Nachos | |
---|---|
Eponim | Ignacio Anaya |
Jenis | Hidangan |
Jenis sajian | Hidangan utama atau snek |
Tempat asal | Mexico |
Suhu penghidangan | Panas |
Bahan utama | Kepingan tortilla |
sunting · sunting di Wikidata |
Nacho adalah suatu hidangan yang berasal dari utara Mexico.[1][2] Ia asasnya diperbuat daripada kepingan tortilla yang disaluti keju cair.
Asal-usul
Makanan ini datangnya daripada suatu idea hidangan spontan daripada Ignacio "Nacho" Anaya, seorang ketua pelayan di sebuah restoran di Piedras Negras, Coahuila[3][4] bagi menyambut para isteri askar tentera A.S yang singgah di tempat tersebut setelah membeli-belah berdekatan. Beliau segera menggoreng kepingan tortilla yang ditabur dengan jeruk cili jalapeño dan keju cheddar.[Note 1][5] Apabila Ignacio ditanya mengenai hidangan ini, dia berseloroh memanggilnya "Nacho's especiales" ("hidangan istimewa Ignacio"), lama-kelamaannya menjadi "special nachos" ("nachos istimewa").[6] Khabar mengenai hidangan tersebut mula menjadi tersebar di negeri Texas serta Barat Daya Amerika Syarikat yang berjiranan tidak lama selepas itu.
Ramuan
Perencah tambahan termasuklah:
- ketulan daging ground beef atau ayam
- hirisan lada Jalapeño
- kekacang yang digoreng semula
- salsa
- guakamole
- krim masam
- buah zaitun
Rujukan
- ^ Editors of the American Heritage Dictionaries (2007). Spanish Word Histories and Mysteries: English Words That Come From Spanish. Houghton Mifflin Harcourt. m/s. 157. ISBN 9780547350219. Dicapai pada 7 Mac 2015.CS1 maint: extra text: authors list (link)
- ^ Strong, Franklin (2012). Herrera-Sobek, Maria (penyunting). Celebrating Latino Folklore: An Encyclopedia of Cultural Traditions. ABC-CLIO. m/s. 825. ISBN 9780313343407. Dicapai pada 26 Mac 2016.
- ^ Orr, Adriana P. (July 1999). "Nachos, anyone?". OED News. Oxford University Press. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Januari 2010. Dicapai pada 26 Julai 2011.
- ^ Haram, Karen (14 Februari 2002). "The Legend of Nacho's Appetizer". Sun Sentinel. Sun Sentinel. Dicapai pada 18 Julai 2011.
- ^ Myers, Dan (19 September 2014). "The invention of nachos and other juicy origin stories". foxnews.com. Dicapai pada 12 Februari 2018.
- ^ Ellerbee, Linda (2005). Take Big Bites: Adventures Around the World and Across the Table. Penguin. m/s. 73–74. ISBN 0-399-15268-7.