Rencana ini perlu dikemas kini.(Jun 2024) |
Koordinat: 51°28′40.12″N 0°00′05.31″W / 51.4778111°N 0.0014750°W
Balai Cerap Diraja di Greenwich, London menempatkan suatu meridian perdana[1] yang dibina oleh George Airy pada tahun 1851. Menjelang 1884, lebih dua pertiga daripada semua kapal dan tanan yang berlayar menggunakannya sebagai rujukan meridian pada carta dan peta mereka. Pada bulan Oktober tahun itu, atas perintah Presiden A.S. Chester A. Arthur, 41 orang perwakilan dari 25 buah negara bertemu di Washington, D.C., Amerika Syarikat, untuk Persidangan Meridian Antarabangsa. Persidangan ini memilih meridian yang melalui Greenwich sebagai meridian perdana rasmi kerana popularitinya.[note 1][2] Walau bagaimanapun, Perancis berkecuali dari mengundi, dan peta Perancis terus menggunakan meridian Paris untuk beberapa dekad. Pada abad ke-18, ahli perkamusan London Malachy Postlethwayt menerbitkan peta Afrika menunjukkan "Meridian London" merentasi Khatulistiwa beberapa darjah barat meridian Paris dan Accra, Ghana.[3]
Meridian hari ini
Sehingga 2017 meridian Greenwich melalui:
- United Kingdom,
- Perancis,
- Sepanyol,
- Algeria,
- Mali,
- Burkina Faso,
- Togo,
- Ghana,
- Niger,
- Tanah Permaisuri Maud di Antartika.
Lihat juga
Catatan
- ^ Voting took place on 13 October and the resolutions were adopted on 22 October 1884.
Rujukan
- ^ ROG Learning Team (23 August 2002). "The Prime Meridian at Greenwich". Royal Museums Greenwich. Royal Museums Greenwich. Dicapai pada 14 June 2012.
- ^ Howse 1997, halaman 12, 137.
- ^ Malachy Postlethwayt. (1774) Universal Dictionary of Trade and Commerce. (4th edition) London: W. Strahan, J. & F. Rivington. Vol. 1 "A New and Correct Map of the Coast of Africa".
- Howse, Derek (1997). Greenwich Time and the Longitude. Phillip Wilson. ISBN 0-85667-468-0. ASIN 0948065265.CS1 maint: ref=harv (link)
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Meridian perdana (Greenwich) |
- "Where the Earth's surface begins—and ends", Popular Mechanics, December 1930
International Conference Held at Washington for the Purpose of Fixing a Prime Meridian, sebuah buku elektronik bebas di Projek Gutenberg