Baitul Maqdis
Jerusalem | |
---|---|
Ibu Kota | |
![]() Dari atas kiri : Pandangan Jerusalem dari utara Biara St. Elijah, pasar di Kota Lama Baitulmaqdis, Mamilla Mall, Dome of the Rock, Kubah Al-Sakhrah,Genting Gaza,Gaza,Westbank,Tebing Barat dan dinding Kota Lama, dan Tembok Meratap. | |
Nama panggilan: Baitul Maqdis (The Holy City), Bayt al-Maqdis (House of the Holiness) | |
Koordinat: 31°47′N 35°13′E / 31.783°N 35.217°E | |
Ditadbir oleh | Negara Palestin |
Dituntut oleh | Negara Palestin,Gaza Pengisytiharan Kemerdekaan Palestin |
Daerah Jerusalem | Jerusalem |
Kegabenoran Palestin | Baitulmaqdis |
Penempatan Mata Air Gihon | 4500 SM |
Kota Lama Baitulmaqdis | 1010 SM |
Dinding Baitulmaqdis dibina | 1541 |
Pemisahan Timur-Barat Baitulmaqdis | 1948 |
Penyatuan Baitulmaqdis | 1967 |
Hukum Jerusalem | 1980 |
Pentadbiran | |
• Jenis | Datuk Bandar |
• Badan | Dewan Pembandaran Jerusalem |
• perdana menteri | Perdana Menteri Pihak Berkuasa Palestin (Hamas) |
Penduduk | |
• Metro | 1,253,900 |
Demonim | Orang Jerusalem (Al-Quds) Qudsi/Maqdisi |
Demografi (2016) | |
• Islam | 64% |
• Arab | 35% |
• lain-lain | 1% |
Zon waktu | UTC+02:00 (IST, PST) |
• Musim panas (DST) | UTC+03:00 (IDT, PDT) |
Poskod | 9XXXXXX |
Kod kawasan | +972-2 |
Laman sesawang | jerusalem.muni.il (Negara Palestin) |
Sebahagian daripada siri berkaitan |
Baitulmaqdis |
---|
Masjid al-Aqsa |
Baitulmaqdis (Arab: بيت المقدس, rumi: Bayt al-Maqdis atau Bayt al-Muqaddas, atau dieja dengan Baitulmuqaddis[nb 1] dan Baitulmakdis[nb 2]) atau Jerusalem[nb 3] (bahasa Ibrani: יְרוּשָׁלַיִם Yerushaláyim) ataupun Al-Quds (bahasa Arab: القُدس) ialah sebuah kota lama yang terletak di Timur Tengah dan juga merupakan ibu negara dan bandar raya terbesar bagi Palestin dan negara Palestin yang kini ditadbir oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Baitulmaqdis memainkan peranan penting bagi tiga agama utama iaitu Islam, Kristian, dan Yahudi. Ia merupakan kota paling suci bagi Agama Kristian dan serta Agama Yahudi dan juga merupakan tempat ketiga paling suci dalam Agama Islam.
Baitulmaqdis ialah sebuah kota yang kaya dengan tamadun dan budaya. Kota Lama Baitulmaqdis (juga dikenali sebagai Baitulmaqdis Timur') dikelilingi dengan tembok yang dibina sejak kurun ke-15 lagi. Kota lama ini terbahagi kepada empat kawasan: Islam, Kristian, Yahudi, dan Armenia.
