Mat Mega | |
---|---|
Juga dikenali sebagai | Mat Mega |
Kelahiran | Johor Bahru, ![]() ![]() |
Genre | Rock, Balada |
Pekerjaan | Pemuzik ![]() |
Alat muzik | Gitar bes ![]() |
Tahun aktif | 1988 ![]() |
Anggota bagi | Kumpulan Mega Kumpulan FRU ![]() |
Kegiatan berkaitan | Kumpulan Mega Kumpulan FRU Akim Ahmad Sofie S. |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Mat Mega[1] atau nama sebenarnya Mohamed bin Sulaiman merupakan pemain bass kumpulan rock terkenal Malaysia iaitu kumpulan Mega. Walaupun Mega telah ditubuhkan pada tahun 1988, Mat Mega mula menganggotai kumpulan tersebut pada tahun 1989 setelah pemain bass asalnya, Lomaq menarik diri ketika proses rakaman album pertama yang diberi judul MEGA masih berjalan.
Sebelum menyertai kumpulan Mega, Mat Mega merupakan pemain bass kumpulan FRU di mana kumpulan tersebut turut dianggotai oleh Dato' Hattan (vokal, bekas pemain gitar irama kumpulan Backyard sekali gus kini bergerak solo) dan Munir (dram, kemudian menyertai Mega pada tahun 1990). Mat Mega juga merupakan saudara kandung kepada penyanyi era 80-an iaitu Sofie S. dan bapa saudara kepada bekas peserta Akademi Fantasia musim ke-7 iaitu Akim Ahmad.