Natatorium Ying Tung merupakan venue akuatik yang terletak di Pusat Sukan Olimpik di Beijing, China. Ia ditingkatkan mutunya bagi Sukan Olimpik 2008. Ia akan menganjurkan perlawanan Polo Air dan disiplin renang bagi Pentatlon Moden. Ia mempunyai kapasiti tempat duduk 4,852.
Natatorium ini mempunyai keluasan lantai 44,635 meter persegi. Pengubahsuaian ini disiapkan pada 10 September 2007.
Ia juga memainkan peranan sebagai venue akuatik utama bagi Sukan Asia 1990.