Oh Chentaku | |
---|---|
Berasal dari | Kuala Lumpur, Malaysia |
Genre | |
Tahun aktif | 2007–kini |
Syarikat rakaman | Oh Chentaku Records |
Pengkarya berkait | De Fam, Massacre Conspiracy, Altimet |
Laman sesawang | www |
Ahli |
|
Oh Chentaku ialah sebuah kugiran rock alternatif Malaysia, ditubuhkan pada 2007 oleh Myo (vokal/guitar), Naem (bass) dan Adib. Ahli kugiran mereka terkini terdiri daripada Myo (vokal/gitar irama), Naem (bes), Jack (gitar utama) dan Wawa (keyboard).[1] Mereka telah menerbitkan tiga album—Heartbreak Ridge Was Never This Arrogant (2007), A Suitcase, A Scarf and the Departure (2009) dan Younghearts (2014).
Sebagai kugiran rock yang tidak menandatangani kontrak dengan syarikat rakaman, Oh Chentaku terkenal dengan adunan lagu-lagu hit berentak rock dengan punk, post-hardcore, pop dan elektro serta aktif di seluruh negara dan mengadakan siri lawatan di pelbagai negara-negara Asia termasuk Singapura, Indonesia dan Thailand serta Myo pernah mengadakan jelajah solo di Tokyo, London, Barcelona, York, Dublin, Amsterdam sewaktu beliau melanjutkan pengajian tinggi sarjana perhotelan di HTMi, Switzerland.
Sejarah
Oh Chentaku ditubuhkan pada tahun 2007[1] dengan hanya dianggotai oleh 3 pemuzik yang membawakan muzik pop punk-emo tetapi muzik mereka telah berevolusi kepada rock progresif serta pengaruh pop-punk yang nakal. Pada tahun terawal mereka, semua ahli kumpulan ini mempunyai komitmen kepada kerjaya dan pelajaran masing-masing.[2]
Nasib kumpulan ini berubah apabila vokalis utama, Myo, memutuskan untuk meninggalkan kerjayanya di dalam industri perhotelan dan pelancongan untuk meneruskan minatnya dalam bidang muzik. Dengan penyertaan Amber dan Jimmy sebagai ahli kumpulan mereka telah menyertai dan menjuarai “Battle Of The Indie Bands" anjuran TV9.[2]
Oh Chentaku menimba pengalaman dengan menjelajahi seluruh Malaysia, Singapura serta Indonesia dan telah mengadakan persembahan di pelbagai konsert, festival dan muncul sebagai artis jemputan untuk artis antarabangsa seperti We Are The In Crowd, The Used, The Devil Wears Prada, Taking Back Sunday, Yuna dan ramai lagi. Pada tahun 2013, mereka mendapat tawaran untuk menyertai rancangan realiti TV Versus musim kedua.[2]
Program ini merupakan pertandingan di mana setiap kumpulan diberikan kebebasan untuk menonjolkan kreativiti dan kehebatan memberi persembahan secara langsung. Untuk memantapkan lagi persembahan, Oh Chentaku telah merekrut dua ahli baru, iaitu Jack dan Wawa. Walaupun mereka tidak menjuarai pertandingan ini, mereka telah berjaya menambat hati penonton dan peminat muzik tanahair.[2]
Perhatian ini telah memberi impak yang cukup besar untuk mereka terus meneroka muzik arus perdana. Pada tahun 2014, Oh Chentaku telah meluaskan kuasa mereka menerusi persembahan pentas yang bersemangat sehingga menjadi artis utama untuk acara penutup festival Rock The World di penghujung tahun dan juga siri jelajah album ketiga mereka, Younghearts, OCK Borneo Takeover Tour 2015 serta Kembara Kenchana 2015.
