Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan (27 Jun 1956 - 20 Januari 2011) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan EXCO Melaka (2008-2011) dan mantan ADUN Merlimau selama dua penggal (2004-2011). Kematian beliau ketika tempoh tiga tahun awal penggal menyebabkan kekosongan luar jangka dan Pilihan raya kecil Merlimau 2011 dijalankan.
Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan | |
---|---|
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka | |
Dalam jawatan 2008–2011 | |
Ketua Menteri Melaka | Mohd Ali Rustam |
Digantikan oleh | Ghazale Muhamad |
Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka untuk Merlimau | |
Dalam jawatan 2004–2011 | |
Didahului oleh | Nazari Adzim |
Digantikan oleh | Roslan Ahmad |
Majoriti | 5,087 (PRU-11) 2,154 (PRU-12) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 27 Jun 1956 |
Mati | 20 Januari 2011 (54 tahun) Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia, Seri Kembangan, Selangor |
Parti politik | Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu |
Pekerjaan | Ahli politik |
Latarbelakang keluarga
Beliau berkahwin dengan Datin Noor Azian Mohd Ali dan mempunyai empat orang anak iaitu seorang lelaki dan tiga perempuan.
Sakit jantung
Pada 11 Januari 2011, beliau ditempatkan di ICU, Hospital Putra di Melaka bagi rawatan lanjut selepas mengadu sakit dada jam 1 petang.[1] Sebelum itu beliau pernah pergi ke Taiwan pada 10 Januari. Beliau menjalani pembedahan membersihkan saluran darah arteri yang tersumbat pada 13 Jan 2011. Pada 20 Januari 2011, beliau meninggal dunia di Hospital Putra, Melaka.[2]
Kerjaya politik
Pada Pilihan Raya Umum ke-12 Mac 2008, Mohamad Hidhir yang mewakili BN menewaskan calon PAS, Mejar (B) Jasme Tompang dengan Majoriti 2,154 undi. Mohamad Hidhir mendapat 4,981 manakala Jasme Tompang mendapat 2,827. [3]
Lihat juga
Rujukan
- ^ "" Malaysiakini.com. 11 Januari 2011.
- ^ "Adun Merlimau meninggal dunia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-05-18. Dicapai pada 2012-02-05.
- ^ ""Pemuda BN Jasin Siap Sedia Pertahan Merlimau", Umno Online. 26 Januari 2011". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-02-01. Dicapai pada 2011-04-15.