| Teritip jari kaki | |
|---|---|
| Pollicipes pollicipes | |
| Pengelasan saintifik | |
| Domain: | |
| Alam: | |
| Filum: | |
| Kelas: | |
| Subkelas: | |
| Infrakelas: | |
| Order: | Pedunculata Lamarck, 1818
|
| Klasifikasi | |
|
Lihat teks | |
Teritip jari kaki (bahasa Latin: pollicipedem lakuran pollex 'ibu jari' and pes 'kaki'[1]) adalah haiwan penyaring yang hidup menempel permukaan keras batu dan barang hanyutan bertapak di zon pasang surut laut. Teritip ini rata-rata dalam Pollicipes termasuk dalam ordo taksonomi Pedunculata, tetapi ordo tersebut diketahui bersifat polifili, dengan anggotanya tersebar di ordo lain dalam infrakelas Thoracica.[2][3][4]

Habitat
Beberapa spesiesnya seperti Lepas anatifera hidup di zon pelagik dan paling sering ditemukan di perairan pasang surut lautan. Tidak seperti kebanyakan jenis teritip lainnya, mis. Pollicipes pollicipes dan polimerus bergantung pada pergerakan air yang menghanyutkan makanan senang ditangkap sirus, sehingga hanya ditemukan di pantai terdedah.
Sebagai bahan makanan

Di Semenanjung Iberia, teritip ini (percebe turunan kata Latin pollicipedem[1]) ditangkap secara komersial di Galicia dan Asturias, tetapi juga di pantai Alentejo barat daya Portugal dan juga diimport dari negara lain khususnya Maghribi. Spesies yang lebih besar tetapi kurang enak yakni P. polymerus juga diekspor ke Sepanyol dari Kanada hingga dihentikan kerajaan Kanada tahun 1999 kerana mengurangnya bekalan. Di Sepanyol, teritip ini direbus kilas dalam air garam dan disaji panas-panas. Untuk memakannya, kaki berbentuk berlian dipicit keluar dari cengkerangnya, kukunya dicabut dan sisa dagingnya dimakan.[5] Masyarakat peribumi California memakan batang P. polymerus setelah dimasak timbus dengan bara api panas.[6]
Kepercayaan kuno
Masyarakat Eropah zaman pertengahan menyangka teritip ini asal angsa muka putih yang tidak dilihat bersarang di pantai-pantai benua itu,[7] maka mereka menyimpulkan ia mungkin keluar dari pohon teritip besar tertumbuh pada kayu hanyut.[8] Kepercayaan ini paling masyhur dari penulisan Topographia Hibernica ("Kaji Rupa Bumi Ireland") tahun 1817 oleh Gerard de Barry, kerani berkhidmat di bawah Raja John penguasa England:
Nature produces [Bernacae] against Nature in the most extraordinary way. They are like marsh geese but somewhat smaller. They are produced from fir timber tossed along the sea, and are at first like gum. Afterwards they hang down by their beaks as if they were a seaweed attached to the timber, and are surrounded by shells in order to grow more freely. Having thus in process of time been clothed with a strong coat of feathers, they either fall into the water or fly freely away into the air. They derived their food and growth from the sap of the wood or from the sea, by a secret and most wonderful process of alimentation. I have frequently seen, with my own eyes, more than a thousand of these small bodies of birds, hanging down on the sea-shore from one piece of timber, enclosed in their shells, and already formed. They do not breed and lay eggs like other birds, nor do they ever hatch any eggs, nor do they seem to build nests in any corner of the earth.[9]