Mereka kemudian muncul bersama De Fam menerusi sebuah lagu Raya bertajuk "#SyawalSW4G" hasil inisiatif daripada Tune Talk.[3]
Di setiap lokasi mereka menghiburkan peminat dengan persembahan 60-90 minit yang telah memberi mereka peluang untuk mendekatkan lagi diri mereka kepada peminat-peminat yang sedia ada dan juga memikat hati peminat baru.[2]
Berikutan populariti mereka yang terus meningkat, Oh Chentaku telah dipelawa untuk menjadi artis utama beberapa konsert dan festival ternama termasuk Rock The World 2012/2013/2014/2015/2016, Festival Muzik Utara 2016, Weekend At The Park 2016, Lovelifest 2017, Rockaway 2017, Art Of Speed 2017 dan Rocktoberfest 2017 (Borneo).[2] Oh Chentaku meraikan ulang tahun ke-10 dengan pelancaran single "Anugerah of the Year" diikuti single terakhir bertajuk "Mungkin Tak Mungkin" sebelum Amber dan Jimmy meninggalkan kumpulan untuk bergerak dengan band projek masing-masing. Oh Chentaku di bantu oleh pemain dram Meor dari kumpulan Subculture untuk dua tahun seperti Konsert Big 4 Malaysia bersama Hujan, Masdo dan OAG, Konsert Subculture Fred Perry, Konsert IndieVaganza di Putrajaya bersama Ella, Toko Kilat, Konsert The Platform Live, Konsert Atas Angin Recovery Show, Fright Night The Revenge, Project E.A.R Album Launch, Rock On Festival 2019 bersama Mayday Parade.
Oh Chentaku berehat seketika sejak dunia diserang wabak penyakit COVID-19 dan persembahan terakhir ialah di Atas Angin Recovery Show dan secara maya di The Platform Live, bersama Hacktick, Midnight Fusic dan Kyoto Protocol pada 2 Julai 2020.
Myo dan Naem pernah menggerakkan projek reunion bersama Adib dan diberi nama OCK OG. Persembahan mereka di ATAS By Bijanfx sold out termasuk 200 keping kaset terhad “WE BREAK UP, WE MAKE UP”, setahun kemudian OCK OG merancakkan Angkasa Online Fest 2020 bersama kumpulan Modread, dengan tujuan menyokong usaha penggiat seni untuk merancakkan kembali arena muzik lokal yang terkesan oleh pandemik Covid-19.[2][4][5]
Ahli kumpulan
- Mior Luqman Hakim Mior Mohd Zain (Myo – vokal/gitar irama)[6]
- Mohd Naim Mohd Noor (Naem - bes)
- Charles Simon Lian (Jack - gitar utama)
- Yuswa Ansari (Wawa - keyboard)
Diskografi
Album studio
- Heartbreak Ridge Was Never This Arrogant (2007)
- A Suitcase, A Scarf and the Departure (2009)
- Younghearts (2014)
Lagu dan single
- "Metropolis" (2009)
- "Off-Broadway Twilights" (2009)
- "Colours" (2009)
- "Ricochet And The Takeovers" (2009)
- "Why Can’t We Destroy?" (2010)
- "Taking On Jupiter" (2010)
- "Jupiter" (2010)
- "Sing It Rock And Roll" (2011)
- "Semangat Satria" (2012)
- "Si Penyelamat" (2013)
- "Terus Mencari" (2014)
- "Syawal Swag" (2015)
- "Gøddess" (2015)
- "Anugerah Of The Year" (2017)[7]
- "Mungkin Tak Mungkin" (2017)
Rujukan
- ^ a b Sharmila Nair (3 Ogos 2011). Get Personal: Oh Chentaku R.AGE. Dicapai pada 9 Januari 2012.
- ^ a b c d e f g Budiey (7 Februari 2018). Ini Cara Sebenar OH CHENTAKU Sambut Ulangtahun Ke-10 Tahun Dalam Industri Sensasi Selebriti. Dicapai pada 7 Februari 2018.
- ^ "Lagu '#SyawalSW4G' dari Oh Chentaku dan De Fam". mStar Online. 14 Julai 2015. Dicapai pada 10 April 2018.
- ^ Kesan khas dalam video muzik Harian Metro (14 Mac 2018). Dicapai pada 14 Mac 2018.
- ^ "Anugerah Of The Year, ulang tahun ke-10 OCK". Kosmo!. 10 April 2018. Dicapai pada 10 April 2018. Check
|archive-url=
value (bantuan) - ^ Farhana Ab Rahman (12 Oktober 2015). Myo akhirnya akui sudah kahwin Berita Harian. Dicapai pada 12 Oktober 2015.
- ^ Oh Chentaku Kembali Dengan 'Anugerah of The Year' Suria FM (14 Februari 2018). Dicapai pada 14 Februari 2018.