Melur Untuk Firdaus | |
---|---|
Musim 2 | |
Dibintangi oleh | |
Negara asal | Malaysia |
Bil. episod | 35 |
Keluaran | |
Rangkaian | TV3 Disney+ Hotstar |
Tarikh siaran | 16 Mac – 21 April 2023 |
Kronologi musim |
Musim kedua Melur Untuk Firdaus,[1][2] juga dikenali sebagai Melur Untuk Firdaus 2 memulakan tayangan perdana di Slot Akasia, TV3 bermula 16 Mac 2023 hingga 21 April 2023 menggantikan Ku Akad Kau Dengan Bismillah dan digantikan oleh Kerasnya Takdir. Ia dibintangi oleh Anna Jobling sebagai Melur dan Meerqeen sebagai Firdaus, bersama-sama dengan barisan pelakon ensembel. Musim kedua drama ini memperlihat perkembangan watak dan hubungan Melur dan Firdaus sebagai pasangan suami isteri.[3][4]
Sinopsis
Musim baharu ini bermula dengan kisah rumah tangga Melur (Anna Jobling) dan Firdaus (Meerqeen) yang kini kembali bahagia. Kedua-dua mereka ingin mengukuhkan perhubungan mereka namun mereka sentiasa berhadapan dengan pelbagai rintangan dalam mencari kebahagiaan. Tambahan pula, Firdaus terpaksa mengendalikan projek syarikat di luar bandar, menyebabkan dirinya sibuk dengan kerja dan banyak meluangkan masa dengan rakan sekerjanya Mawar (Eyka Farhana).
Melur teruja untuk mengembangkan kerjayanya dalam dunia penulisan buku kanak-kanak. Dalam usaha membuka syarikat penerbitan novel kanak-kanak, rakan kongsinya, Zackery (Azim Yusof) dalam diam menaruh hati kepada Melur.
Pada masa yang sama, Lili dan anaknya Damia kini hidup lebih tenang setelah suaminya Zain dipenjarakan. Namun, apabila Zain dibebaskan dari penjara, Lili mula rasa resah kerana trauma dengan perbuatan Zain memukulnya. Melur memujuk Lili supaya berdoa agar Zain insaf dan berubah perangai.
Mawar pula sebenarnya ingin bercuti ke luar negara tetapi ayahnya Tuan Idrus memaksa Mawar bekerja supaya bersedia untuk mengambil alih syarikatnya suatu hari nanti. Mawar enggan bekerja sehinggalah suatu hari secara kebetulan bertemu dengan Firdaus dalam situasi yang membuatkan hati Mawar bergelora. Peristiwa ini membuatkan Mawar terus bersemangat untuk bekerja.
Mampukah pasangan Melur dan Firdaus ini mengekalkan hubungan cinta mereka walau diuji dengan pelbagai rintangan?
Pelakon
Pelakon utama
- Anna Jobling sebagai Melur (Adriana Zulaikha)[1]
- Meerqeen sebagai Firdaus Iskandar[1]
- Eyka Farhana sebagai Mawar[1]
- Azim Yusof sebagai Zack (Zachery)[1]
Pelakon pembantu
- Fimie Don sebagai Haris Danial[1]
- Sabrina Sharleen sebagai Rania[1]
- Kuza Muzani sebagai Kamariah[1]
- Azhar Amir sebagai Kamaruzzaman[1]
- Haleeda Mazlin sebagai Rohana[1]
- Zainol Ismail sebagai Nasaruddin[1]
- Hani Nazrina sebagai Lily[1]
- Hairi Safwan sebagai Zain[1]
- Qaseh Qhairiena sebagai Damia[1]
- Taib Zamannuri sebagai Raikal[1]
- Tengku Tieya sebagai Nana[1]
- Islaily Zulaiha sebagai Julie
Episod
No. keseluruhan | No. dalam musim | Tajuk | Tarikh keluaran asal | |
---|---|---|---|---|
29 | 1 | "Episod 1" | 16 Mac 2023 | |
Melur dan Firdaus mula menulis catatan motivasi setiap minggu dan berjanji untuk mengeratkan hubungan mereka. | ||||
30 | 2 | "Episod 2" | 17 Mac 2023 | |
Firdaus mengingatkan dirinya akan mula sibuk dengan projek di Pahang. Melur teruja dan doakan agar projek berjalan lancar dan sanggup berjauhan selalu dengan Firdaus asalkan cinta mereka sentiasa mekar mewangi. | ||||
31 | 3 | "Episod 3" | 20 Mac 2023 | |
Melur memberi semangat kepada Firdaus untuk memulakan projek baru. Melur keluar dengan Haris tetapi diserang oleh Nasarudin. Mawar terjatuh cinta pandang pertama kepada Firdaus dan bersemangat untuk kerja. | ||||
32 | 4 | "Episod 4" | 21 Mac 2023 | |
Nasarudin mengadu pada Firdaus yang Melur keluar dengan lelaki lain dan malukan mereka. Firdaus marah dan tuduh melulu Melur tanpa usul periksa. | ||||