("Alam menjadikan [angsa muka putih] dengan cara yang paling ajaib. [Badannya] laksana angsa paya tetapi agak lebih kecil. Mereka dijadikan dari balak fur terhumban ke laut, dan mulanya [lahir terjojol] seperti getah. Kemudiannya mereka tertonggek seakan rumpai menjuntai pada balak dan dilitup cengkerang supaya membesar dengan lebih terlindung. Setelah sekian lama tumbuh bulu keras, mereka terjun ke dalam laut atau terbang di udara. Mereka makan dan membesar dari getah balak asal mereka atau dari laut dalam cara yang tersembunyia dan sungguh menakjubkan. Saya acapkali melihat dengan mata sendiri lebih ribuan badan kecil beburung ini menjuntai dari sebatang balak, ditutup cangkerang, dan lahir sempurna. Mereka tidak mengawan dan bertelur seperti burung lain apatah lagi bersarang di mana-mana pelusuk bumi")
Oleh itu, teritip ini yang lama-lama dijolok "teritip angsa" (goose barnacle, Entenmuscheln) sering disangka boleh dimakan kerana bukannya daging haiwan yang lazim diharamkan pemakanannya oleh aliran Kristian tertentu pada hari-hari Jumaat atau Ambang Paskah.[7] Kepercayaan ini menghilang seiring kajian petunjuk pada lewat abad ke-19 bahawa angsa ini berhijrah sejauh Greenland dan utara Scandinavia untuk bersarang.[10][11]
-
Angsa muka putih di Sweden
-
Dari manuskrip Harley 4751 f. 36, Perpustakaan British
-
Gambaran olok-olok menjelaskan kepercayaan kuno ini di Muzium Kobenhavn
Rujukan
- ^ a b Coromines, Joan (1954). Diccionario crítico etimológico de la lengua castellana (dalam bahasa Sepanyol). III: L-RE. m/s. 740.
- ^ Chan, Benny K. K.; Dreyer, Niklas; Gale, Andy S.; Glenner, Henrik; dll. (2021). "The evolutionary diversity of barnacles, with an updated classification of fossil and living forms". Zoological Journal of the Linnean Society. 193 (3): 789–846. doi:10.1093/zoolinnean/zlaa160. hdl:11250/2990967.
- ^ Buckeridge, John; Newman, William (2006). "A revision of the Iblidae and the stalked barnacles (Crustacea: Cirripedia: Thoracica), including new ordinal, familial and generic taxa, and two new species from New Zealand and Tasmanian waters". Zootaxa. 1136: 1. doi:10.11646/zootaxa.1136.1.1.
- ^ "World Register of Marine Species, Thoracica". Dicapai pada 2021-08-26.
- ^ "Percebes: Grail trail". The Daily Telegraph. 23 April 2004.
- ^ The Natural World of the California Indians. By Robert F. Heizer and Albert B. Elsasser.
- ^ a b Michael Allaby (2009). "Barnacles". Animals: from Mythology to Zoology. Infobase Publishing. m/s. 75–77. ISBN 978-0-8160-6101-3.
- ^ Beatrice White (1945). "Whale-hunting, the barnacle goose, and the date of the "Ancrene Riwle". Three notes on Old and Middle English". The Modern Language Review. 40 (3): 205–207. doi:10.2307/3716844. JSTOR 3716844.
- ^ Giraldus Cambrensis "Topographica Hiberniae" (1187), dipetik Edward Heron-Allen dalam Barnacles in Nature and in Myth, 1928, reprinted in 2003, m/s. 10. ISBN 0-7661-5755-5.
- ^ Kenicer, G. J. (2020). Plant Magic, Edinburgh, Royal Botanic Garden Edinburgh; pp 150–151.
- ^ Mayntz, M. (2020). Migration: Exploring the Remarkable Journeys of Birds. London: Quadrille; pp 110–111; the following article provides a comprehensive historical account of the Barnacle Goose Myth, Lappo, E. G., Popovkina, A. B. & Mooij, J. H. (2019). About geese growing on trees The Medieval interpretation of the Barnacle and Brent goose origin. Goose Bulletin, 24(July), 8–21; retrieved from https://cms.geese.org/sites/default/files/Goose%20Bulletin24.pdf (25th January 2021). Not all the sources referenced are available in English.








