Vaisravana atau Waisrawana (Sanskrit: वैश्रवण, rumi: Vaiśravaṇa ) ialah salah satu dari empat dewa yang dianggap utama dalam kepercayaan Buddhisme Cina; dewa ini dipercayai berkuasa pada bahagian utara puncak Gunung Meru, terutamanya sebagai penghulu semangat alam yang menduduki kaki gunung suci ini.
Dewa ini dipercayai berhubungan dengan dewa Kuwera yang wujud dalam kepercayaan Hindu, malah namanya datang dari gelaran "anak Visrawa" yang sering diberikan kepada dewa tersebut.[1][2][3][4]
Kepercayaan
Dalam aliran Theravada
Menurut Tipitaka, Vaiśravaṇa atau Vessavaṇa merupakan salah satu deva Cāturmahārājika atau "Empat Raja Syurgawi Agung". Dia mempunyai seorang isteri bernama Bhuñjatī serta lima anak perempuan iaitu Latā, Sajjā, Pavarā, Acchimatī dan Sutā. Dia sebelum ini merupakan seorang pemilik kilang kaya-raya bernama "Kuwera" yang pemurah memberikan harta kepada orang yang memerlukan selama 20,000 tahun; perbuatannya memberikan karma baik sehinggakan dia dilahirkan semula dalam syurga Cātummahārājikā.
Di Jepun
Dewa ini dengan nama setempatnya Bishamonten (毘 沙門 天) atau Bishamon (毘 沙門) bertanggungjawab dalam hal perang dan kepahlawanan menghukum penjahat dengan tombak di satu tangan sambil menjaga harta kayangan di tangan yang lain. Dia merupakan antara tujuh dewa yang dipercayai membawa untung kepada orang Jepun.
Rujukan
- ^ "MW Sanskrit Digital Dictionary p. 1026". Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-08-14. Dicapai pada 2021-08-13.
- ^ The Ramayana Of Valmiki (Vol.2) Ayodhyakanda An Epic Of Ancient India
- ^ Hopkins, Edward Washburn (1915). Epic mythology. Strassburg K.J. Trübner. m/s. 142.
- ^ Rāmopākhyāna: the story of Rāma in the Mahābhārata