Nebukhadnezzar II (bahasa Akkadia: Nabû-kudurri-uṣur,[2][3][a] "Nabu, tunggulah warisku";[4] bahasa Ibrani: נְבוּכַדְנֶאצַּר[b] Nəḇūḵaḏneʾṣṣar; Bahasa Aramia: ܢܵܒܘܼ ܟܲܕܲܪܝܼ ܐܲܨܲܪ ; bahasa Inggeris: Nebuchadnezzar II (bantuan·maklumat); sekitar 642 – 562 SM) adalah seorang penguasa bagi Empayar Baru Babylon semasa dinasti Chaldea. Beliau memerintah sekitar 605 SM – 562 SM, pemerintahan raja empayar baru Babylon paling lama.[5]
Tokoh ini dikenali dalam kalangan umat Yahudi dan Kristian (dikisahkan dalam Buku Daniel dan juga disebut dalam beberapa buku dalam Injil) kerana menakluk Judah dan Yerusalem, sambil mengusir para penduduk Yahudinya dibuang negeri. Beliau dikenali dengan pembinaan Taman Tergantung Babylon.
Kehidupan
Penaklukan
Nebukadnezar merupakan anak sulung dan pengganti Nabopolassar, pengasas Empayar Babylon-Baru.[6] Nabopolassar adalah pegawai Assyrian yang memberontak dan mengasaskan dirinya sebagai raja Babel pada 626 SM; dinasti yang ditubuhkannya memerintah sehingga 539 SM, apabila empayar ini telah ditawan oleh Cyrus Agung.[7] Nebukadnezar pertama kali disebut pada 607 BC, tidak lama selepas kemusnahan musuh utama Babel, Assyria, pada masa beliau sudah merupakan putera mahkota.[8] Pada 605 beliau mengetuai tentera menentang orang Mesir, yang kemudiannya menduduki Syria, dan dalam Pertempuran Karkemis berikutnya, Necho II telah dikalahkan dan Syria dan Phoenicia telah jatuh di bawah kawalan Babylon.x[9]
Nabopolassar meninggal pada Ogos tahun itu, dan Nebukadnezar kembali ke Babylon untuk menaiki takhta.[10] Untuk beberapa tahun berikutnya, perhatiannya telah tertumpu untuk mengamankan sempadan timur dan utara, dan pada 594/5 SM berlaku pemberontakan singkat tetapi serius di Babylon itu sendiri.[11] Pada tahun 594/3 SM tentera telah dihantar sekali lagi ke barat, mungkin sebagai reaksi kepada kenaikan Psammetichus II ke atas takhta Mesir.[11] Raja Zedekia, raja Yehuda, cuba untuk menganjurkan bantahan di kalangan negara-negara kecil di rantau ini, tetapi ibu negerinya, Jerusalem, telah ditawan pada tahun 587 SM (peristiwa-peristiwa yang dinyatakan di dalam Kitab Bible Raja-raja dan Kitab Jeremiah).[12] Pada tahun-tahun berikutnya, Nebukadnezar memasukkan Phoenicia dan bekas wilayah Cilicia Assyria (barat daya Anatolia) ke dalam empayarnya dan mungkin telah berkempen di Mesir, mewujudkan sebuah empayar yang lebih besar daripada raja Assyria penting yang terakhir, Ashurbanipal.[13]
Babylon Nebuchadnezzar
Runtuhan Babylon Nebukadnezar tersebar seluas dua ribu ekar, membentuk tapak arkeologi terbesar di Timur Tengah.[14] Beliau membesarkan istana raja (termasuk di dalamnya sebuah muzium awam, mungkin yang pertama di dunia), membina dan membaiki kuil, membina sebuah jambatan menyeberangi sungai Efrat, dan membina sebuah laluan perarakan besar ("Processional Way") dan pintu masuk (Pintu Pagar Ishtar) yang dihiasi dengan mewah dengan bata gilap.[15] Setiap ekuinoks musim bunga (permulaan Tahun Baru) dewa Marduk akan meninggalkan kuil di bandar itu pergi ke sebuah kuil di luar pagar, kembali melalui pintu gerbang Ishtar dan melalui Laluan Perarakan, diturap dengan batu berwarna dan dipenuhi dengan singa acuan, di tengah-tengah orang ramai yang gembira.[16]
Kematian Nebukadnezar dan takdir empayarnya
Pada tahun-tahun terakhirnya Nebukadnezar seolah-olah telah mula berkelakuan tidak rasional, "mengabaikan pada anak lelaki atau anak perempuannya" dan amat mencurigakan anak-anak lelakinya.[16] Raja-raja yang memeintah selepasnya hanya memerintah hanya sekejab sahaja hingga takhta tersebut dirampas oleh Nabonidus, kelihatannya bukan dari keluarga diraja, yang kemudiannya telah digulingkan oleh penakluk Parsi [[Cyrus Agung] kurang daripada dua puluh lima tahun selepas kematian Nebuchadnezzar.
