Noragami | |
ノラガミ | |
---|---|
Genre | Aksi, Kuasa ghaib, Fantasi bandar |
Manga | |
Pengarang | Adachitoka |
Penerbit | Kodansha |
Penerbit Lain | |
Demografik | Shōnen |
Majalah Asal | Gekkan Shōnen Magajin Gekkan Shōnen Magajin+ |
Tarikh Pengeluaran | Disember 6, 2010 – kini |
Jilid | 22 + 2 jilid khas |
Siri televisyen anime | |
Pengarah | Kotaro Tamura |
Penerbit | Taku Iwasaki |
Skrip/Penulis | Deko Akao |
Studio | Bones |
Dilesenkan oleh | |
Penyiaran Asal | Tokyo MX, MBS, BS11, TVA |
Tarikh tayangan | 5 Januari 2014 – 23 Mac 2014 |
Episod | 12 + 2 OVA |
Siri televisyen anime | |
Noragami Aragoto | |
Pengarah | Kotaro Tamura |
Skrip/Penulis | Deko Akao |
Lagu/Muzik |
|
Studio | Bones |
Dilesenkan oleh | |
Penyiaran Asal | Tokyo MX, MBS, BS Fuji, RKK, AT-X |
Tarikh tayangan | 2 Oktober 2015 – 25 Disember 2015 |
Episod | 13 + 2 OVA |
Noragami (ノラガミ - 野良神 "dewa liar") merupakan sebuah siri manga dikarang dan diilustrasikan Adachitoka yang mula diterbitkan secara bersiri di dalam Gekkan Shōnen Magajin terbitan Kodansha pada isu Disember 2010. Siri manga ini telah dikumpulkan sebanyak 22 tankōbon setakat Jun 2020.
Sebuah siri televisyen anime 12 episod adaptasi Bones disiarkan dari Januari ke Mac 2014. Musim kedua siri anime ini sepanjang 13 episod disiarkan dari Oktober ke Disember tahun 2015.
Sinopsis
Hiyori Iki, seorang pelajar sekolah menengah rendah biasa, terlibat dalam sebuah kemalangan bas ketika cuba menyelamatkan suatu "lembaga"; lembaga ini rupanya suatu dewa bernama Yato yang berhajat mahu memiliki tempat keramat sendiri dan disebut-sebut namanya. Kejadian ini juga menyebabkan rohnya kerap terkeluar dari badannya sambil mula menyedari kewujudan alam-alam manusia dan alam ghaib yang sejajar, maka Hiyori meminta pertolongan Yato memulihkan keadaannya kembali. Mereka berdua serta seorang roh dijadikan "senjata sakti" (神器, shinki), Yukine, mengembara mengharungi nasib dan kisah silam yang dihayati mereka bertiga.[1]
Senarai watak
Watak utama
- Yato (夜ト )
- Disuarakan oleh: Hiroshi Kamiya
- Yato (atau "Yatogami" digelarnya sendiri) ialah dewa muda dan belum matang yang cuba untuk membina kuil sendiri; dia berpenampilan memakai sut balapan dan selendang. Dia pada dahulunya merupakan dewa kemusnahan (禍津神, magatsukami); namun dia kini lebih menggelar dirinya sebagai "Dewa Pengabulan" (Delivery God, デリバリーゴッド) - dia selalu menconteng nombor telefon bimbitnya merata-rata tempat awam sekiranya orang lain memerlukan bantuannya. Dia akan caj 5 yen - nilai sama diberikan masyarakat Jepun sebagai wang sedekah apabila berdoa di kuil.
- Hiyori Iki (壱岐 ひより , Iki Hiyori)
- Disuarakan oleh: Maaya Uchida
- Pencerita komik iaitu seorang gadis sekolah menengah dari sebuah keluarga senang, ayahnya seorang doktor dan pemilik memiliki sebuah hospital. Selepas Hiyori menyelamatkan Yato, tiba-tiba roh Iki terperangkap di dunia manusia dan dunia roh yang menyebabkan rohnya secara tiba-tiba akan terkeluar dari badannya (hanyou, 半妖); akan ada juga suatu "ekor" di belakang badannya yang menyambungkan rohnya dengan badannya, lalu nyawanya boleh teragut jika "penghubung" tersebut dipotong.
- Yukine (雪音 )
- Disuarakan oleh: Yuki Kaji
- Roh pendamping Yato yang bertindak sebagai senjata sakti (神器, shinki) nya; dia merupakan seseorang yang meninggal pada usia yang muda. Dia begitu pendiam perwatakannya lagi-lagi dengan hubungannya bersama tuannya Yato. Selepas 'diselamatkan' oleh Hiyori, dia menjadi lebih taat kepada Yato dan Hiyori. Dia menjelma sebagai sepasang katana bernama "Sekki" (雪器).
