
| Fizik nuklear | ||||||||||||||
| Pereputan radioaktif Pembelahan nuklear Pelakuran nuklear
| ||||||||||||||
Lakuran nuklear ialah tindak balas dua atau lebih nukleus atom bergabung untuk membentuk nukleus yang lebih besar. Perbezaan jisim antara bahan tindak balas dan produk ditunjukkan sama ada sebagai pelepasan atau penyerapan tenaga. Perbezaan jisim ini timbul akibat perbezaan tenaga pengikatan nuklear antara nukleus atom sebelum dan selepas tindak balas pelakuran. Pelakuran nuklear ialah proses yang membekalkan tenaga kepada semua bintang aktif melalui pelbagai laluan tindak balas.
Proses lakuran memerlukan produk tiga kali ganda suhu, ketumpatan dan masa terbendung yang sangat besar. Keadaan ini hanya berlaku dalam teras najam, senjata nuklear canggih dan hampir dicapai dalam eksperimen tenaga lakuran nuklear.
Proses lakuran nuklear yang menghasilkan nukleus atom yang lebih ringan daripada nikel-62 biasanya bersifat eksotermik disebabkan oleh kecerunan positif lengkung tenaga pengikat nuklear. Nukleus yang paling boleh lakur adalah antara yang paling ringan, terutamanya deuterium, tritium, dan helium-3. Proses sebaliknya, pembelahan nuklear menghasilkan tenaga paling tinggi untuk nukleus yang sangat berat, terutamanya [[aktinida[[.
Aplikasi pelakuran termasuk kuasa pelakuran, senjata termonuklear, senjata pembelahan terangsang, sumber neutron dan pengeluaran unsur berat luar biasa.
Lihat juga
Nota
Bacaan lanjut
- "What is Nuclear Fusion?". NuclearFiles.org.
- S. Atzeni, J. Meyer-ter-Vehn (2004). "Nuclear fusion reactions". The Physics of Inertial Fusion (PDF). University of Oxford Press. ISBN 978-0-19-856264-1.
- G. Brumfiel (22 May 2006). "Chaos could keep fusion under control". Nature. doi:10.1038/news060522-2.
- R.W. Bussard (9 November 2006). "Should Google Go Nuclear? Clean, Cheap, Nuclear Power". Google TechTalks.
- A. Wenisch, R. Kromp, D. Reinberger (November 2007). "Science of Fiction: Is there a Future for Nuclear?" (PDF). Austrian Institute of Ecology.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
- W.J. Nuttall (September 2008). "Fusion as an Energy Source: Challenges and Opportunities" (PDF). Institute of Physics Report. Institute of Physics.
Pautan luar
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Lakuran nuklear. |
- (Inggeris)NuclearFiles.org—Tempat simpan dokumen-dokumen berkaitan tenaga nuklear.
- (Inggeris)Bibliografi bercatat mengenai lakuran nuklear daripada Perpustakaan Digital Alsos Digital Library mengenai Isu Nuklear Diarkibkan 2016-03-04 di Wayback Machine
- Organisasi
- (Inggeris)Tapak web ITER (International Thermonuclear Experimental Reactor)
- Nuklear Malaysia Agensi Nuklear Malaysia
- (Inggeris)Tapak web CCFE (Culham Centre for Fusion Energy)
- (Inggeris)Tapak web JET (Joint European Torus)








