Munir Mega | |
---|---|
![]() | |
Maklumat latar belakang | |
Juga dikenali sebagai | Munir, Munir Mega, Munir FRU |
Kelahiran | Kampung Kerinchi, ![]() ![]() | 20 April 1970
Genre | Rock, Balada |
Pekerjaan | Pemuzik ![]() |
Alat muzik | Drum kit (en) ![]() ![]() |
Tahun aktif | 1988 ![]() |
Anggota bagi | Kumpulan Mega Kumpulan FRU ![]() |
Kegiatan berkaitan | Kumpulan Mega Kumpulan FRU Rahmad Mega Mat Mega Ziana Zain Melati Shukor Ujang Exists |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Abdul Munir bin Samsudin atau lebih dikenali sebagai Munir Mega (lahir 20 April 1970) merupakan pemain dram kumpulan rock terkenal di Malaysia iaitu kumpulan Mega. Anak kelahiran Kuala Lumpur ini memulakan kariernya dengan menganggotai kumpulan FRU (Five Rockers Union), sebuah kumpulan rock yang diterajui oleh penyanyi Dato' Hattan. Bersama FRU, Munir bersama rakan-rakannya melahirkan satu album sahaja iaitu Kelahiran pada tahun 1988 sebelum berpecah lalu Munir meneruskan kegiatannya dengan menyertai kumpulan The Lips yang sering mengiringi persembahan solo ratu rock negara, Ella sehingga hujung tahun 1990.
Pada awal tahun 1991, Munir telah menggantikan Joey sebagai pemain dram kumpulan Mega atas saranan pemain bes Mega, Mat yang juga rakan lamanya ketika bersama kumpulan FRU. Album kedua Mega berjudul Ilustrasi merupakan kemunculan pertama Munir sebagai pemain dram tetap Mega. Munir bersama anggota Mega yang lain kemudiannya mengasah bakat sebuah kumpulan rock baharu di bawah naungan Jojo's Production iaitu Exists yang turut melahirkan seorang lagi pemain dram tersohor Malaysia pada masa kini iaitu Ujang.