Sebahagian kandungan di laman rencana ini menggunakan istilah atau struktur ayat yang terlalu menyebelahi gaya bahasa negara tertentu hasil penggunaan semula kandungan sumber tanpa pengubahsuaian. Anda diminta mengolah semula gaya bahasa rencana ini supaya penggunaan istilah di rencana ini seimbang, selaras serta mudah difahami secara umum dalam kalangan pengguna bahasa Melayu yang lain menggunakan laman Istilah MABBIM kelolaan Dewan Bahasa dan Pustaka. Silalah membantu. Kata nama khas dan petikan media tertentu (seperti daripada akhbar-akhbar atau dokumen rasmi) perlu dikekalkan untuk tujuan rujukan. Sumber perkamusan dari Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia juga disediakan. Anda boleh rujuk: Laman Perbincangannya • Dasar dan Garis Panduan Wikipedia • Manual Menyunting |
Jacques Chirac | |
---|---|
Dalam jawatan 17 Mei 1995 – 16 Mei 2007 | |
Presiden | Valéry Giscard d'Estaing François Mitterrand |
Didahului oleh | François Mitterrand |
Digantikan oleh | Nicolas Sarkozy |
Dalam jawatan 27 Mei 1974 – 26 Ogos 1976 20 Mac 1986–10 Mei 1988 | |
Didahului oleh | Pierre Messmer Laurent Fabius |
Digantikan oleh | Raymond Barre Michel Rocard |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 29 November 1932 Paris, Perancis |
Mati | 26 September 2019 Paris, Perancis | (umur 86)
Parti politik | UMP (bukan ahli rasmi) |
Pasangan | Bernadette Chodron de Courcel |
Jacques René Chirac (29 November 1932 - 26 September 2019) ialah mantan Presiden Republik Perancis. Beliau dipilih untuk menyandang jawatan presiden dari tahun 1995, dan kemudiannya dipilih semula pada tahun 2002 untuk tempoh sehingga tahun 2007. Sebagai Presiden, Chirac merupakan Putera Bersama ex officio untuk prinsipaliti Andorra serta pemegang anugerah Ketua Besar (Grand Maître) Légion d'honneur.
Dilahirkan di Paris, Perancis, Chirac belajar di Institut Kajian Poliitk Paris dan Sekolah Pentadbiran Negara Perancis. Selepas pendidikannya, beliau memulakan kerjayanya sebagai seorang kakitangan awam berpangkat tinggi dan kemudian menyertai bidang politik. Sejak masa itu, Chirac telah menyandang berbagai-bagai jawatan kanan, termasuk Menteri Pertanian, Perdana Menteri, Datuk Bandar Paris, dan akhirnya, Presiden Perancis.
Chirac berpegang teguh pada penurunan kadar-kadar cukai, penghapusan kawalan harga, pengenaan hukuman keras terhadap jenayah dan keganasan, serta penswastaan perniagaan. Beliau juga menyokong dasar-dasar ekonomi yang lebih bersifat tanggungjawab sosial, dan dipilih sebagai presiden pada tahun 1995, selepas berkempen untuk memulihkan "celah sosial" (fracture sociale). Dasar-dasar ekonominya pada berbagai-bagai masa termasuk kedua-dua unsur laissez faire dan dirigisme. Tentang persoalan-persoalan Kesatuan Eropah, beliau telah memegang pendirian yang berbeza-beza dari euroskeptisisme hinggalah ke pendirian-pendirian yang lebih bersifat pro-Kesatuan.
Latar belakang
Beliau dikenal memiliki pribadi yang hangat, pandai bicara, dan senang bergaul. Beliau adalah anak tunggal dari keluarga menengah atas. Sejak kecil, beliau memang berotak cemerlang dan terbiasa menimba ilmu di sekolah yang bergengsi.
Jacques Chirac belajar di:
- Lycée Louis-le-Grand (Paris) (lulus 1950)
- Institut d'études politiques de Paris (1951-1954) dalam jurusan Khidmat Masyarakat dan Politik - tesisnya pada 1954 berjudul Perkembangan pelabuhan New Orleans, termasuk satu bahagian yang membahas risiko banjir.
- Harvard sekolah musim panas pada 1953
- Akademi Tentera Perancis lapis baja di Saumur (peringkat pertama)
- École nationale d'administration ("Sekolah Pentadbiran Nasional", ENA) pada 1959 - peringkat ke-10)
Pada awal kariernya Chirac tertarik akan politik sayap kiri. Beliau menjual surat khabar komunis l'Humanité dan menandatangani Seruan Stockholm yang diilhami komunis dalam menentang senjata nuklear pada 1950. Ikatan-ikatan sayap kiri ini ternyata di kemudian hari menjadi penghalang baginya, misalnya dalam kunjungan pertamanya ke Amerika Syarikat dan dalam karier militernya. Meskipun beliau lulus sebagai peringkat pertama kelasnya pada Akademi perwira kavaleri lapis baja di Saumur, militer ingin menurunkan pangkatnya karena mereka tidak ingin seorang "komunis" menjadi perwira.
Setelah menyelesaikan pendidikan perwiranya, Chirac menjadi relawan untuk dikirim ke Algeria sementara Perang Kemerdekaan Algeria berkecamuk; beliau pernah mengalami kecederaan semasa menjalankan tugas ketenteraan di sana.
