| Mencari Ramlee | |
|---|---|
| Pengarah | Megat Sharizal |
| Penulis | Megat Sharizal Lepat Hafiz |
| Dihasilkan oleh | Megat Sharizal Syahid Johan Faizul A. Rashid (eksekutif) Rosmarayu Mokhtar (eksekutif) |
| Dibintangi | Tony Eusoff Sofia Jane Mimi Lana Megat Sharizal Han Zalini Abi Madyan |
| Sinematografi | Hafiz Rashid |
| Disunting oleh | Kamil Hashim |
| Muzik oleh | Pitahati |
Syarikat penerbitan | Playground Productions D'Ayu Pictures |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 114 minit |
| Negara | Malaysia |
| Bahasa | Melayu |
Mencari Ramlee ialah filem drama komedi cinta Malaysia 2025 arahan Megat Sharizal.
Sinopsis
Mengambil latar belakang 30 Mei 1973, sehari selepas kematian P. Ramlee, filem ini mengisahkan Zakaria, seorang peniru gaya P. Ramlee yang bergelut dengan masalah kewangan dan sukar mendapatkan pekerjaan. Zakaria turut menjaga adiknya, Yasmin, yang masih menuntut di universiti.
Untuk meneruskan hidup, Zakaria berhutang dengan seorang gangster tempatan, Yusuf. Ketika dipanggil ke rumah Yusuf untuk melangsaikan hutangnya, Zakaria bertemu dengan Zaiton, kakak kepada Yusuf, yang menghidap amnesia dan percaya dirinya masih berada di era 50-an.
Zaiton menyangka Zakaria ialah P. Ramlee yang sebenar. Yusuf mengambil kesempatan dengan menyuruh Zakaria berlakon sebagai P. Ramlee bagi membahagiakan kakaknya dan melangsaikan hutang.
Pelakon
Penampilan utama
- Tony Eusoff sebagai Zakaria
- Sofia Jane sebagai Zaiton
- Mimi Lana sebagai Yasmin
- Megat Sharizal sebagai Yusuf
- Han Zalini sebagai Salleh
- Abi Madyan sebagai Joned
Penampilan khas
- Azhan Rani sebagai Amran
- Anas Ridzuan sebagai Tauke Kedai
- Farah Rani sebagai Tauke Kedai
- Fathie Shafie sebagai Pembantu Kedai
- Jesse Lim sebagai Tauke Kopitiam
- Taiyuddin Bakar sebagai Pelanggan Kopitiam
- Fad Anuar sebagai Pelanggan Kopitiam
- Aliff Yasraff sebagai Pelanggan Kopitiam
- Shazman Isaac sebagai Zakaria (kecil)
- Nadiya Nisaa sebagai Azizah
- Nadia Aqilah sebagai Rokiah
- Iedil Dzuhrie Alaudin sebagai Engku Mukhriz
- Ruzana Ibrahim sebagai Normah
- Asmidar sebagai Saloma
- Ammar Titan sebagai Pengacara Kabaret
- Ezdianie Hayati Omar sebagai Penari Kabaret
- Iman Suhana sebagai Penari Kabaret
- Hans Shahredza sebagai Penari Kabaret
- Kween Keela sebagai Penari Kabaret
- Mohd Fairuz Mohd Pauhid sebagai Penari Kabaret
- Fitri Hiswady sebagai Penari Kabaret
- Abdul Qahar Aqilah sebagai Tauke Pesta Ria
- Tuan Faisal Azmy Tuan Kob sebagai Peniru Gaya Bruce Lee
- Kamil Hashim sebagai Peniru Gaya Elvis Presley
- Muzzamer Rahman sebagai Pelakon Teater Yusuf
- Bront Palarae sebagai Pelakon Teater Zakaria
- Vanidah Imran sebagai Pelakon Teater Zaiton
- Sharifah Amani sebagai Pelakon Teater Yasmin
- Beto Kusyairy sebagai Hang Tuah
- Amerul Affendi sebagai Hang Jebat
- Najua Nasir sebagai Pembantu Rumah Zaiton
- Keila Ashling sebagai Pengurus Pentas
- P. Radhi sebagai Zakaria (muda)
- Pat Ibrahim sebagai Dato Wan Abdillah
- Shah Kimin sebagai Pelayan
Penerbitan
Keluaran
Filem ini telah disenarai pendek dalam bahagian pertandingan Festival Filem Antarabangsa Rotterdam (IFFR) di Belanda dan mengadakan tayangan perdana di peringkat antarabangsa pada 6 Februari 2025.[1] Ini merupakan kali pertama filem ini ditayangkan di festival filem dunia.
Sambutan
Rujukan
- ^ Khairil Khusyairi (25 Oktober 2024). Filem Mencari Ramlee Ke Festival Filem Rotterdam 2025 Gempak. Diperoleh pada 21 Februari 2025.








