Masjid Nur Osmaniyah | |
---|---|
Ralat Lua pada baris 511 di Modul:Location_map: Tidak dapat cari takrifan peta lokasi yang ditentukan: "Modul:Peta lokasi/data/Istanbul Fatih" tidak wujud. | |
Info asas | |
Lokasi | Istanbul, Turki |
Koordinat geografi | 41°00′37″N 28°58′14″E / 41.010234°N 28.970540°EKoordinat: 41°00′37″N 28°58′14″E / 41.010234°N 28.970540°E |
Agama | Islam (Sunni) |
Negara | Turki |
Penerangan seni bina | |
Arkitek | Simon Kalfa |
Jenis seni bina | Masjid |
Gaya seni bina | Barok Osmaniyah |
Pecah tanah pada | 1748 |
Disiapkan pada | 1755 |
Spesifikasi | |
Tinggi (maks) | 43.5 meter (143 kaki) |
Lebar kubah (dalaman) | 25 meter (82 kaki) |
Bil. menara masjid | 2 |
Masjid Nur Osmaniyah (Turki: Nuruosmaniye Camii ) ialah sebuah masjid era Osmaniyah abad ke-18 yang terletak di kejiranan Çemberlitaş, daerah Fatih, Istanbul, Turki, yang telah disenarai dalam senarai cadangan Tapak Warisan Dunia di Turki pada 2016.[1]
Direka bentuk oleh seorang arkitek Yunani bukan Muslim bernama Simeon Kalfa, masjid ini ialah bangunan tugu Osmaniyah pertama yang memberi contoh gaya barok Osmaniyah baharu, yang mana ia memperkenalkan unsur barok dan neoklasik dari Eropah.[2][3][4][5] Perhiasan masjid dan lamannya yang melengkung menunjukkan pengaruh baroknya. Kubah masjid ini ialah satu daripada yang terbesar di Istanbul. Masjid ini sebahagian daripada sebuah kompleks keagamaan yang besar (disebut kuliah oleh Turki) yang berperanan sebagai pusat kebudayaan, keagamaan dan pendidikan untuk kawasan kejiranan.
Dalam Kustantiniyah, kawasan masjid ini dekat dengan Forum Konstantin, di mana Tonggak Konstantin masih kukuh berdiri. Mengelilingi masjid tersebut ialah Bazar Raya Istanbul. Selepas pembinaan Masjid Sultan Ahmed, Masjid Nur Osmaniyah menjadi masjid empayar pertama yang dibina dalam tempoh 100 tahun.[6]
Peranan semasa
Sebagai mercu tanda penting dan tapak bersejarah dalam pelancongan Isntanbul, masjid ini digunakan harian sebagai tempat ibadah. Pada 2018, pameran seni Yeditepe Biennial, diuruskan di bawah pentadbiran Presiden Turki, Recep Tayyip Erdoğan,[7] menggunakan kawasan tangki air kompleks ini untuk menunjukkan karya seni yang memaparkan seni Turki tradisional dan moden.[8]
Lihat juga
Nota
Rujukan
- ^ "Nuruosmaniye Complex". UNESCO World Heritage Centre. UNESCO. Dicapai pada 8 June 2018.
- ^ "Nuruosmaniye Complex". whc.unesco.org (dalam bahasa Inggeris). UNESCO. Dicapai pada 2023-04-27.
- ^ Freely, John (2000). Inside the Seraglio: Private Lives of the Sultans in Istanbul (dalam bahasa Inggeris). Penguin Books. m/s. 211. ISBN 978-0-14-027056-3.
- ^ Freely, John; Glyn, Anthony (2000). The Companion Guide to Istanbul and Around the Marmara (dalam bahasa Inggeris). Boydell & Brewer. m/s. 104. ISBN 978-1-900639-31-6.
- ^ Suman, Selva (2011). "Questioning an "Icon of Change": The Nuruosmaniye Complex and the Writing of Ottoman Architectural History" (PDF). METU Journal of the Faculty of Architecture: 145–166. doi:10.4305/METU.JFA.2011.2.7.
- ^ Rüstem 2019, m/s. 111.
- ^ "T.C.CUMHURBAŞKANLIĞI : "Son 15 yılda diğer birçok alanda olduğu gibi kültür ve sanat alanında da tabuları yıktık"". www.tccb.gov.tr. Dicapai pada 2019-12-04.
- ^ "Biennial | Yeditepe Bienali". www.yeditepebienali.com. Dicapai pada 2019-12-04.
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Masjid Nur Osmaniyah |