33 | 5 | "Episod 5" | 22 Mac 2023 | |
Firdaus dan Melur yang berbalah tentang Haria, akhirnya berdamai dan menjadikannya satu pengajaran. Haji Nasarudin perli Melur yang belum hamil dan desak buat ujian kesuburan. | ||||
34 | 6 | "Episod 6" | 23 Mac 2023 | |
Melur kecewa buku pertamanya tidak laku dan berusaha cari syarikat penerbitan untuk terbitkan buku kanak-kanak baru dengan sokongan ibu bapa, Haris dan Firdaus. | ||||
35 | 7 | "Episod 7" | 24 Mac 2023 | |
Firdaus tetap sokong Melur yang belum dapat cari penerbit. Melur ingatkan Firdaus untuk tidak jalankan misi pengukuhan cinta mereka kerana sibuk dengan kerja. | ||||
36 | 8 | "Episod 8" | 25 Mac 2023 | |
Melur dan Rykarl buat kek sebagai kejutan buat Firdaus. Mawar cemburu tengok Melur yang sengaja manja-manja dengan Firdaus. | ||||
37 | 9 | "Episod 9" | 26 Mac 2023 | |
Mawar menggunakan Rykarl untuk mengetahui hal tentang Firdaus. Bapa Firdaus tidak sabar untuk menimang cucu. | ||||
38 | 10 | "Episod 10" | 27 Mac 2023 | |
Pada hari Firdaus sepatutnya berjumpa dengan Zachery, dia tidak dapat berbuat demikian kerana kemalangan berlaku di projek resort. Firdaus terpaksa memaklumkan kepada Melur yang dia sibuk. | ||||
39 | 11 | "Episod 11" | 28 Mac 2023 | |
Melur, Mawar dan Firdaus selesai mengadakan mesyuarat pasukan bangunan yang dicadangkan oleh Mawar. Rykarl dan Firdaus tidak bersetuju kerana semua kakitangan sibuk menjalankan tugas. | ||||
40 | 12 | "Episod 12" | 29 Mac 2023 | |
Firdaus dan Melur seronok semasa pasukan bangunan tetapi sering diganggu oleh Mawar termasuk ikut berjalan semasa sesi acara bebas. | ||||
41 | 13 | "Episod 13" | 30 Mac 2023 | |
Melur dan Firdaus yang sibuk kerja, terpaksa menipu Umi dan bonda ikut pelan berbulan madu di Langkawi walhal di hotel KL sahaja. Mawar terus mencari kesalahan Firdaus kerana dendam. | ||||
42 | 14 | "Episod 14" | 31 Mac 2023 | |
Melur dan Firdaus yang duduk hotel di KL, mesranya berganda hingga ponteng kerja dan menyebabkan Mawar dan Zachery kecewa. Rykarl memuji masakan Mawar yang sedang kecewa Firdaus tak datang kerja. | ||||
43 | 15 | "Episod 15" | 1 April 2023 | |
Melur dan Firdaus makin sibuk dan stres dengan kerja, mula abaikan tanggungjawab masing-masing. Zachery makin terpikat dengan Melur ketika Melur membaca buku cerita kepada anak-anak yatim. | ||||
44 | 16 | "Episod 16" | 2 April 2023 | |
Firdaus makin terasa dengan Mawar dan Melur makin sibuk dengan Zachery mencari pejabat baru yang lebih besar untuk kukuhkan lagi syarikat. Zachery beri komitmen padu untuk syarikat demi menggembirakan Melur. | ||||
45 | 17 | "Episod 17" | 3 April 2023 | |
Melur dan Firdaus sibuk dengan kerja dan langsung tidak syak yang mereka sedang digoda oleh Mawar dan Zachery. Haris nampak Zachery ada hati pada Melur, lalu menasihati Melur. | ||||
46 | 18 | "Episod 18" | 4 April 2023 | |
Ketika Melur dan Zachery temuduga pekerja baru, Melur pengsan dan Zachery amat risau, Mawar mula berpakat dengan Bakri untuk jatuhkan Melur hingga berani jadi calon temuduga kerja di pejabat Melur. | ||||
47 | 19 | "Episod 19" | 5 April 2023 | |
Firdaus digoda Mawar terkantoi dengan Melur yang marahkan Mawar tapi Firdaus berjaya pujuk Melur, dia terpaksa menghadap Tuan Idrus di rumah dan sangkakan Mawar nak perangkapnya tangkap basah. | ||||
48 | 20 | "Episod 20" | 6 April 2023 | |
Firdaus risaukan Melur yang makin degil dan kuat bekerja hingga selalu berduaan dengan Zachery dan akhirnya diperangkap tangkap basah. | ||||
49 | 21 | "Episod 21" | 7 April 2023 | |
50 | 22 | "Episod 22" | 8 April 2023 | |
51 | 23 | "Episod 23" | 9 April 2023 | |
52 | 24 | "Episod 24" | 10 April 2023 | |
53 | 25 | "Episod 25" | 11 April 2023 | |
