Rencana ini perlu dikemas kini.(Oktober 2023) |
Masjid Umar | |
---|---|
Info asas | |
Lokasi | Baitulmaqdis |
Agama | Islam |
Wilayah | Bahagian Kristian di Kota Lama Baitulmaqdis |
Negara | Negara Palestin, Israel |
Disiapkan pada | 1193 |
Spesifikasi | |
Bil. menara masjid | 1 |
Tinggi menara masjid | 15 meter |
Masjid Umar yang terletaknya di Baitulmaqdis adalah masjid yang dibina oleh umat Islam di kawasan atau tempat Saidina Umar Al-Khatab bersembahyang selepas menolak pelawaan paderi besar Baitulmaqdis untuk bersolat di Church of the Holy Sepulchre. Masjid ini kini terletak bersebelahan dengan gereja besar orang Kristian itu. Ada juga yang menganggap bahawa Kubah Al-Sakhrah sebagai Masjid Umar.
Sejarah
Pada tahun 638 masihi, selepas beberapa tahun kewafatan Nabi Muhammad s.a.w., tentera Islam mengepung Baitulmaqdis. Ketua Gereja Baitulmaqdis, Sophronius, menyerahkan kota itu selepas kepungan yang singkat. Cuma terdapat satu syarat iaitu perbincangan mengenai penyerahan itu mestilah menerusi Khalifah Saidina Umar Al Khatab sendiri, khalifah kedua Islam.
Saidina Umar memasuki Baitulmaqdis dengan berjalan. Tidak ada pertumpahan darah dan tidak ada pembunuhan oleh tentera Islam. Sesiapa yang ingin meninggalkan Baitulmaqdis dengan segala harta benda mereka, dibenarkan berbuat demikian. Sesiapa yang ingin terus tinggal dijamin keselamatan nyawa, harta benda, dan tempat beribadat mereka. Semua ini terkandung dalam Perjanjian Umariyya.
Mengikut cerita, Saidina Umar kemudiannya menemani Sophronious ke gereja Church of the Holy Sepulchre yang mana Saidina Umar ditawarkan bersolat di dalamnya. Saidina umar menolak takut akan timbulnya syak wasangka yang dapat menjejaskan penggunaan gereja itu sebagai tempat beribadat penganut Kristian. Saidina Umar sebaliknya menunaikan solat di sebelah selatan gereja tersebut yang kini merupakan tapak Masjid Umar di Baitulmaqdis.
Lihat juga
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Masjid Umar |
Pautan luar
- (Inggeris) http://www.noblesanctuary.com/mosqumar.html