Masjid Kariah Pekan Labu مسجد قرية فكن لابو | |
---|---|
Maklumat am | |
Cabang/mazhab | Sunni Islam |
Dibuka pada | 1982 |
Status | Aktif |
Maklumat pentadbiran | |
Pengerusi | En. Mohd Ihasan bin Ghani |
Dimiliki oleh | Majlis Agama Islam Negeri Sembilan |
Maklumat geografi | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Negeri Sembilan |
Daerah | Daerah Seremban |
Lokasi | Labu N.Sembilan |
Koordinat | 2°45′27″N 101°49′1.5″E / 2.75750°N 101.817083°EKoordinat: 2°45′27″N 101°49′1.5″E / 2.75750°N 101.817083°E |
Maklumat pembinaan | |
Bil. kubah | 1 |
Bil. menara | 1 |
Bahan binaan | Konkrit |
sunting |
Masjid Kariah Pekan Labu merupakan sebuah Masjid yang terletak dalam daerah Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Ia menjadi pusat ibadat bagi masyarakat setempat. Masjid Kariah Pekan Labu terletak di kedudukan Latitud 2 darjah, 45 minit, 27 saat Utara dan Longitud 101 darjah, 49 minit, 1.5 saat Timur. Arah kiblatnya adalah pada 292 darjah, 41minit, 50.9 saat. [1]
Latar belakang
Masjid Kariah Pekan Labu (MKPL) telah siap dibina pada tahun 1982 hasil kerjasama Almarhum bekas Mufti kerajaan Negeri Sembilan, Sheikh Haji Ahmad bin Sheikh Haji Mohd Said dan penduduk setempat dengan No. Rujukan Pendaftaran : PADS.196 (04) 466/13. Tapak pembinaan masjid ini disumbangkan oleh pihak kerajaan negeri menggantikan bangunan masjid lama yang terletak berhampiran Sungai Labu. Masjid ini juga mengurus dan mengawal selia dua buah kawasan tanah perkuburan iaitu Tanah Perkuburan Kampung Labu dan Tanah Perkuburan Kampung Kilang Padi. Selain itu, masjid juga turut menaungi empat buah surau dalam Kariah Pekan Labu iaitu Surau Kampung Labu, Surau Orang Asli Kampung Tekir, Surau Kawasan Estet Labu serta Masjid Lama Kampung Labu. Alhamdulillah, menelusuri hampir 33 tahun penubuhannya, masjid ini terus berkembang sebagai pusat ibadah dan pusat pengimarahan program keagamaan bagi kawasan Pekan Labu Batu 10 ini yang merangkumi Kampung Tekir, Kampung Labu, Taman Labu Indah, Kampung Kilang Padi, Kampung Lambar, Rumah Rakyat Labu serta Kawasan Perumahan Masjid. [2]
Pegawai dan Jawatankuasa Masjid
PENASIHAT
Dato' Haji Hasim bin Rusdi
PEGAWAI MASJID
Imam 1 : Ustaz Haji Shaifudin bin Maulup
Imam 2 : En. Mohd Ibrahim bin Romolo
Bilal : En. Nor Azahar bin Othman
Siak : En. Zainal bin Sufian
Bilal Wanita : Pn. Maznah binti Saidu
JAWATANKUASA MASJID
Pengerusi : En. Mohd Ihasan bin Ghani
Setiausaha : Ustaz Khairul Azhar bin Meerangani
Bendahari : En. Dahlan bin Mohd Nor
Ahli Jawatankuasa :
- En. Irwan bin Mohd Suhid.
- En. Anuar bin Ibrahim
- En. Haqique Ahmad bin Mohd Shabbir
- En. Amar bin Said
- En. Mad Derus bin Bakar
- En. Zaini bin Marawi
- Pn. Haniza binti Harun
- Pn. Sharifah binti Jono
- Pn. Shekh Amma binti Ahmad Merah
Pemeriksa Kira-Kira :
- Sarjan Roselim bin Kamat
- Sarjan Hassan bin Yaacob
Program Anjuran Masjid
Pihak Masjid aktif melakukan pelbagai aktiviti keagamaan dalam usaha memperbaiki akhlak dan kehidupan beragama masyarakat setempat. Antaranya :-
- Sambutan hari kebesaran Islam seperti Israk Mikraj, Nuzul al-Quran dan Awal Muharram.
- Program Kem Smart Solat.
- “Bulan Penghayatan Ramadhan” melalui program Tadarus al-Quran, Iftar Jamaie, Qiyamullail Perdana, Tarawih bersama Imam Palestin serta program bantuan “Jejak Asnaf Miskin”.
- Pengisian kuliah keagamaan 7 hari seminggu (Tafsir, Fiqh, Hadis, Aqidah, Tasawwuf, Akhlak, Tahsin al-Quran dan Kelas Berzanji).
- Majlis Sambutan Aidilfitri peringkat Kariah Pekan Labu.
- Sambutan Ibadah Korban peringkat Masjid.
- Kursus Pengurusan Jenazah.
- “Bulan Mahabbah Rasul” melalui program Kem Cinta Rasul, Forum Perdana Maulidur Rasul serta bacaan kitab Syamail Muhammadiyyah.
- Program Khatan Perdana
- Program 'Jom Cuci Masjid' dengan kerjasama Media Prima Berhad.
Rujukan
- ^ "Masjid dan surau di daerah Seremban" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2015-07-01. Dicapai pada 2014-07-07.
- ^ https://www.facebook.com/MasjidLabu/?ref=bookmarks