Masjid Kariah Pekan Mantin | |
---|---|
Maklumat am | |
Status | Aktif |
Maklumat pentadbiran | |
Imam | (Imam Besar) (Timb. Imam Besar) |
Maklumat geografi | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Negeri Sembilan |
Daerah | Daerah Seremban |
Lokasi | Mantin, Negeri Sembilan |
Koordinat | 2°49′23.3″N 101°53′16.4″E / 2.823139°N 101.887889°EKoordinat: 2°49′23.3″N 101°53′16.4″E / 2.823139°N 101.887889°E |
Maklumat pembinaan | |
Gaya seni bina | Moden dan Tempatan |
Bil. kubah | 1 |
Bil. tingkat | 1 |
Bahan binaan | Konkrit |
sunting |
Masjid Kariah Pekan Mantin merupakan sebuah Masjid yang terletak dalam daerah Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Ia menjadi pusat ibadat bagi masyarakat setempat.
Latar belakang
Masjid Kariah Pekan Mantin terletak di kedudukan Latitud 2 darjah, 49 minit, 23.3 saat Utara dan Longitud 101 darjah, 53 minit, 16.4 saat Timur. Arah kiblatnya adalah pada 292 darjah, 39minit, 22.2 saat. [1]
Masjid ini telah dibina pada tahun 1957[2]. Pengasasnya adalah penduduk kampung dengan diketuai oleh Tuan Haji Abdul Latif bin Haji Mohd Katib. Tapak Masjid ini telah diwakafkan oleh Tuan Haji Mohd Katib bin Aman, JP. Perbelanjaan membina masjid adalah hasil derma orang ramai serta bantuan Kerajaan Negeri. Masjid ini pernah dibaiki dan dinaik taraf pada tahun 1980 dan 1988. Semasa dibina ahli jemaah seramai 100 orang dan kini telah mencapai jumlah seramai 700 orang.
Masjid ini mengurus dan mengawal selia empat buah kawasan tanah perkuburan dan empat buah surau.[3]
Rujukan
- ^ "Masjid dan surau di daerah Seremban" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2015-07-01. Dicapai pada 2014-07-07.
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-06-24. Dicapai pada 2021-01-17.
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-05-31. Dicapai pada 2021-01-17.