Allahyarham Tan Sri Dato' Seri Panglima Mohd Bakri Omar PMN (Malaysia); SPTS (Perak); SSAP (Pahang); SJMK (Kelantan); SPDK (Sabah); PNBS (Sarawak); DHMS (Kedah); PGDK (Sabah); JMN, KMN (Malaysia) | |
---|---|
Ketua Polis Negara Malaysia ke-7 | |
Dalam jawatan 5 November 2003 – 11 September 2006 | |
Menteri | Abdullah Ahmad Badawi |
Didahului oleh | Norian Mai |
Digantikan oleh | Musa Hassan |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Manjung, Perak, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) | 10 September 1948
Mati | 10 November 2014 Institut Kanser Negara, Kuala Lumpur | (umur 66)
Tempat semadi | Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur |
Allahyarham Tan Sri Dato' Seri Panglima Mohd Bakri bin Haji Omar (10 September 1948 – 10 November 2014) merupakan Ketua Polis Negara Malaysia yang ketujuh dan berkhidmat dari 6 November 2003 hingga 11 September 2006.
Dilahirkan di Manjung, Perak, Bakri memulakan perkhidmatan beliau sebagai Kadet Asisten Superintenden pada 1 Januari 1971, dan seperti kebanyakan pegawai lain, telah menjalani latihan asas kepolisan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL). Beliau menjadi Ketua Polis Kedah pada tahun 1996 dan Ketua Polis Kuala Lumpur pada tahun 1997. Kemudian, pada 2002, beliau dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara. Sewaktu Tan Sri Norian Mai bersara pada 5 November 2003, Bakri dilantik sebagai ganti.
Seperti kesemua Ketua Polis Negara sebelum ini, Bakri juga merupakan lepasan Kolej Diraja Kajian Pertahanan ("Royal College of Defence Studies"), United Kingdom. Beliau juga mempunyai Sarjana Sastera.
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Beliau memegang beberapa jawatan 'command post' yang penting, di antaranya:-
- Ketua Polis Daerah Mersing (1972 - 1973)
- Ketua Polis Daerah Balik Pulau, Pulau Pinang (1974 - 1977)
- Ketua Polis Daerah Petaling Jaya (1987 - 1988)
- Timbalan Komandan Maktab Pegawai Kanan Polis, Kuala Kubu Bahru (1984 - 1986)
- Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur (1988 - 1990)
- Pesuruhjaya Polis Sabah (1994)
- Ketua Polis Kedah (1996 - 1997)
- Ketua Polis Kuala Lumpur (1997-1998)
- Ketua Pengarah Agensi Dadah Kebangsaan (1998 - 1999)
- Pengarah Pengurusan (1999 - 2002)
- Timbalan Ketua Polis Negara (2002 - 2003)
- Ketua Polis Negara (2003 - 2006)
Meninggal dunia
[sunting | sunting sumber]Beliau meninggal dunia pada 10 November 2014 di Institut Kanser Negara akibat penyakit barah. Beliau menghembuskan nafas terakhir pada pukul 8:45 pagi waktu tempatan.[1]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Bekas KPN, Tan Sri Mohd Bakri Omar Meninggal Dunia". mSTAR Online. 10 November 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-10. Dicapai pada 10 Mac 2018. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan)
Penyandang Terdahulu | Ketua Polis Negara 6 November 2003 – 11 September 2006 |
Penyandang Kemudian |
Tan Sri Norian Mai |
Tan Sri Musa Hassan |