Onagawa
女川町 | |
---|---|
Town | |
Negara | Jepun |
Kawasan | Tōhoku |
Wilayah | Miyagi |
Daerah | Oshika |
Keluasan | |
• Jumlah | 65.78 km2 (25.40 batu persegi) |
Penduduk (2003) | |
• Jumlah | 11,186 |
• Kepadatan | 170/km2 (440/batu persegi) |
Zon waktu | UTC+9 (Waktu Piawai Jepun) |
Laman sesawang | Pekan Onagawa |
Onagawa (女川町 , Onagawa-chō) ialah sebuah pekan yang terletak di Daerah Oshika, Miyagi, Jepun. Bandar ini ditubukan pada tahun 1926. Onagawa ialah sebuah pekan pelabuhan yang terletak betul-betul di persimpangan dua arus lautan utama. Di sini juga letaknya Loji Kuasa Nuklear Onagawa.
Bencana 2011
Pekan ini mengalami kemusnahan teruk dalam bencana gempa bumi dan tsunami 11 Mac 2011. Tsunami tersebut mencapai ketinggian 15 meter dan melanda sejauh satu kilometer ke pedalaman, meranapkan pusat pekan dan meragut lebih 300 nyawa penduduk sementara 1000 orang lagi hilang jejak.[1][2] Kira-kira 12 daripada 25 tapak pemindahan yang disediakan telah dibanjiri oleh tsunami itu. Pekan ini pernah dilanda oleh tsunami akibat gempa bumi Valdivia 1960.[3]
Dalam satu kejadian yang mendapat perhatian akhbar China, Mitsuru Sato, pengarah pengurusan Sato Suisan, sebuah syarikat pemprosesan ikan di pekan itu, menggadaikan nyawa supaya kesemua pekerja syarikat, termasuk 20 pelatih wanita tetap dari China, berpindah ke tempat tinggi dengan selamat.[4]
Pengangkutan
Keretapi
- Laluan Ishinomaki: Stesen Urashuku - Onagawa
Feri
- Kinkasan
- Enoshima, melalui Izushima
Lebuh raya
- Laluan 398
Rujukan
- ^ India rescue team pitches in, Japan Times 4 April 2011
- ^ NOAA Data
- ^ Kyodo News, "Tsunami hit more than 100 designated evacuation sites", Japan Times, 14 April 2011, p. 1.
- ^ Pulvers, Roger, "Japan's crises spark wide alarm and some unlikely sympathizers", Japan Times, 27 Mac 2011, p. 8.
Pautan luar
Kategori berkenaan Onagawa, Miyagi di Wikimedia Commons
- Onagawa official website (Jepun)