Masjid Diraja Tuanku Munawir مسجد دراج توانكو مناور | |
---|---|
![]() | |
Maklumat am | |
Cabang/mazhab | Sunni Syafi'i |
Dibuka pada | 1964 |
Status | Aktif |
Maklumat geografi | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Negeri Sembilan |
Daerah | Kuala Pilah |
Maklumat pembinaan | |
Bil. kubah | 2 |
Bil. tingkat | 1 |
Bil. menara | 6 |
Bahan binaan | Konkrit |
sunting ![]() |
Masjid Diraja Tuanku Munawir merupakan sebuah masjid yang terletak di bandar diraja Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Malaysia. Masjid ini dirasmikan pada tahun 1964 oleh Almarhum Tuanku Munawir yang merupakan Yang di-Pertuan Besar kesembilan.
Di sebelah masjid ini ialah Makam Diraja Seri Menanti. Selain itu terdapatnya Muzium Diraja yang diubahsuai dari Istana Lama yang dibina sepenuhnya daripada kayu. Istana Besar Seri Menanti menjadi kediaman rasmi bagi Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.