Dewa-dewi (神, kami)
- Tenjin (天神 )
- Disuarakan oleh: Tōru Ōkawa
- Dewa pengetahuan yang serba kaya dengan banyak roh pendamping, sering diganggu kerenah Yato yang menyusahkan alam dan urusan mereka. Dia adakalanya menjelma dalam bentuk manusia jika terpaksa.
- Kofuku (小福 , Kofuku)
- Disuarakan oleh: Aki Toyosaki
- Dewi pembawa kemiskinan dan malapetaka kepada sesiapa yang menyeru kepadanya, juga kekasih Yato.
- Bishamonten (毘沙門天 )
- Disuarakan oleh: Miyuki Sawashiro
- Dewi perang yang membalas dendam terhadap Yato kerana perbuatannya membunuh puak roh pendampingnya suatu ketika dahulu.
- Rabō (蠃蚌 , Rabō)
- Disuarakan oleh: Takahiro Sakurai
- Merupakan pahlawan seperjuangan Yato semasa zaman dahulu, malah turut menjadi dewa sama peranan yang membunuh roh atau manusia sesuka hatinya. Watak ini lebih ditonjolkan dalam anime.
Shinki (神器, "alat sakti")
Roh-roh manusia yang telah meninggal dunia tanpa disedari menjelma sebagai barangan berkuasa kuasa yang boleh dipunyai dewa-dewi.
- Mayu (真喩 )
- Disuarakan oleh: Asami Imai (Bahasa Jepun), Leah Clark (Bahasa Inggeris)
- Bekas pendamping Yato di bawah jelmaan suatu pisau bernama "Tomone" (伴音), dia kini milik Tenjin.
- Kazuma (兆麻 )
- Disuarakan oleh: Jun Fukuyama (Bahasa Jepun), Eric Vale (Bahasa Inggeris)
- Salah satu Shinki Bishamonten dan roh kepercayaan Bishamonten sejak dahulukala. Dia menjelma sebagai sebentuk subang berbentuk bunga bernama "Chōki" (兆器 ).
- Daikoku (大黒 )
- Disuarakan oleh: Daisuke Ono (Bahasa Jepun), Ian Sinclair (Bahasa Inggeris)
- Shinki Kofuku yang terlebih melindunginya. Dia menjelma sebagai suatu kipas tangan bernama "Kokki" (黒器 ) .
- Nora (野良 )
- Disuarakan oleh: Rie Kugimiya (Bahasa Jepun), Lauren Landa (Bahasa Inggeris)
- Kuraha (囷巴 )
- Disuarakan oleh: Kazuhiko Inoue (Bahasa Jepun), Greg Dulcie (Bahasa Inggeris)
- Kugaha (陸巴 )
- Disuarakan oleh: Takanori Hoshino (Bahasa Jepun), Phil Parsons (Bahasa Inggeris)
- Aiha (藍巴 )
- Disuarakan oleh: Hisako Tōjō (Bahasa Jepun), Michelle Rojas (Bahasa Inggeris)
- Akiha (秋巴 )
- Disuarakan oleh: Shinya Takahashi (Bahasa Jepun), Seth Magill (Bahasa Inggeris)
- Karuha (刈巴 )
- Disuarakan oleh: Satomi Akesaka (Bahasa Jepun), Colleen Clinkenbeard (Bahasa Inggeris)
- Kazuha (数巴 )
- Disuarakan oleh: Satomi Akesaka (Bahasa Jepun), Colleen Clinkenbeard (Bahasa Inggeris)
- Kinuha (紝巴 )
- Disuarakan oleh: Kanami Satou (Bahasa Jepun), Mallorie Rodak (Bahasa Inggeris)
- Tsuguha (紹巴 )
- Disuarakan oleh: Ari Ozawa (Bahasa Jepun), Monica Rial (Bahasa Inggeris)
- Yugiha (靫巴 )
- Disuarakan oleh: Mariko Higashiuchi (Bahasa Jepun), Ricco Fajardo (Bahasa Inggeris)
Lain
- Tsuyu (梅雨 )
- Disuarakan oleh: Saori Hayami
- Kouto Fujisaki (藤崎 浩人 )
- Disuarakan oleh: Kaito Ishikawa
- Mutsumi (睦美 )
- Disuarakan oleh: Mikako Komatsu
Media
Manga
Noragami mula wujud sebagai sebuah siri manga dikaryakan Adachitoka dan diterbitkan oleh Kodansha. Siri ini muncul pertama kali pada Gekkan Shōnen Magajin edisi Januari 2011 yang terbit pada 6 Disember 2010.[2] Bab ekstra diterbitkan dalam sebuah majalah sempalan, Gekkan Shōnen Magajin+ sejak 2011 dan dihimpunkan dalam jilid tunggal berjudul Noragami Shūishū (ノラガミ拾遺集 ).[3] Siri ini diedarkan di Amerika Utara oleh Kodansha Comics USA dengan judul Noragami: Stray God.[4]
Anime
Siri anime mengadaptasi manga ini dihasilkan studio Bones di bawah sutradara Kotaro Tamura dengan skrip oleh Deko Akao dan rekaan watak oleh Toshihiro Kawamoto.[5] Episod pertama siri ini mendapat tayangan perdana di Anime Festival Asia 2013 pada tanggal 10 November 2013.[6] Anime ini tayang perdana di Jepun pada 5 Januari 2014 dalam Tokyo MX lalu kemudian menyusul di stesen-stesen serangkai lainnya. Episod terakhirnya pula ditayangkan pada 23 Mac 2014. Dua episod tambahan dirilis dalam bentuk DVD yang disertakan dalam edisi terhad manga jilid 10 dan 11 yang diterbitkan pada 17 Februari dan 17 Julai 2014.[5] Lagu tema pembukanya ialah "Goya no Machiawase" (午夜の待ち合わせ ) dengan lirik oleh Shuntarō dan dibawakan oleh Hello Sleepwalkers manakala lagu tema penutupnya ialah "Heart Realize" (ハートリアライズ ) dengan lirik dan gubahan oleh Supercell dan dibawakan oleh Tia.
