Ogos 2008 ialah bulan kelapan untuk tahun lompat. Ia bermula pada hari Jumaat dan berakhir selepas 31 hari pada hari Ahad.
Cuti antarabangsa
- 31 Ogos – Hari Kebangsaan Malaysia
Portal:Hal semasa
Berikut merupakan peristiwa yang berlaku pada bulan ini, diambil daripada arkib Portal:Hal semasa.
- 29 Ogos - Sebuah lagi kapal MISC, kapal tangki MT Bunga Melati V dirampas lanun di perairan Teluk Aden.
- 27 Ogos - Bekas TPM Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) memenangi pilihan raya kecil Permatang Pauh 2008.
- 26 Ogos - Rusia secara rasminya mengakui kemerdekaan Abkhazia dan Ossetia Selatan.
- 25 Ogos - Kedah FA mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia, menjadi kelab pertama berjaya mempertahankan tiga kejuaraan utama.
- 25 Ogos - Qari Indonesia Mu'min Mubarok dan qariah Thailand Fatimah Ha' ra' ti' menjuarai Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa 2008 yang diadakan di Kuala Terengganu.
- 24 Ogos - Sukan Olimpik Beijing 2008 tamat dengan rasminya selepas berlangsung selama 16 hari. Tuan rumah China mendapat pingat emas terbanyak.
- 23 Ogos - Barack Obama memilih Joe Biden, Senator Demokrat dari Delaware, sebagai calon naib presiden di dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat 2008.
- 20 Ogos - Presiden Zambia, Levy Mwanawasa (gambar) meninggal dunia akibat penyakit angin ahmar beberapa minggu sebelumnya.
- 19 Ogos - Pervez Musharraf (gambar) meletakkan jawatan sebagai Presiden Pakistan.
- 18 Ogos - Kapal dagang MT Bunga Melati II milik MISC dirampas lanun di perairan Teluk Aden, antara Somalia dan Yaman.
- 17 Ogos - Michael Phelps memenangi pingat emas kelapannya di Sukan Olimpik Beijing 2008, mengatasi rekod Mark Spitz untuk emas paling banyak dalam satu Sukan Olimpik.
- 16 Ogos - Pelari pecut Jamaica Usain Bolt memenangi pingat emas dalam acara pecut 100-meter dan memecahkan rekod dunia dengan catatan masa 9.69 saat.
- 15 Ogos - Pemimpin Maois Prachanda dilantik sebagai Perdana Menteri Nepal.
- 11 Ogos - Rusia menghentikan serangannya ke atas Georgia dan bersetuju dengan rancangan gencatan senjata Kesatuan Eropah.
- 9 Ogos - Parlimen Georgia meluluskan keadaan perang (gambar pelarian) di seluruh negara untuk 15 hari selepas Rusia membalas serangannya terhadap Ossetia Selatan.
- 4 Ogos - Satu serangan terhadap pos polis berhampiran Kashgar di Xinjiang, China menyebabkan kematian 16 pegawai manakala 16 lagi cedera.