Jenis | Minuman keras |
---|---|
Negara asal | Levant |
Wilayah asal | Mediterranean Timur |
Bahan-bahan | Jintan manis |
Araq (Arab: ﻋَﺮَﻕ , 'keringat' atau 'peluh'[1][2]) adalah sejenis minuman keras tanpa gula yang berasal daripada Mediterranean Timur.
Ia adalah minuman keras tradisional yang bukan sahaja terdapat di kawasan tersebut,[3][4] malah sejauh Asia Barat di rantau Syam termasuk Syria, Israel, Palestin, Jordan dan Lubnan.[5][6][7]
Penghasilan
Araq secara tradisional dibuat daripada dua bahan iaitu anggur dan jintan manis. Biji jintan manis yang dihancurkan menghasilkan minyak yang memberi araq sedikit rasa akar manis yang dikehendaki.[8]
Anggur yang dipilih pembuat dipastikan bermutu baik;[9] pokok anggur mesti sangat matang dan biasanya berwarna keemasan. Gugusan buah yang dituai pada akhir September dan Oktober, dihancurkan dan dimasukkan ke dalam tong bersama jus (dalam bahasa Arab: el romeli) dan dibiarkan terperam selama tiga minggu. Kadang-kadang keseluruhan campuran diaduk untuk melepaskan karbon dioksida.
Penyulingan
Tong-tong sulingan ini biasanya terbuat dari keluli tahan karat atau tembaga, bahan penyuling boleh mempengaruhi rasa dan ciri khas air keras yang dihasilkan. Batu tembaga asli dengan bentuk Moor adalah yang paling banyak dicari.[10]
Alkohol yang dikumpulkan pada penyulingan pertama mengalami penyulingan kedua, tetapi kali ini ia dicampurkan dengan jintan manis. Nisbah alkohol dan jintan manis boleh berbeza dan ini adalah salah satu faktor utama kualiti produk akhir. Produk siap dihasilkan semasa penyulingan terakhir yang berlaku pada suhu serendah mungkin.[4]
Penyediaan
Minuman keras ini biasa dihidangkan bersama mezza, yang mungkin merangkumi puluhan hidangan tradisional kecil. Secara amnya, peminum araq lebih gemar meminumnya dengan cara ini, daripada bersendirian. Ia juga dimakan dengan hidangan daging mentah atau barbeku, bersama dengan hidangan yang dibubuhi dengan toum (sos bawang putih).[11][10]
Minuman ini cenderung berperisa kuat sehingga biasanya dicampurkan mencair dalam nisbah kira-kira satu bahagian arak hingga dua bahagian air dalam bekas yang disebut ibrik (Arab: ibrīq, إبريق ). Campuran kemudian dituangkan ke dalam cawan berisi ais (biasanya kecil), tetapi dapat juga diminum dalam cawan berukuran biasa. Pencairan ini menyebabkan minuman keras jernih bertukar warna putih susu kerana anetol iaitu minyak pati jintan manis yang larut teremulsi dalam alkohol tetapi tidak dalam air. Sekiranya ais ditambahkan ke bekas minuman dahulu, suatu lapisan akan terbentuk membeku di permukaan gelas dari sejuknya ais yang dianggap tidak menarik atau menyenangkan di permukaan minuman, kerana ais menyebabkan minyak menjadi padat.
Seseorang yang meminum araq tidak akan menggunakan gelas sama sekiranya mahu minum berulang kali; araq yang dipesan di restoran misalnya akan dihidangkan dengan beberapa gelas untuk setiap peminum sendiri.[12]
Rujukan
- ^ Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 246. ISBN 967-65-7321-3.
- ^ Dictionary definition: arak. (n.d.) American Heritage Dictionary of the English Language, Fifth Edition. (2011). Retrieved 10 March 2016.
- ^ "Arak – the Liquor of the Middle East". homebartendr.com. 22 January 2016. Dicapai pada 19 March 2018.
- ^ a b "Arak: Liquid Fire". The Economist. December 2003. Dicapai pada 2 December 2012.
- ^ "Understanding Arak, an Ancient Spirit with Modern Appeal". Wine Enthusiast (dalam bahasa Inggeris). 2020-03-09. Dicapai pada 2020-07-06.
- ^ "The story of arak, a Lebanese drink infused with tradition |". AW (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-08-06.
- ^ "Drinking Arak - A Gourmet Ritual in the Middle East". Arab America (dalam bahasa Inggeris). 2018-01-03. Dicapai pada 2020-07-06.
- ^ "The return of Arak". The New York Times. Dicapai pada 13 September 2018.
- ^ "Another Anise Spirit Worth Knowing". The New York Times. August 2010.
- ^ a b Arak and Mezze: The Taste of Lebanon by Michael Karam
- ^ Sharif, Amani. "A Brief History of Arak, Lebanon's National Drink". Culture Trip. Dicapai pada 2020-07-06.
- ^ "The Story of Arak in Lebanon". LibanonWeine (dalam bahasa Inggeris). 2016-05-25. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-07-09. Dicapai pada 2020-07-06.
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Araq |