Order of Lenin Орден Ленина | |
---|---|
Орден Ленина | |
Dianugerahkan oleh Kesatuan Soviet | |
Jenis | Darjah kebesaran |
Dizahirkan | 6 April 1930 |
Negara | Kesatuan Soviet |
Kelayakan | Orang awam yang menunjukkan khidmat luar biasa untuk Negara,
Anggota tentera yang menjadi contoh, Mereka yang menggalakkan persahabatan dan kerjasama antara rakyat serta memperkukuhkan keamanan Mereka yang menunjukkan khidmat terpuji bagi negara Soviet dan masyarakat |
Status | Dihapuskan |
Pengasas | Joseph Stalin |
Perangkaan | |
Pelantikan pertama | 23 Mei 1930 |
Pelantikan terakhir | 21 Disember 1991 |
Jumlah lantikan | 431,418 |
Susunan keutamaan | |
Lebih tinggi | Wira Kesatuan Soviet |
Lebih rendah | Wira Revolusi Oktober |
sunting · sunting di Wikidata |
Darjah Lenin (Bahasa Rusia: Орден Ленина, Orden Lenina) ialah darjah kebesaran tertinggi yang dikurniakan oleh negara Kesatuan Soviet, sempena nama Vladimir I. Lenin yang merupakan pemimpin Revolusi Oktober Rusia. Darjah ini dikurniakan untuk:
- Orang awam yang menunjukkan khidmat luar biasa untuk Negara,
- Anggota tentera yang menjadi contoh,
- Mereka yang menggalakkan persahabatan dan kerjasama antara rakyat serta memperkukuhkan keamanan
- Mereka yang menunjukkan khidmat terpuji bagi negara Soviet dan masyarakat
Dari tahun 1944 hingga 1957, sebelum kewujudan pingat khidmat lama yang tertentu, darjah ini juga digunakan untuk penganugerahan 25 tahun perkhidmatan cemerlang tentera.
Mereka yang dianugerahkan gelaran "Wira Kesatuan Soviet" dan "Wira Pekerja Sosialis" juga diberikan darjah ini sebagai sebahagian dari anugerah. Ia juga dikurniakan pada bandar raya, syarikat, kilang, wilayah, unit tentera dan kapal. Entiti korporat, perkilangan, pelbagai pusat pendidikan dan unit tentera yang menerima Darjah tersebut berhak memakai nama penuh darjah itu sebagai gelaran rasmi mereka.
Darjah ini telah dizahirkan oleh Jawatankuasa Eksekutif Pusat pada 6 April 1930.
Pautan luar
- (Rusia) Legal Library of the USSR