Kerjaya politik awal
Hubungan bersama Pompidou
Diilhami oleh Jenderal Charles de Gaulle untuk terjun ke dunia politik, Chirac melanjutkan kariernya sebagai pegawai negeri pada 1950-an. Beliau mengikuti sekolah musim panas di Universiti Harvard sebelum masuk ke École Nationale d'Administration (ENA), sekolah elit dan sangat kompetitif yang mendidik para pegawai negeri terbaik Perancis pada 1957. Setelah memperoleh gelar pasca-sarjana dari ENA pada 1959, beliau menjadi pegawai negeri dan dengan cepat mencapai kedudukan yang tinggi. Pada April 1962, Chirac sudah ditunjuk sebagai kepala dari staf pribadi Georges Pompidou, yang saat itu menjabat perdana menteri di bawah de Gaulle. Penunjukan ini membuat karier politik Chirac meles4t.
Pompidou menganggap Chirac sebagai anak emasnya dan menyebutnya sebagai Le Bulldozer ("sang jentolak") karena kemampuannya dalam menyelesaikan tugas segera; julukan dengan segera populer di kalangan politik Prancis. Chirac masih mempertahankan reputasi ini "Chirac memotong segala tetek-bengek dan langsung ke tujuan... Sungguh menyegarkan, meskipun kita harus mengenakan sabuk pengaman bila bekerja bersamanya," kata seorang diplomat Inggris yang anonim pada 1995.
Atas saran Pompidou, Chirac mencalonkan diri sebagai seorang Gaullis untuk kerusi di Perhimpunan Kebangsaan Perancis pada 1967. Chirac menang dalam pemilu itu dan mendapatkan jawatan dalam kementerian sosial. (Kaum Gaullis secara historis telah mendukung pemerintahan sentral yang kuat dan kemandirian dalam kebijakan luar negeri.) Meskipun beliau lebih merupakan seorang "Pompidolis" daripada seorang "Gaullis", Chirac mempunyai posisi yang baik di lingkaran de Gaulle, karena beliau terkait lewat perkawinan dengan pendamping tunggal sang jenderal pada saat Appeal 18 Jun 1940.
Beliau memiliki kemampuan tinggi dalam menyelesaikan masalah. Salah satu keberhasilannya adalah bernegosiasi dengan pelajar, mahasiswa, dan buruh yang melakukan mogok makan tahun 1968. Di bawah pimpinan Presiden Valery Giscard d’Estaing (1974-1981), beliau menjabat perdana menteri untuk pertama kali (1974). Periode pertama (27 Mei 1974 - 26 Ogos 1976) terhenti karena beliau kalah. Kejatuhannya dari kursi kekuasaan pada tahun 1976 seperti mendapat energi kembali untuk mendirikan partai sayap kanan yang Gaullis bernama Rassemblement pour la République pada tahun 1976.
Sebagai Datuk Bandar Paris
Pada tahun 1977, beliau terpilih menjadi datuk bandar Paris dan jabatan ini bertahan selama 18 tahun atau baru berakhir tahun 1995. Pada saat inilah beliau berkenalan dengan dunia gemerlap politik yang penuh godaan. Jabatan perdana menteri pada pariode kedua (20 Mac 1986-10 Mei 1988) seperti menjadi sebuah masa yang gemilang. Ketika hampir semua partai politik mengalami kesulitan dana, RPR justru bergelimang uang.
Dari periode ini pula kemudian muncul tuduhan yang terus menghantuinya. Beliau dituduh memperkaya partai dan memperkaya diri dengan cara haram. Tuduhan ini berulang kali dibantahnya. Tetapi, beliau juga terus menolak penyidikan hukum atas kasusnya. Sebagai presiden, beliau memang memiliki kekebalan hukum. Namun, skandal korupsi membuat kredibilitasnya rusak.
Pemerintahan
Persaraan dan senja hidup
Kematian
Bibliografi
- Discours pour la France à l'heure du choix, éditions Stock, 1978. ISBN 2-234-00859-X.
- La Lueur de l'espérance. Réflexion du soir pour le matin, La Table ronde, 1978.
- Avec Alain Berger, Oui à l'Europe, éditions Albatros, 1984.
- Une ambition pour la France (éd. Jean-Marie Benoist), Albin Michel, 1988. ISBN 2-226-02895-1.
- Une nouvelle France. Réflexions 1, NiL Éditions, 1994. ISBN 978-2-84111-011-7.
- La France pour tous, NiL Éditions, 1995. ISBN 978-2-84111-024-7.
- Le Développement du port de La Nouvelle-Orléans, Presses universitaires du Nouveau Monde, 2007. ISBN 1-931948-68-2.
- Mon combat pour la France, tome I, Odile Jacob, 2006. ISBN 978-2-7381-1984-1.
- Mon combat pour la paix, tome II, Odile Jacob, 2007. ISBN 978-2-7381-1985-8.
- Demain, il sera trop tard, Desclée de Brouwer, 2008. ISBN 978-2-220-05991-4.
- Mémoires :
- Tome I, Chaque pas doit être un but, NiL Éditions, 2009. ISBN 978-2-84111-393-4 .
- Tome II, Le Temps présidentiel, NiL Éditions, 2011. ISBN 978-2-84111-519-8.
Rujukan
Pautan luar
- (Inggeris) Biografi di Laman Web Rasmi Pejabat Presiden Perancis Diarkibkan 2009-10-30 di Wayback Machine
- (Perancis) Biografi dan pilihan raya Chirac (2002)
- (Inggeris) Jacques Chirac mengancam pelancaran serangan nuklear terhadap Iran[pautan mati kekal], Der Spiegel, 19 Januari 2006.