Masjid Al-Hakim | |
---|---|
![]() | |
Maklumat am | |
Cabang/mazhab | Sunni Islam |
Status | Beroperasi |
Maklumat pentadbiran | |
Imam | Nanyan B Taib 2017 (Imam Besar) Ibrahim B Zakaria 2017 (Timb. Imam Besar) Idris B Ahmad 2017 |
Dimiliki oleh | No Daftar: MY-09-PB-00006 |
Maklumat geografi | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Perlis |
Lokasi | Masjid Al-Hakim, Km. 12 Jalan Kaki Bukit 02400 Beseri Perlis |
Maklumat pembinaan | |
Bil. kubah | 1 |
Bil. menara | 1 |
Bahan binaan | Simen |
Laman sesawang | |
Masjid Al-Hakim | |
sunting ![]() |
Masjid Al-Hakim merupakan sebuah masjid yang terletak di Km. 12 Jalan Kaki Bukit 02400 Beseri Perlis.[1]
Masjid Padang Malau terletak di Km 12 (Batu 7 3/4), Jalan Kaki Bukit, Beseri, Perlis.
Masjid ini telah dirasmikan sekitar tahun 1968 oleh YAB Perdana Menteri Malaysia yang kedua iaitu Tun Hj Abdul Razak bin Hussain. Sebelum ini ditapak yang sama terdapat sebuah masjid lama yang diperbuat daripada kayu dan telah diruntuhkan kerana memberi laluan keatas pembinaan bangunan masjid yang ada sekarang. Mimbar masjid lama yang dibuat daripada kayu dan diukir dengan seni ketukangan kayu halus serta dipasang tanpa menggunakan paku.
Walau bagaimana pun semasa masjid lama hendak dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembinaan masjid baru, mimbar tersebut dipindahkan ke surau Kampong Semadong (Batu 9), iaitu ditempat masjid Jamek Beseri, Km 13 sekarang. Mimbar tersebut sehingga kini tidak dibawa balik ke Masjid Padang Malau.
Antara imam yang awal bertugas di masjid ini ialah Almarhum Tuan Guru Imam Hj Saad bin Wahab. Beliau bertugas di masjid ini sekitar 40 tahun lebih.
Beliau terkenal dengan kealimannya dalam kalangan orang kampung. Juga bertindak sebagai qadhi urusan nikah kahwin cerai rujuk ketika itu.
Alamat
[sunting | sunting sumber]- Masjid Al-Hakim,
Km. 12
Jalan Kaki Bukit
02400 Beseri
Perlis
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Masjid Al-Hakim digunakan oleh masyarakat setempat sebagai satu tempat beribadat dan aktiviti masyarakat seperti perlaksanaan ibadah korban. Ia juga digunakan bagi melaksanakan solat Jumaat pada setiap minggu
Pentadbiran
[sunting | sunting sumber]Imam 1 yang bertugas di Masjid Al-Hakim adalah Nanyan B Taib. Masjid Al-Hakim memiliki No Daftar: MY-09-PB-00006.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Masjid Al-Hakim". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-23. Dicapai pada 2018-09-23.