54 | 26 | "Episod 26" | 12 April 2023 | |
55 | 27 | "Episod 27" | 13 April 2023 | |
56 | 28 | "Episod 28" | 14 April 2023 | |
57 | 29 | "Episod 29" | 15 April 2023 | |
Firdaus gunakan kejadian Melur hampir ditangkap khalwat supaya Melur lebih berhati-hati dan menjaga maruah sebagai seorang isteri. | ||||
58 | 30 | "Episod 30" | 16 April 2023 | |
Firdaus yang terkantoi menipu Melur sediakan sarapan istimewa, segera minta maaf. Firdaus tak puas hati Melur mesra dengan Zachery, beritahu Rania harap Zachery berhenti kerja. | ||||
59 | 31 | "Episod 31" | 17 April 2023 | |
Hubungan Melur dan Firdaus kembali bertaut apabila saling memahami. Firdaus juga mempertimbangkan untuk bekerja dengan bapa Melur walaupun walid tidak bersetuju. | ||||
60 | 32 | "Episod 32" | 18 April 2023 | |
Melur dan Firdaus saling mendorong apabila tertekan terhadap soal kerja dan apabila Melur diperli walid yang kecewa Melur hamil anak perempuan. Mawar berjaya huru-harakan Rykarl yang tidak dapat menangani semua projeknya. | ||||
61 | 33 | "Episod 33" | 19 April 2023 | |
Melur tertekan apabila semua komputer diserang virus tapi diselamatkan Zachery namun majlis pelancaran kecoh apabila wartawan menuduh Melur menciplak novelnya. Rykarl melamar Mawar tapi diperlekehkan Mawar. | ||||
62 | 34 | "Episod 34" | 20 April 2023 | |
Melur dan Firdaus bergaduh dan melarikan diri ke rumah ibu bapa masing-masing kerana gambar Melur dan Zachery, Melur begitu tertekan. | ||||
63 | 35 | "Episod Akhir" | 21 April 2023 | |
Melur dan Firdaus berbaik semula selepas Melur tumpah darah. Mawar kantoi berpakat dengan Bakri ciplak dan sabotaj novel Melur dan cuba lari ke luar negara tetapi ditahan polis. |
Penerbitan
Ia telah dihebahkan pada September 2022 bahawa Melur Untuk Firdaus akan kembali untuk musim kedua yang dijadualkan untuk tayangan awal 2023.[5][6] Portal XTRA melaporkan pada 3 Mac 2023 bahawa Eyka Farhana akan berlakon di samping Anna Jobling dan Meerqeen dalam musim kedua drama ini dengan melakonkan watak sebagai Mawar.[7]
Siaran
Melur Untuk Firdaus 2 memulakan tayangan perdana di Slot Akasia TV3 bermula 16 Mac 2023 menggantikan Ku Akad Kau Dengan Bismillah. Ia juga boleh ditonton melalui penstriman di Disney+ Hotstar.[8]
Runut bunyi
- "Pejam" - Rahmad Mega
- "Hanya You Dalam Kepala" - Alam Antido
- "Esok Masih Ada" - Hannah Delisha
- "L.O.V.E" - Syabil
- "Masih Ada Kamu" - Rahmad Mega
- "Sudah" - Nikki Palikat
- "Bicara Menanti" - Tika Nasir
- "Duka Sebalik Tawa" - Puteri Khareeza
- "Sebenarnya Cinta" - Nazzrey Johani & Ariff Bahran
- "Sayang" - Adrianna Cinta
- "Semi Realiti" - Tika Nasir
- "Cuma Kamu" - Amir Hasan
- "Menunggu" - Meerqeen
Rujukan
- ^ a b c d e f g h i j k l m n o p "Drama Melur Untuk Firdaus 2". Myinfotaip. 17 Mac 2023. Dicapai pada 17 Mac 2023.
- ^ "Melur Untuk Firdaus 2". Kepala Bergetar. Dicapai pada 17 Mac 2023.
- ^ Afiqah Azizan (20 Mac 2023). "Tonton Apa Hari Ni: 'Melur Untuk Firdaus 2'". XTRA. Dicapai pada 9 April 2023.
- ^ Serimah Mohd Sallehuddin (23 Mac 2023). "Kisah 'penyondol' hangatkan drama Melur Untuk Firdaus 2". Berita Harian. Dicapai pada 9 April 2023.
- ^ "Melur Untuk Firdaus kembali untuk musim ke-2, netizen tak setuju". MyKMU. 14 September 2022. Dicapai pada 16 Mac 2023.
- ^ "Tak Sabar! 'Melur Untuk Firdaus Season 2' Trending Di Twitter, Anna Jobling & Meerqeen Buat Peminat Excited". XTRA. 8 Januari 2023. Dicapai pada 16 Mac 2023.
- ^ Afiqah Azizan (3 Mac 2023). "Eyka Farhana Jayakan Watak Baharu Dalam 'Melur Untuk Firdaus 2'". XTRA. Dicapai pada 17 Mac 2023.
- ^ Ain Mahthir (17 Mac 2023). "Baru Episod Pertama Melur Untuk Firdaus 2, Ramai Akui Seronok Tengok 'Chemistry' Dua Pelakon Utamanya!". Syor. Dicapai pada 17 Mac 2023.