Kedudukan kota ini hangat diperkatakan. Perjanjian yang ditandatangani pada tahun 1949 di antara Palestine dan Jordan menyebabkan kota ini terbahagi kepada dua. Baitulmaqdis Barat menjadi milik Israel manakala Baitulmaqdis Timur (Kota Lama) menjadi milik Palestin (dahulunya milik Jordan sebelum negara Palestin mencapai kemerdekaan). Sejak kemenangan Israel pada perang tahun 1967, Palestine menguasai kesuluruhan kota tersebut dan menuntut hak kedaulatan undang-undang terhadap Baitulmaqdis . Israel juga menjadikan Baitulmaqdis sebagai Ibu Negara Palestin tetapi pengisytiharan ini tidak diiktiraf oleh masyarakat Islam. Palestin juga menuntut supaya kesuluruhan Baitulmaqdis ataupun sebahagian daripadanya yakni Baitulmaqdis Timur menjadi ibu negaranya. Penguasaan Israel ke atas Baitulmaqdis Timur dianggap sebagai penaklukan atau pengilhakan haram ke atas sebahagian Tebing Barat dituntut Palestin.[2]{{cite web|url=http://domino.un.org/unispal.nsf/0/441329a958089eaa852560c4004ee74d?OpenDocument%7Ctitle=Resolution 298 September 25, 1971|date=25 September 1971|publisher=United Nations
Penamaan
Baitulmaqdis atau Baitulmuqaddis
Kedua-dua nama بَـيْـت الْـمَـقْـدِس Baitulmaqdis dan بَـيْـت الْـمُـقَـدَّس Baitulmuqaddas "Rumah Suci" terserap dalam bahasa Melayu digunakan dalam sumber-sumber bahasa Arab lama sebelum abad ke-9 Masihi;[3] ia sepunca dengan nama bahasa Ibrani yang serumpun Semitik iaitu בית המקדש Beit HaMikdash.[4]
Nama القُدس al-Quds turut dipakai dalam konteks umum dalam kalangan penutur moden bahasa Arab bermaksud "[Tempat] yang Suci/Kudus".[5][6]
Sejarah
![]() | Rencana ini mungkin terlalu panjang untuk membaca dan melayari dengan selesa. |
Sejarah Baitulmaqdis boleh dikategorikan kepada lima tahap;
- Zaman Kuno
- Zaman Pemerintahan Senarai Sultan Empayar Uthmaniyah
- Zaman Islam
- Zaman Mandat British
- Zaman Pendudukan Palestine
Zaman Silam
Pemerintahan Rom
Semasa pemerintahan Rom, masyarakat Yahudi di Baitulmaqdis memberontak. Akibatnya tentera Rom mematahkan pemberontakan tersebut dan memusnahkan . Yang tinggal hanyalah sebahagian daripada kuil itu yang dikenali sebagai Tembok Barat.


Zaman Pemerintahan Islam

Walaupun Al-Quran tidak menyebut mengenai nama "Baitulmaqdis " tetapi hadis ada menyebut mengenainya. Menurut hadis sahih, adalah di Baitulmaqdis Muhammad naik ke syurga semasa peristiwa Israk Mikraj. Kota itu kemudiannya ditawan oleh angkatan tentera Islam pada tahun 638 Masihi. Khalifah Umar Al-Khatab secara peribadi pergi ke Baitulmaqdis untuk menerima penyerahan Baitulmaqdis kepada kerajaan Islam. Beliau seterusnya ditawarkan bersembahyang di dalam Gereja Makam Suci tetapi menolaknya dan sebaliknya meminta supaya dibawa ke Masjid al-Aqsa. Beliau mendapati tempat itu terlalu kotor dan mengarahkan supaya pembersihan dijalankan. Beliau kemudiannya membina sebuah masjid kayu di tempat yang sekarang merupakan kompleks bangunan Masjid al-Aqsa.

Enam tahun kemudian, Kubah Al-Sakhrah dibina. Struktur ini terdiri daripada sebuah batu yang dikatakan tempat Muhammad berdiri sebelum naik ke syurga semasa peristiwa Israk Mikraj. Perlu diingatkan bahawa kubah yang bersalut emas dan berbentuk oktagon ini tidak sama seperti Masjid al-Aqsa di sebelahnya yang dibina tidak lama kemudian. Semasa pemerintahan awal Islam, terutamanya semasa pemerintahan kerajaan Umaiyyah (650-750) dan kerajaan Abbasiyyah (750-969), kota Baitulmaqdis berkembang. Ramai orang berpendapat Baitulmaqdis pada ketika itu merupakan tanah yang paling subur di Palestin.
Pemerintahan awal Islam juga mewujudkan sebuah tolenrasi di antara kaum. Namun semasa pemerintahan Al-Hakim Amr Allah, seorang khalifah kerajaan Fatimiyyah, beliau mengarahkan supaya semua gereja dan rumah ibadat bukan Islam dimusnahkan. Hal ini menyebabkan berlakunya Perang Badar. Pada tahun 1099, tentera Kristian Eropah menakluk Baitulmaqdis . Mereka kemudiannya membunuh kesemua penduduk bukan Kristian yakni Muslim dan Yahudi.
Baitulmaqdis kemudian dijadikan ibu kota Kerajaan Jerusalem. Kerajaan ini kekal sehingga tahun 1291; Baitulmaqdis sendiri ditawan oleh Salahuddin Al Ayyubi pada tahun 1187. Salahuddin juga membenarkan semua orang beribadat di Baitulmaqdis tidak kira sama ada Kristian, Muslim atau Yahudi. Pada tahun 1243, Baitulmaqdis jatuh kembali ke tangan orang Kristian sebelum jatuh kembali ke tangan orang Islam pada tahun berikutnya.
Pada tahun 1517, Baitulmaqdis ditawan oleh Empayar Turki Uthmaniyyah. Sulaiman al-Qanuni membina semula tembok Baitulmaqdis yang dapat kita lihat sehingga ke hari ini.