Funimation melesenkan anime tersebut untuk penstriman di Amerika Utara.[7][8] Manakala Madman Entertainment melesenkan anime tersebut untuk peredaran di Australia dan New Zealand.[9][10]
Musim kedua anime yang bertajuk Noragami Aragoto (ノラガミ ARAGOTO ), sepanjang 13 episod ditayangkan dari 2 Oktober 2015 hingga 25 Disember 2015. Lagu tema pembukaannya ialah "Kyōran Hey Kids!!" (狂乱 Hey Kids!! ) oleh The Oral Cigarettes, manakala lagu tema penutupannya ialah "Nirvana" (ニルバナ , Nirubana) oleh Tia.[11]
Permainan
Sebuah permainan mudah alih yang berjudul Noragami ~Kami to Enishi~ (lit. "Noragami ~Tuhan dan Takdir~") telah dirilis oleh pembangun permainan Sakura Soft untuk peranti Android pada bulan Oktober 2015. Sebuah permainan yang sama versi iOS telah dirilis pada 16 November 2015.[12][13]
Penerimaan
Noragami merupakan siri manga ke-14 paling laris dijual di Jepun pada separuh pertama tahun 2014.[14]
Rujukan
- ^ "Noragami: Stray God". Kodansha Comics (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada May 13, 2020.
- ^ 「アライブ」あだちとか新連載、主人公は気分屋の自称"神" (dalam bahasa Japanese). Natalie.mu. 6 Desember 2010. Dicapai pada 28 November 2013. Check date values in:
|date=
(bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link) - ^ ノラガミ拾遺集 壱 (月刊マガジンコミックス) (dalam bahasa Japanese). Amazon.co.jp. Dicapai pada 17 Februari 2014.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Kodansha Comics Adds Fairy Tail Ice Trail, Noragami: Stray Stories Manga". Anime News Network. Dicapai pada 30 Ogos 2015.
- ^ a b "Funimation to Stream Noragami Supernatural Anime". Anime News Network. 24 Disember 2013. Dicapai pada December 24, 2013.
- ^ "AFA : Anime Festival Asia 2013". Anime Festival Asia. Dicapai pada 29 November 2013.
- ^ "Funimation to Stream Noragami Supernatural Anime". Anime News Network. December 24, 2013. Dicapai pada December 24, 2013.
- ^ "FUNimation Offers Subtitled 'Noragami' Anime Promos". The Fandom Post. January 6, 2014. Dicapai pada January 9, 2020.
- ^ "Noragami Series Collection - DVD". Madman Entertainment (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2017-12-24.
- ^ "Avex Sets 'Noragami' Japanese Anime DVD/BD Release Schedule". The Fandom Post. January 7, 2014. Dicapai pada January 9, 2020.
- ^ "https://www.animenewsnetwork.com/news/2015-08-20/noragami-aragoto-anime-2nd-promo-video-previews-opening-theme/.91908". Anime News Network. August 20, 2015. Dicapai pada December 29, 2020. External link in
|title=
(bantuan) - ^ "iOS version of the Noragami ~Kami to Enishi~ released! Login bonus campaign!". Senpai Gamer 先輩. 2015-11-16. Dicapai pada 2016-05-27.[pautan mati kekal]
- ^ "Noragami ~Kami to Enishi~ Smartphone Game Slated for Fall". Anime News Network. August 17, 2015. Dicapai pada August 17, 2015.
- ^ "Top Selling Manga in Japan By Series: 2014 (First Half)". Anime News Network. June 3, 2014. Dicapai pada November 7, 2014.
Pautan luar
- Official anime website (Jepun)
- Noragami at Funimation (Inggeris)
- Noragami (manga) di Ensiklopedia Anime News Network