Mei 2008 ialah bulan kelima untuk tahun lompat 2008. Ia bermula pada hari Khamis dan berakhir selepas 31 hari pada hari Sabtu.
Cuti antarangsa
|
Portal:Hal semasa
Berikut merupakan peristiwa yang berlaku pada bulan ini, diambil daripada arkib Portal:Hal semasa.



- 28 Mei - Nepal diisytiharkan sebagai republik oleh kerajaan barunya, mengakhiri pemerintahan Raja Gyanendra.
- 26 Mei - Phoenix NASA berjaya mendarat (gambar) di Marikh.
- 23 Mei - Mahkamah Keadilan Antarabangsa memberikan Pedra Branca kepada Singapura dan Batuan Tengah kepada Malaysia.
- 21 Mei - Manchester United memenangi Liga Juara-Juara UEFA, menewaskan Chelsea.
- 19 Mei - Bekas Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO Mahathir Mohamad mengumumkum keluar dari UMNO.
- 18 Mei - China memenangi Piala Thomas & Uber 2008.
- 12 Mei - Gempa bumi (peta lokasi pusat gempa) berukuran 7.9 Mw melanda Sichuan, China dengan lebih 69,000 orang dilaporkan maut.
- 8 Mei - Dmitry Medvedev mengangkat sumpah sebagai Presiden Rusia, menggantikan Vladimir Putin yang menjadi Perdana Menteri.
- 4 Mei - Siklon Nargis (gambar) melanda Myanmar sebagai siklon kategori 4, mengorbankan lebih 90,000 orang.
- 2 Mei - Pilihan raya presiden Zimbabwe dilanjutkan ke pusingan kedua kerana tiada pemenang jelas antara Morgan Tsvangirai dan penjawat kini Robert Mugabe.
- 2 Mei - HP Labs mengumumkan penciptaan memristor, unsur asas keempat litar elektronik.