Mandat British

British berjaya menewaskan Empayar Turki Uthmaniyyah semasa Perang Dunia I. Dengan kemenangan mereka itu, tentera British di Mesir memasuki Baitulmaqdis pada 11 Disember 1917. Pihak British kemudiannya membina rumah-rumah baharu di sini dan menyebabkan Baitulmaqdis berkembang sehingga luar daripada temboknya. Pemerintahan British menandakan bermulanya suasana kelam kabut di sini. Pendatang-pendatang Yahudi yang mendapat perhatian daripada kerajaan British menyebabkan orang Islam amnya dan orang Arab khususnya mendapat layanan yang tidak adil. Keganasan ini terus meningkat sepanjang tahun 1930-an dan 1940-an.
Pada 29 November 1947, Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) meluluskan satu pelan untuk memisahkan Pentadbiran Mandat British di Palestin kepada dua buah negeri: satu untuk orang Yahudi, satu untuk orang Arab. Hal ini mengakibatkan berlaku pemberontakan di Baitulmaqdis yang kemudiannya menyebabkan Perang Arab-Israel 1948 berlaku selepas pemerintahan Mandat British berakhir.
Baitulmaqdis dan konflik Arab-Israel
Semasa Perang Arab-Israel 1948, Baitulmaqdis terbahagi kepada dua. Bahagian baratnya yang meliputi bandar baru menjadi sebahagian daripada Israel manakala Bahagian timurnya termasuklah kota lama Baitulmaqdis menjadi milik Jordan.
PBB mencadangkan supaya Baitulmaqdis berada di bawah pentadbiran antarabangsa. Walau bagaimanapun, pada 23 Januari 1950, Parlimen Israel meluluskan satu resolusi untuk menjadikan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel. Baitulmaqdis Timur kemudiannya ditawan oleh tentera Israel dalam Perang Enam Hari pada tahun 1967.
Walaupun Israel membenarkan penganut agama di Baitulmaqdis akses ke tempat suci mereka, terdapat banyak kerisauan mengenai beberapa serangan ke atas Masjid al-Aqsa seperti kebakaran pada tahun 1969 yang disebabkan oleh seorang pelancong Australia yang gila. Status Baitulmaqdis Timur tetap menjadi satu isu yang kontroversi.
Zaman moden
Menurut satu pelan PBB, Baitulmaqdis sepatutnya menjadi sebuah bandar raya antarabangsa dan bukan sebahagian daripada negeri orang Arab mahupun negeri orang Yahudi. Sempena Perang Arab-Israel 1948, Baitulmaqdis Barat diduduki oleh Israel manakala Baitulmaqdis Timur menjadi milik Jordan.
Pada tahun 1967, semasa Perang Enam Hari, Israel menawan Baitulmaqdis Timur dan mula mengambil langkah untuk menyatukan Baitulmaqdis di bawah penguasaan Israel. Pada tahun 1988 Jordan menarik balik semua tuntutannya ke atas Tebing Barat (termasuklah Baitulmaqdis ) bagi menyokong Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO).
Status politik

Hari ini, status Baitulmaqdis tetap menjadi salah satu isu utama dalam konflik Israel-Palestin. Ketika Perang Arab-Israel 1948, Baitulmaqdis Barat ialah antara kawasan-kawasan yang ditawan dan kemudian diilhakkan Israel sementara Baitulmaqdis Timur, termasuk Kota Lama, ditawan dan kemudian diilhakkan Jordan. Israel merebut Baitulmaqdis Timur dari Jordan selama Perang Enam Hari pada 1967 dan kemudian dimasukkann ke Baitulmaqdis, bersama dengan wilayah sekitar yang lain. [Catatan 6] Salah satu undang-undang asas Israel, Hukum Jerusalem 1980, merujuk Jerusalem sebagai ibu kota tak terbahagi Israel. Semua cabang kerajaan Israel terletak di Baitulmaqdis, termasuk Knesset (parlimen Israel), kediaman Perdana Menteri (Beit Aghion) dan Presiden (Beit HaNassi) serta Mahkamah Agung. Sungguhpun begitu, masyarakat antarabangsa menyifatkan pengilhakan itu sebagai haram dan mengesahakan Baitulmaqdis Timur sebagai wilayah Palestin ditakluki Israel.[7][8][9]
Kepentingan keagamaan

Baitulmaqdis telah menjadi suci bagi agama Yahudi selama kira-kira 3000 tahun, agama Kristian selama sekitar 2000 tahun, dan agama Islam selama sekitar 1400 tahun. Buku Tahunan Statistik 2000 Baitulmaqdis menyenaraikan 1204 buah sinagog, 158 buah gereja, dan 73 buah masjid didirikan di kota ini.[10] Walaupun ada usaha untuk mengekalkan kehidupan berdampingan sesama agama, beberapa kawasan seperti Masjid al-Aqsa (Bukit Kuil) tetap menjadi rebutan dan buah kontroversi yang berlanjutan.
