Sahibus Samahah Dato' Haji Mohd Yusof Ahmad D.S.N.S | |
---|---|
Mufti Negeri Sembilan | |
Dalam jawatan 1 April 2009 – 30 Disember 2022 | |
Dilantik oleh | Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja’afar |
Didahului oleh | Mohd Murtadza Ahmad |
Digantikan oleh | Faudzinaim Badaruddin |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Mohd Yusof bin Ahmad 7 Februari 1945 Negeri Sembilan |
Mati | 13 Ogos 2024 Taman Marida | (umur 79)
Cause of death | Kanser hati |
Tempat semadi | Makam Tuan Haji Said, Sikamat, Seremban, Negeri Sembilan |
Pasangan | Datin Hajjah Pahariah binti Haji Jamaludin |
Anak | Syadiah, Mohd Najib, Mohd Rushdi, Suraiya, Mohd Hafizi, Syahirah |
Tempat belajar | Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir |
Mohd Yusof Hj. Ahmad (lahir 7 Februari 1945 – meninggal 13 Ogos 2024 pada umur 79 tahun) ialah seorang ulama dari Negeri Sembilan, Malaysia. Beliau ialah Mufti Negeri Sembilan ke-4 yang telah dilantik pada 2009. Semasa dilantik, beliau merupakan salah seorang Ahli Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.
Biografi
Mohd Yusof dilahirkan pada 7 Februari 1945. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Nuri, Air Mawang, Johol, Negeri Sembilan (1952–1957), Sekolah Pertukangan Kayu Nuri (1958), di Sekolah Ugama Menengah Rendah Johol (1959–1961), Sekolah Ugama Menengah Tinggi Istana Lama Sri Menanti (1962–1963) dan Sekolah Ugama Menengah Tinggi Seremban (1964 – 1965). Pada tahun 1966, beliau memperolehi Sijil Tinggi di Kolej Islam Malaya Petaling Jaya, serta Diploma Pendidikan (1969) di kolej tersebut. Kemudian beliau menyambung pengajian di Universiti Al-Azhar, Kaherah pada 1970 dan memperoleh Sarjana Muda Usuludin (Tafsir & Hadith) pada 1972. Di universiti yang sama, beliau berjaya memperoleh Sarjana Syariah dalam jurusan Fiqah Perbandingan[1].
Kerjaya
Beliau memulakan kerjaya sebagai guru bahasa Arab di Sekolah Ugama Menengah Tinggi Seremban (SUMT). Kemudian beliau dilantik menjadi Guru Penolong Kanan di Sekolah Menengah Kebangsaan Ugama Seremban (SMKU). Beliau turut pernah menjawat jawatan sebagai pengetua di beberapa buah sekolah iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Seremban (SMKA Seremban) (1980 – 1985), Sekolah Menengah Agama Wilayah Persekutuan (Oktober 1985 – April 1987), Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu, Seremba (SMAPL) (1987 – November 1988), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sharifah Rodziah, Melaka (SMKA) (1988 – Februari 1989), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Haji Mohd Said, Seremban (SMKA SHAMS) (Mac 1989-1997) dan Maktab Perguruan Islam Bangi, Selangor (MPI) (1998 – Februari 2000)
Selain itu, beliau juga terlibat sebagai Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan, Ahli Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, Ketua Panel Penterjemah dan Penyunting Kitab Fiqh-Manhaji, Ketua Panel Penyunting Kitab ‘Aqidah Islamiyah’, Jawatankuasa Rukyah Hilal Ramadhan, Syawal Dan Zulhijjah.
Beliau mula dilantik sebagai Mufti keempat Kerajaan Negeri Sembilan menggantikan Datuk Mohd Murtadza Ahmad pada 1 April 2009[2].
Anugerah dan pengiktirafan
Darjah kebesaran
- Negeri Sembilan
- Darjah Dato' Setia Negeri Sembilan (D.S.N.S.) - Dato' (1998)
Anugerah ketokohan
- Negeri Sembilan
- Anugerah Tokoh Maal Hijrah, Negeri Sembilan 1425 H/2005
Rujukan
- ^ Ahmad Osman. "SENARAI MUFTI-MUFTI DI SELURUH NEGERI-NEGERI MALAYSIA". Academia. Dicapai pada 4 Oktober 2021.
- ^ "YB. Dato' Hj. Mohd Yusof bin Hj. Ahmad". Blog Rasmi SK Nuri. 6 Ogos 2009. Dicapai pada 4 Oktober 2021.