha pada bulan Februari 1510.[4] Albuquerque berjaya memasuki kota ini pada 17 Februari 1510, dengan sedikit tentangan.[4]
Sebuah pasukan Muslim kemudian tiba untuk menakluk semula Goa.[4] Terkepung, Portugis kemudian akhirnya meninggalkan Goa pada 30 Mei 1510. Goa kembali ke pangkuan bekas pemerintahnya, Ismail Adil Shah, seorang raja Muslim dari Bijapur.[4][5]
Albuquerque berlayar dari Cannanore (ibukota Kolathunad) dan tiba tiga bulan kemudian, pada 25 November, dengan sebuah armada yang kuat, terdiri dari 34 buah kapal, 1500 orang tentera Portugis dan 300 orang Malabar.[4] Beliau kemudian bersatu dengan pasukan Thimayya di Honavar.[4] Albuquerque bimbang akan persekutuan di antara Goa dan Gujarat, Zamorin dari Calicut dan Mamluk dari Mesir.[4]
Albuquerque kemudian dapat menawan kembali Goa dalam masa kurang dari sehari, dari Ismail Adil Shah dan sekutu Uthmaniyah beliau, yang mana menyerah diri pada 10 Disember. Albuquerque telah menakluk Goa tanpa arahan dari raja, dan telah ditentang oleh para kepten beliau. Raja kemudian mencabar penempatan Portugis di Goa, tetapi majlis fidalgo akhirnya mengesahkan penawanan ini, di sebalik kemurkaan raja.[1] Walaubagaimanapun, kedudukan strategik Goa memperkuatkan kehadiran Portugal di India.[1]
Portugal masih ragu akan kedudukan mereka di India, sepertimana pada tahun 1542 dan 1570 di mana mereka bertelagah sama ada patutkah mereka meninggalkan Estado da India bagi menumpukan perhatian ke atas penaklukan Morocco.[1]
Lihat juga
Nota
- ^ a b c d e Conversions and citizenry: Goa under Portugal, 1510-1610 Délio de Mendonça p.82ff [1]
- ^ The itinerary of Ludovico di Varthema of Bologna from 1502 to 1508 by Lodovico de Varthema, Ludovico Di Varthema p.52
- ^ Asia in the making of Europe by Donald Frederick Lach p.391
- ^ a b c d e f g History of the Portuguese navigation in India, 1497-1600 by K. M. Mathew p.191 [2]
- ^ A history of the two Indies by Raynal p.6