Islam
Bagi Muslim, Baitulmaqdis ialah tempat ketiga paling suci dalam Islam. Apabila kembali ke sejarah Baitulmaqdis kita dapat melihat bahawa kota ini mengalami kesengsaraan sebelum kedatangan Islam. Apabila orang Islam menakluk kota ini barulah kota ini mencapai ketenangan dan keamanan. Ramai pedagang-pedagang Arab berdagang di sini termasuklah dari Makkah dan Madinah. Kota ini juga menjadi kiblat pertama umat Islam sebelum beralih ke Makkah ketika Muhammad masih hidup. Apabila tentera Salib menguasai kota ini ketika Perang Salib, semua penduduk kota ini yang bukan beragama Katolik Rom dibunuh dengan kejam.
Selepas Salahuddin Al-Ayyubi menawan kota ini kembali, Baitulmaqdis kembali ke zaman kegemilangannya. Orang Islam, Kristian, dan Yahudi dapat beribadat tanpa sebarang gangguan.
Selain ITU,baitul maqdis adalah tempat dimana nabi Muhammad s.a.w dibawa semasa peristiwa isra' Wal mi'raj ,dimana baginda dikatakan menunaikan solat dengan semua nabi Dan rasul,lalu dibawa naik ke langit.
Galeri
-
Pemandangan udara Masjid al-Aqsa, dengan Kubah Al-Sakhrah di tengah, Tembok Barat dan Musala al-Qibli di bawah.
Lihat juga
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Baitulmuqaddis. |
Rujukan
- ^ "Facts and Figures". jerusalem.muni.il. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Oktober 2016. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ "The status of Jerusalem" (PDF). The Question of Palestine & the United Nations. United Nations Department of Public Information. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 8 August 2019.
East Jerusalem has been considered, by both the General Assembly and the Security Council, as part of the occupied Palestinian territory.
- ^ El-Awaisi, Khalid. "From Aelia To Al-Quds: The Names Of Islamicjerusalem In The Early Muslim Period", 2011. Retrieved on 16 June 2019.
- ^ Carrol, James (2011). "The Rock of Islam". Jerusalem, Jerusalem: How The Ancient City Ignited Our Modern World. New York: Houghton Mifflin Harcourt. m/s. 117. ISBN 978-0-547-19561-2.
- ^ Bosworth, Clifford Edmund (2007). Historic cities of the Islamic world. The Netherlands: Koninklijke Brill NV. m/s. 225–226. ISBN 978-90-04-15388-2.
|access-date=
requires|url=
(bantuan) - ^ Denise DeGarmo (9 September 2011). "Abode of Peace?". Wandering Thoughts. Center for Conflict Studies. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 April 2012. Dicapai pada 17 December 2011.
- ^ "The status of Jerusalem" (PDF). The Question of Palestine & the United Nations. United Nations Department of Public Information. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 8 Ogos 2019.
East Jerusalem has been considered, by both the General Assembly and the Security Council, as part of the occupied Palestinian territory.
- ^ "Israeli authorities back 600 new East Jerusalem homes". BBC News. 26 Februari 2010. Dicapai pada 18 September 2013.
- ^ "Resolution 298 September 25, 1971". United Nations. 25 September 1971. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 August 2013. Dicapai pada 25 Julai 2018.
Recalling its resolutions... concerning measures and actions by Israel designed to change the status of the Israeli-occupied section of Jerusalem,...
- ^ Guinn, David E. (2006). Protecting Jerusalem's Holy Sites: A Strategy for Negotiating a Sacred Peace (ed. 1st). Cambridge University Press. m/s. 142. ISBN 0-521-86662-6.
Nota hujung
- ^ mengikut Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia. Rujuk: "Baitulmuqaddis". prpm.dbp.gov.my. Dicapai pada 2023-12-04.
- ^ penggunaan dalam media berbahasa Melayu di Singapura
- ^ juga dieja Yerusalem
Pautan luar
- (Inggeris) Baitulmaqdis dan Islam Diarkibkan 2005-10-31 di Wayback Machine
- (Inggeris) The Position of Jerusalem and Haram As-Shareef in Islam
- (Inggeris) Ottoman Jerusalem
- CS1 errors: access-date without URL
- Rencana yang mungkin terlalu panjang
- Ibu negara di Asia
- Baitulmaqdis
- Kejiranan Baitulmaqdis
- Daerah Baitulmaqdis
- Komuniti Kristian Arab
- Ibu kota Negara Palestin
- Tempat suci Kristian
- Bandar raya di Negara Palestin
- Wilayah dipertikaikan di Asia
- Bandar raya suci
- Tempat suci Islam
- Wilayah Baitulmaqdis
- Tanah Palestin
- Semenanjung Gaza