Parti Konservatif | |
---|---|
Pemimpin | Erna Solberg |
Ketua parlimen | Erna Solberg |
Ditubuhkan | 1884 |
Ibu pejabat | Oslo |
Sayap belia | Konservatif Muda Norway |
Keanggotaan | ~100,000 (puncak, 1980-an) 28,000 (2011)[1] |
Ideologi | Konservatisme,[2][3] Konservatisme liberal,[4][5] Pro-Eropanisme[6] |
Kedudukan politik | Pertengahan kanan |
Penggabungan Eropah | Parti Rakyat Eropah (Sekutu) |
Penggabungan antarabangsa | Kesatuan Demokrat Antarabangsa |
Warna | biru |
Slogan | "Nye ideer, bedre løsninger" (New ideas, better solutions) |
Parlimen | 48 / 169
|
Majlis Kawasan[7] | 210 / 728
|
Majlis Bandar[8] | 2,349 / 10,781
|
Parlimen Sami | 1 / 39
|
Laman sesawang | |
www.hoyre.no | |
Politik Norway Parti politik Pilihan raya |
Parti Høyre (Parti Konservatif, secara harfiah "Kanan") ialah parti politik pertengahan kanan terbesar di Norway. Ketuanya ketika ini (sejak 2004) ialah Erna Solberg. Sejak 1920-an, parti ini secara konsisten merupakan parti kedua terbesar di Norway, namun diatasi perkembangan Parti Kemajuan pada akhir 1990-an dan 2000-an. Pada 2005, parti ini mendapat keputusan terburuknya dalam pilihan raya, namun telah naik kembali sejak pilihan raya 2009 dan akhir0akhir ini kembali menjadi parti kedua atau ketiga terbesar menurut tinjauan pendapat.[9] Dalam pilihan raya umum pada September 2013, para pengundi mengakhiri pemerintahan lapan tahun Parti Buruh. Satu campuran politik, antara Parti Konservatif dan Parti Kemajuan anti-imigrasi populis, berjaya terpilih selepas menjanjikan potongan cukai, perkhidmatan lebih baik dan peraturan imegresen lebih ketat. Perubahan ini berlaku job Opportunity ketika ekonomi Norway dalam keadaan bagus dengan pengangguran rendah. Ketua parti ini Erna Solberg dijangka membentuk kerajaan tidak lama lagi, menggantikan kerajaan PM Jens Stoltenberg. Solberg berkata kemenangannya merupakan "kemenangan pilihan raya bersejarah bagi parti berhaluan kanan".[10]
Diasaskan pada 1884, Parti Konservatif ialah parti politik kedua tertua di Norway, selepas Parti Liberal.
Prestasi pilihan raya
Pilihan raya parlimen Norway 2013 berakhir dengan kemenangan empat parti berhaluan kanan pembangkang, mendapat 96 daripada 169 kerusi (85 diperlukan bagi majoriti). Pertambahan terbanyak ialah oleh Parti Konservatif,[11] yang mendapat 26.9% undi. Parti Buruh bagaimanapun kekal parti terbesar di parlimen dengan 30.8% undi popular. Mengikut resam kerajaan Buruh Stoltenberg akan menyerahkan kuasa kepada Solberg pada Oktober.[10]
Rujukan
- ^ Libell, Henrik Pryser (28 Ogos 2011). "7 prosent vekst for ungdomspartiene siden 22/7". MandagMorgen (dalam bahasa Norway). Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-03-29. Dicapai pada 26 September 2012.
- ^ Principle programmePDF
- ^ "Information in English", Conservative Party, dicapai pada 7 Mei 2011 Missing or empty
|title=
(bantuan) - ^ "Valgomaten: Riksdekkende 2007". Aftenposten. 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-27. Dicapai pada 29 April 2011.
- ^ Parties and Elections in Europe: The database about parliamentary elections and political parties in Europe, oleh Wolfram Nordsieck
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamasnl
- ^ "Valg 2011: Landsoversikt per parti" (dalam bahasa Norway). Ministry of Local Government and Regional Development. Dicapai pada 18 September 2012.
- ^ "Høgre". Valg 2011 (dalam bahasa Norway). Perbadanan Penyiaran Norway. Dicapai pada 18 September 2012.
- ^ Partibarometeret - TV 2 Diarkibkan 2013-09-17 di Wayback Machine Dicapai September 2013.
- ^ a b "Norway election: Erna Solberg to form new government" BBC News Sept. 9, 2013
- ^ Sarah Farhana (11 Sep 2013). "Parti Konservatif Menang Besar Pilihan Raya Umum Norway". TV3. Dicapai pada 12 September 2013.
Pautan luar
- (Norway) Høyre - Tapak rasmi