Jens Stoltenberg | |
---|---|
Setiausaha Agung NATO ke-13 | |
Menyandang jawatan 1 Oktober 2014 | |
Didahului oleh | Anders Fogh Rasmussen |
Digantikan oleh | Mark Rutte (bakal) |
Perdana Menteri Norway | |
Dalam jawatan 17 Oktober 2005 – 16 Oktober 2013 | |
Raja | Harald V |
Didahului oleh | Kjell Magne Bondevik |
Digantikan oleh | Erna Solberg |
Dalam jawatan 3 Mac 2000 – 19 Oktober 2001 | |
Raja | Harald V |
Didahului oleh | Kjell Magne Bondevik |
Digantikan oleh | Kjell Magne Bondevik |
Ketua Parti Buruh | |
Dalam jawatan 6 April 2002 – 14 June 2014 | |
Didahului oleh | Thorbjørn Jagland |
Menteri Kewangan | |
Dalam jawatan 25 Oktober 1996 – 17 Oktober 1997 | |
Perdana Menteri | Thorbjørn Jagland |
Didahului oleh | Sigbjørn Johnsen |
Digantikan oleh | Gudmund Restad |
Menteri Industri dan Tenaga | |
Dalam jawatan 7 Oktober 1993 – 24 Oktober 1996 | |
Perdana Menteri | Gro Harlem Brundtland |
Didahului oleh | Finn Kristensen |
Digantikan oleh | Grete Faremo |
Ketua Liga Belia Pekerja | |
Dalam jawatan 1985–1989 | |
Didahului oleh | Egil Knudsen |
Digantikan oleh | Turid Birkeland |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Oslo, Norway | 16 Mac 1959
Parti politik | Parti Buruh |
Pasangan | Ingrid Schulerud |
Anak | Axel Anne Catharina |
Tempat belajar | Universiti Oslo |
Bidang pengkhususan | Ahli ekonomi |
Tandatangan | |
Jens Stoltenberg (lahir 16 Mac 1959) ialah seorang ahli politik dari Norway yang berkhidmat sebagai Setiausaha Agung NATO sejak 2014. Beliau pernah menjadi Perdana Menteri Norway sebanyak dua kali, dari 2000 hingga 2001 dan kemudian antara 2005 dan 2013.
Anggota Parti Buruh Norway, Stoltenberg mula dipilih ke Parlimen Norway pada 1993 bagi kawasan bandar raya Oslo. Stoltenberg berkhidmat sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri di Kementerian Alam Sekitar dari 1990-1991. Kemudian dilantik sebagai Menteri Perindustrian (1993-1996) dalam Kabinet Brundtland III. Ekoran peletakan jawatan Brundtland pada 1996, Thorbjørn Jagland dipilih menjadi ketua Parti Buruh dan menjadi Perdana Menteri Norway. Manakala Stoltenberg dilantik sebagai Menteri Kewangan (17 Oktober 1997) sehingga Jagland dan seluruh kerajaan meletak jawatan.
Sebagai pembangkang dalam parlimen, Stoltenberg bertugas memantau hal ehwal tenaga. Ekoran usul tidak percaya terhadap Kabinet Bondevik, Stoltenberg sebagai ketua parlimen pembangkang telah dilantik sebagai Perdana Menteri Norway pada 3 Mac 2000.
Keputusan buruk dalam pilihan raya Parlimen Norway 2001 dan jatuhnya kerajaan beliau pada 19 Oktober 2001, Stoltenberg berjaya mencabar Thorbjørn Jagland untuk kepimpinan parti pada tahun 2002. Beliau memimpin Parti Buruh Norway dan menang dalam Pilihan raya Norway 2005. Beliau membentuk kerajaan campuran dengan Parti Centre (Sp) dan Parti Sosialis Kiri (SV). Beliau dipilih semula pada tahun 2009 untuk satu penggal lagi sebagai Perdana Menteri Norway. Selepas tewas bagi penggal ketiga, beliau meletak jawatan pada 14 Oktober 2013.[2]
Pada 28 Mac 2014, Stoltenberg dilantik oleh Majlis Atlantik Utara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara sebagai Setiausaha Agung NATO dan pengerusi Majlis Atlantik Utara, menggantikan Anders Fogh Rasmussen. Beliau dijadualkan mula berkhidmat pada 1 Oktober 2014.[3]
Serangan 22 Julai 2011
Pada hari Jumaat, 22 Julai 2011, seorang pelampau Kristian bernama Anders Behring Breivik telah meletupkan bom buat sendiri di hadapan pejabat Perdana Menteri di Oslo. Seramai 7 orang terbunuh akibat letupan kuat yang boleh didengar sehingga 20 km. Jens Stoltenberg terselamat kerana ketika itu sedang bekerja dari rumah.
Kemudian pelampau yang bertindak sendiri itu telah menyeberang ke Pulau Utoya dengan berpakaian polis yang lengkap. Dia mengarahkan remaja - remaja 16 tahun yang berkhemah di situ supaya berkumpul. Selepas itu dia melepaskan tembakan dan membunuh orang . Mereka yang melarikan diri dengan berenang ke laut telah ditembak. Perkhemahan itu anjuran Parti Buruh Norway dan dijangka Jens Stoltenberg menyampaikan ucapan di perkhemahan tahunan itu.
Membantah Perang Vietnam
Semasa remaja, Jens Stoltenberg terlibat menghadiri demonstrasi membantah pembabitan Amerika Syarikat menjarah Vietnam dan mengebom bandar pelabuhan Hai Phong pada 1975 . Beliau bersama yang lain turut membaling batu dan memecahkan cermin tingkap Kedutaan Amerika Syarikat di Oslo.Namun begitu dia gagal ditangkap polis walaupun kawasn-kawannya telah diberkas. Tindakannya itu kerana dipengaruhi oleh aliran Marxis-Lenin , sama aliran dengan kakaknya Camilia.
Rujukan
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamab
- ^ Stoltenberg's filled in his resignation to King Harald V 14 Oktober 2013.
- ^ "Nato names Stoltenberg next chief". BBC. BBC. 28 Mac 2014. Dicapai pada 28 Mac 2014.
Jawatan parti politik | ||
---|---|---|
Didahului oleh Egil Knudsen |
Ketua Liga Belia Pekerja 1985–1989 |
Diikuti oleh: Turid Birkeland |
Didahului oleh Thorbjørn Jagland |
Ketua Parti Buruh 2002–kini |
Pemegang jawatan kini |
Jawatan politik | ||
Didahului oleh Finn Kristensen |
Menteri Perdagangan dan Tenaga 1993–1996 |
Diikuti oleh: Grete Knudsen |
Didahului oleh Sigbjørn Johnsen |
Menteri Kewangan 1996–1997 |
Diikuti oleh: Gudmund Restad |
Didahului oleh Kjell Magne Bondevik |
Perdana Menteri Norway 2000–2001 |
Diikuti oleh: Kjell Magne Bondevik |
Perdana Menteri Norway 2005–2013 |
Diikuti oleh: Erna Solberg | |
Jawatan diplomatik | ||
Didahului oleh Anders Fogh Rasmussen |
Bakal Setiausaha Agung NATO 2014–kini |
Pemegang jawatan kini |