مسجد المنطقة الفدرالية Masjid Wilayah Persekutuan | |
---|---|
Maklumat am | |
Dibuka pada | 25 Oktober 2000 |
Tempoh pembinaan | 1997 - 2000 |
Maklumat geografi | |
Lokasi | Jalan Sultan Haji Ahmad Shah off Jalan Duta, Kuala Lumpur |
Maklumat pembinaan | |
Bil. kubah | 22 |
Bil. tingkat | 4 |
Kapasiti jemaah | 17,000 |
Keluasan | 47,000 m² |
Arkitek | Jabatan Kerja Raya Malaysia |
Kontraktor | Johawaki-Ahmad Zaki Joint Venture |
Kos | RM255 juta |
sunting |
Masjid Wilayah Persekutuan merupakan salah sebuah masjid yang utama di Kuala Lumpur, Malaysia. Masjid ini terletak berdekatan kompleks MATRADE dan pejabat kerajaan di Jalan Duta. Masjid ini diuruskan oleh Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI).[1]
Sejarah
Masjid ini dibina di antara tahun 1997 dan 2001. Masjid ini terletak di tanah berukuran 33 ekar bersebelahan dengan Kompleks Pejabat Kerajaan di Jalan Duta.[2] Masjid Wilayah Persekutuan telah dirasmikan pada 25 Oktober 2000 oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Syed Putra Jamalulail. Masjid ini adalah masjid ke-44 dalam bandar itu yang dibina oleh kerajaan. Masjid ini boleh memuatkan seramai 17,000 jemaah dalam satu masa.[1]
Seni bina
Masjid ini mempunyai seni bina Turki Uthmaniyah dan seni bina Melayu. Masjid ini juga mempunyai pengaruh seni bina Masjid Biru di Istanbul, Turki.[2]
Masjid ini turut memuatkan Sekolah Kebangsaan Agama Ibnu Khaldun.
Pautan luar
Rujukan
- ^ a b Masjid Wilayah Persekutuan Diarkibkan 2008-10-12 di Wayback Machine, Jabatan Kerja Raya Malaysia.
- ^ a b Masjid Wilayah, Ashtech Holdings Sdn Bhd.
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Masjid Wilayah Persekutuan |