Lokasi di Brunei | |
Maklumat am | |
---|---|
Ditubuhkan | Julai 2016 |
Maklumat geografi | |
Negara | Brunei |
Lokasi | Jalan Maulana, Kuala Belait |
Koordinat | 4°35′20″N 114°11′28″E / 4.588844°N 114.191072°EKoordinat: 4°35′20″N 114°11′28″E / 4.588844°N 114.191072°E |
sunting |
Muzium Daerah Belait ialah sebuah muzium di Kuala Belait, pekan utama Daerah Belait, Brunei. Muzium ini dibuka pada Julai 2016 pada sebuah bangunan yang pada asalnya merupakan kediaman rasmi Penolong Residen British dari tahun 1938 dan kemudiannya Pegawai Daerah Belait dari tahun 1990.[1][2] Muzium ini ditadbir oleh Jabatan Muzium-Muzium, sebuah jabatan kerajaan di bawah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.[3]
Galeri
Terdapat empat galeri kekal dan satu galeri sementara dalam Muzium Daerah Belait.[2] Galeri-galeri kekal ialah Galeri Warisan Budaya, Galeri Sejarah Daerah Belait, Galeri Sejarah Industri Minyak dan Gas dan Galeri Warisan Alam Semulajadi. Pada masa ini galeri sementara menempatkan pameran berkaitan dengan keberangkatan KDYMM Sultan Hassanal Bolkiah bercemar duli di Daerah Belait sempena hari keputeraan baginda yang diadakan setiap tahun bermula dari tahun 1970.[2]
Rujukan
- ^ Muhammed, Noraisah (2017-09-10). "Muzium Daerah Belait simpan pelbagai sejarah warisan". www.pelitabrunei.gov.bn. Dicapai pada 2018-05-17.
- ^ a b c Hazwan, Amir (2017-05-22). "Belait Museum: A history of Belait under one roof". sutera.co (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-17. Dicapai pada 2018-05-17.
- ^ "Jabatan Muzium-muzium ditutup setengah hari". mediapermata.com.bn. 2018-02-21. Dicapai pada 2018-05-17.