N'Djamena
Fort-Lamy | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Atas: latar langit N'Djamena; Tengah: Negara Chad, Dataran Negara (Place de la Nation); Bawah: Istana Presiden, Pusat Bandar N'Djamena | |||||||
Koordinat: 12°06′36″N 15°03′00″E / 12.11000°N 15.05000°EKoordinat: 12°06′36″N 15°03′00″E / 12.11000°N 15.05000°E | |||||||
Negara | Chad | ||||||
Keluasan | |||||||
• Bandar Raya | 104 km2 (40 batu persegi) | ||||||
• Metro | 166 km2 (64 batu persegi) | ||||||
Aras | 298 m (978 ft) | ||||||
Penduduk (2009 bancian)[1] | |||||||
• Bandar Raya | 807,000 | ||||||
• Kepadatan | 9,148/km2 (23,690/batu persegi) | ||||||
• Metro | 1,605,696 | ||||||
Zon waktu | +1 | ||||||
Kod kawasan | 235 | ||||||
HDI (2017) | 0.553[2] sederhana |
N'Djamena (IPA: [n ˈʤɑ mɛ nə]) ialah ibu negara Chad serta bandar raya yang terbesar di negara, dengan jumlah penduduk sebanyak 3,721,000 (2005). Ia adalah sebuah pelabuhan di Sungai Chari, berdekatan dengan kuala Sungai Logone, dan menghadap secara langsung dengan bandar Kousséri, Cameroon. Kedua-dua bandar ini dihubungkan dengan sebatang jambatan. N'Djamena juga merupakan sebuah kawasan statut istimewa yang dibahagikan kepada 10 arondissement, serta juga merupakan pusat pemasaran untuk ternakan, garam, kurma, dan bijirin. Pemprosesan daging adalah industrinya yang utama.
Sejarah
N'Djamena pada asalnya diasaskan oleh Émile Gentil, komander Perancis, pada 29 Mei 1900 dan dinamai Kubu Lamy sempena seorang pegawai yang terbunuh semasa pertempuran Kousséri beberapa hari sebelum itu. Nama kota itu ditukarkan menjadi N'Djamena (berdasarkan nama Arab sebuah desa yang berhampiran yang membawa pengertian "tempat rehat") pada 6 April 1973 oleh Presiden François Tombalbaye sebagai sebahagian rancangan pengafrikaan yang kini dipanggil rancangan authenticité.
Kota itu dimusnahkan sebahagiannya semasa Perang Saudara Chad pada tahun 1979 dan sekali lagi pada tahun 1980. Banyak penghuni Chad Selatan melarikan diri ketika itu, tetapi jumlah penduduknya kini telah bertambah semula dengan ketara. Kota itu hanya mempunyai 9,976 orang penghuni pada tahun 1937 tetapi sedekad kemudian pada tahun 1947, jumlahnya telah bertambah hampir sekali ganda sehingga 18,435 orang. Selepas kemerdekaan pada tahun 1968, jumlah penduduk kota ini mencapai 126,483 orang dan pada tahun 1993, telah melebihi setengah juta orang, dengan jumlah penduduk sebanyak 529,555 orang.
Pada 13 April 2006, sebuah pemberontakan Barisan Hadapan Bersatu untuk Perubahan Demokrasi telah ditewaskan [3] (lihat Pertempuran N'Djamena).
Demografik
Dari segi agama, N'Djamena adalah komposit, walaupun orang Islam ialah kumpulan yang utama. Kelompok-kelompok etnik yang utama termasuk:
- Orang Arab Chad (11.08 %)
- Ngambay (16.41 %)
- Hadjerai (9.15 %)
- Daza (6.97 %)
- Bilala (5.83 %)
- Kanembu (5.80 %)
- Maba (4.84 %)
- Kanuri (4.39 %)
- Gor (3.32 %)
- Kuka (3.20 %)
- Sara (2.24 %)
- Barma (2.10 %).
Lokasi
N'Djamena terutamanya merupakan sebuah pusat pentadbiran yang merangkumi pusat perdagangan Jalur Nassara dan kawasan-kawasan kediaman seperti Mbololo, Chagoua, Paris Congo, dan Moursal.
Tarikan-tarikan pelancongnya termasuk Muzium Nasional Chad. N'Djamena juga mempunyai sebuah universiti (pusat pengajian pentadbiran, dan perubatan haiwan), Sekolah Antarabangsa Amerika N’Djamena, serta sebuah lapangan terbang antarabangsa.
N'Djamena telah menjadi bandar kembar kepada bandar raya Toulouse di Perancis sejak dari tahun 1980.
Rujukan
- ^ "World Gazetteer". Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Januari 2013.
- ^ "Sub-national HDI - Area Database - Global Data Lab". hdi.globaldatalab.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 September 2018. Dicapai pada 13 September 2018.
- ^ Laman web Latimes
Pautan luar
- Laman web World66: Panduan pelancongan Diarkibkan 27 September 2007 di Wayback Machine
- Laman web Fotopaises: Gambar foto 1 2 3
- Laman web Earth-Info Diarkibkan 23 Ogos 2012 di Wayback Machine