Hari Khamis (disebut [kha.mis] atau [ka.mis]) merupakan hari kelima dalam seminggu dan terletak antara Rabu dan Jumaat. Nama hari ini menyerap bahasa Arab dari يوم الخميس Yaum al-Khamīs.
Kepentingan
Agama
Umat Islam digalakkan melakukan ibadah berupa puasa sampingan tidak wajib (atau sunat) selain hari Isnin; pernyataan ini berdasarkan seberapa catatan hadis nabawi tertentu.[1][2] Antara hadis tersebut termasuklah hadis yang diriwayatkan oleh Al-Tirmizi, daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:[3]
تُعْرَضُ الأَعْمَالُ يَوْمَ الِاثْنَيْنِ وَالخَمِيسِ، فَأُحِبُّ أَنْ يُعْرَضَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ.
Amalan dibentangkan ketika hari Isnin dan Khamis, maka aku lebih suka amalanku dibentangkan apabila aku sedang berpuasa.
Selain daripada agama Islam, umat Judaisme juga turut dianjurkan agar berpuasa pada hari-hari ini.[perlu rujukan]
Budaya setempat
Di United Kingdom, pilihan raya biasanya diadakan pada hari Khamis. Hal ini adalah untuk memastikan kehadiran pengundi yang ramai, kerana gaji selalunya dibayar pada hari Jumaat. Jika dibuat pada hari lain, rakyatnya mungkin lebih berminat membeli-belah daripada mengundi.[perlu rujukan]
Rujukan
- ^ "Is it better to fast on Mondays and Thursdays or on three days of each month? – Islam Question & Answer". Dicapai pada 17 Jun 2019.
- ^ "Fasting on mondays – Islamhelpline". Dicapai pada 17 Jun 2019.
- ^ Muhammad Mushfique (10 Januari 2018). "IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-231: AMALAN DIANGKAT PADA ISNIN DAN KHAMIS". Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Dicapai pada 1 April 2025.