Pembelian Gadsden (dikenali sebagai Venta de La Mesilla, atau "Perjanjian La Mesilla", di Mexico[2]) merupakan sebuah kawasan seluas 29,670 batu persegi (76,800 kilometer persegi) yang kini terletak di dalam wilayah selatan Arizona dan New Mexico yang mana telah dibeli oleh Amerika Syarikat dalam satu perjanjian yang telah ditandatangani oleh Presiden Franklin Pierce pada 4 Jun, 1853. Perjanjian ini kemudian disahkan oleh Senat A.S pada 25 April, 1854. Perjanjian ini telah dinamakan sempena James Gadsden, seorang duta Amerika Syarikat ke Mexico pada waktu itu. Pembelian ini termasuk tanah di selatan Sungai Gila dan barat Rio Grande. Pembelian Gadsden bertujuan untuk membolehkan pembinaan landasan keretapi merentas benua dilakukan di sepanjang laluan paling selatan, yang merupakan sebahagian rundingan yang diperlukan bagi memuktamadkan isu-isu sempadan yang masih belum diselesaikan sejak dari Perjanjian Guadalupe-Hidalgo, yang mana telah menamatkan Perang Mexico-Amerika pada 1846–1848.
Semasa era landasan keretapi berkembang, penduduk selatan A.S yang berorientasikan perniagaan melihat penyambungan jaringan landasan keretapi di antara selatan A.S dengan Pantai Laut Pasifik boleh meluaskan peluang perniagaan. Bagaimanapun, keadaan bentuk muka bumi di bahagian selatan Mexican Cession adalah terlalu bergunung-ganang bagi membina laluan terus. Ini memungkinkan laluan sedia ada dipanjangkan ke utara bermula dari hujung bahagian timurnya, yang mana memudahkan penyambungan dengan jaringan landasan keretapi tenggara. Ini jelasnya memberi keuntungan kepada pelabuhan-pelabuhan laut di kawasan utara. Sebarang laluan praktikal dengan terminal di tenggara, bagi mengelakkan kawasan pergunungan, perlu dilencongkan ke arah selatan iaitu di mana terletaknya tanah jajahan Mexico.
Pentadbiran Franklin Pierce, yang dipengaruhi oleh Setiausaha Perang Jefferson Davis, melihat peluang ini bukan hanya mendapatkan tanah bagi membina landasan keretapi, tetapi juga untuk mendapatkan tanah jajahan penting lain di utara Mexico.[3] Akhirnya, tanah untuk pembinaan landasan keretapi telah dibeli dengan harga AS$ 10 juta, tetapi Mexico telah dihalang dari menyerahkan kawasan yang berskala besar. Di Amerika Syarikat, perbahasan berkenaan perjanjian ini telah melibatkan pertikaian berkaitan perhambaan, dan tiada kemajuan besar dalam rancangan atau pembinaan landasan merentas benua ini dapat dilakukan sebelum meletusnya Perang Saudara Amerika.
Nota
- ^ William L. Marcy. "The Avalon Project: Gadsden Purchase Treaty: December 30, 1853". Yale University. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-08-19. Dicapai pada 2008-10-10.
- ^ Ibarra, Ignacio (2004-02-12). "Land sale still thorn to Mexico: Historians say U.S. imperialism behind treaty". Arizona Daily Star. Dicapai pada 2007-10-04. Cite has empty unknown parameter:
|coauthors=
(bantuan) - ^ Nevins p. 84
Bibliografi
- Kluger, Richard. Seizing Destiny: How America Grew From Sea to Shining Sea. (2007) ISBN 978-0-375-41341-4
- Nevins, Allan. Ordeal of the Union: A House Dividing 1852-1857. (1947) SBN 684-10424-5.
- Nichols, Roy Franklin. Franklin Pierce: Young Hickory of the Granite Hills. (1969 2nd. Edition) 8122-7044-4
- Potter, David N. The Impending Crisis 1848-1861. (1976) ISBN 0-06-131929-5
- Richards, The California Gold Rush and the Coming of the Civil War. (2007) ISBN 0-307-26520-X
- Roberson, Jere W. "The South and the Pacific Railroad, 1845-1855." The Western Historical Quarterly, Vol. 5, No. 2, (Apr., 1974), pp. 163-186. JSTOR
Lihat juga
Pautan luar
- US Geological Survey Diarkibkan 2007-10-25 di Wayback Machine USGS Public Lands Survey Map including survey township (6 mile) lines
- 1855 map Diarkibkan 2007-10-12 di Wayback Machine with some proposed railroad routes
- National Park Service Map including route of the Southern Pacific railroad finally built in the 1880s
- US Department of State - Gadsden Purchase, 1853-1854, Office of the Historian