Gambaran dari sumber Muslim zaman pertengahan Islam
Menurut Tabari, Nebukadnezar, yang nama Parsinya adalah Bukhtrashah, adalah berketurunan Parsi, dari keturunan Jūdharz. Ada yang percaya dia hidup selama 300 tahun.[17] SUngguhpun banyak daripada apa yang ada tertulis mengenai Nebukadnezar menggambarkan seorang pahlawan kejam, sesetengah teks menggambarkan seorang pemimpin yang prihatin dengan isu-isu kedua-dua rohani dan moral dalam kehidupan dan telah memohon petunjuk Ilahi.[18]
Nebukadnezar dilihat sebagai kuasa penakluk kuat dalam teks-teks Islam dan kompilasi sejarah seperti Tabari. Pemimpin Babylon menggunakan kekuatan dan kemusnahan bagi mengembangkan empayar. Dia menakluki kerajaan demi kerajaan, termasuk Phoenicia, Philistia, judah, Amon, Moab, Jerusalem dan banyak lagi.[19] Peristiwa ketara paling penting dalam koleksi Tabari yang diberi tumpuan adalah kemusnahan Jerusalem.[17]
Catatan
- ^ ejaan pepakuAG.NÍG.DU-ÙRU
- ^ Ejaan Ibrani paling banyak dicatatkan sebanyak 13 kali; in 13 other cases, the Hebrew spelling is one of the following:
נְבֻכַדְנֶאצַּר Nəḇuḵaḏneʾṣṣar − with בֻ ḇu instead of בוּ ḇū.
In 2 Kings 24:1&10 and 25:1&8, 1 Chronicles 5:41 (a.k.a. 6:15), and Jeremiah 28:11&14.
נְבוּכַדְנֶצַּר Nəḇūḵaḏneṣṣar – without א ʾ, like the usual Aramaic spelling.
In Ezra 1:7 and Nehemiah 7:6.
נְבֻכַדְנֶצַּר Nəḇuḵaḏneṣṣar – with בֻ instead of בוּ and without א, like the Aramaic spelling used in Daniel 3:14, 5:11, and 5:18.
In Daniel 1:18 and 2:1.
נְבוּכַדְנֶצּוֹר Nəḇūḵaḏneṣṣōr – without א and with צּוֹ (ṣ)ṣō instead of צַּ (ṣ)ṣa, cf. note d.
In Ezra 2:1.
נְבוּכַדנֶאצַּר Nəḇūḵaḏneʾṣṣar – without the shva quiescens.
In Jeremiah 28:3, and Ester 2:6.
Rujukan
- ^ Anton Nyström, Allmän kulturhistoria eller det mänskliga lifvet i dess utveckling, bd 2 (1901)
- ^ Sack 2004, m/s. 1.
- ^ Porten, Zadok & Pearce 2016, m/s. 4.
- ^ Saggs 1998.
- ^ Freedman 2000, m/s. 953.
- ^ Bertman 2005, m/s. 95.
- ^ Oates 1997, m/s. 162.
- ^ Wiseman 1991a, m/s. 182.
- ^ Wiseman 1991a, m/s. 182-183.
- ^ Wiseman 1991a, m/s. 183.
- ^ a b Wiseman 1991a, m/s. 233.
- ^ Wiseman 1991a, m/s. 233-234.
- ^ Wiseman 1991a, m/s. 235-236.
- ^ Arnold 2005, m/s. 96.
- ^ Bertman 2005, m/s. 96.
- ^ a b Foster 2009, m/s. 131.
- ^ a b Ṭabarī, Muḥammad Ibn-Ǧarīr Aṭ- (1987). The History of Al-Tabarī. State Univ. of New York Pr. m/s. 43–70.
- ^ Wiseman, D.J. (1985). Nebuchadrezzar and Babylon. Oxford.
- ^ Tabouis, G.R. (1931). Nebuchadnezzar. Whittlesey House. m/s. 3.
Rujukan
- Chapter 23, "The Chaldaean Kings" in Georges Roux, Ancient Iraq (3rd ed.). London: Penguin Books, 1992. ISBN 0-14-012523-X
- ABC 5: Chronicle Concerning the Early Years of Nebuchadnezzar
- Nabuchodonosor on the Catholic Encyclopedia
- Kemasukan ini memasukkan teks dari domain awam Kamus Injil Easton, asalnya diterbitkan pada 1897.
- Rencana ini memuatkan teks dari suatu penerbitan yang kini berada dalam domain awam: Herbermann, Charles, penyunting (1913). "nama rencana diperlukan". Catholic Encyclopedia. New York: Robert Appleton. Cite has empty unknown parameters:
|HIDE_PARAMETER20=
dan|coauthors=
(bantuan)CS1 maint: ref=harv (link) - Nos ancêtres de l'Antiquité, 1991, Christian Settipani, p.
- T. E. Gaston, Historical Issues in the Book of Daniel, Oxford: Taanathshiloh, 2009.
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Nebuchadnezzar II |
- Inscription of Nabuchadnezzar. Babylonian and Assyrian Literature - old translation
- Nabuchadnezzar Ishtar gate Inscription
- Jewish Encyclopedia on Nebuchadnezzar
Didahului oleh Nabopolassar |
Raja Babylon 605 SM–562 SM |
Diikuti oleh: Amel-Marduk |