Masjid Barrima | |
---|---|
مسجد بريمة (Arab) ⵎⴻⵣⴳⵉⴷⴰ ⴱⴰⵔⵉⵎⴰ (Barbar) | |
Info asas | |
Lokasi | Marrakesh, Marrakesh-Safi, Maghribi |
Koordinat geografi | 31°36′59.1″N 7°58′57.7″W / 31.616417°N 7.982694°WKoordinat: 31°36′59.1″N 7°58′57.7″W / 31.616417°N 7.982694°W |
Agama | Islam |
Negara | Maghribi |
Penerangan seni bina | |
Jenis seni bina | Masjid |
Pengasas | Mohammed ben Abdallah |
Bil. menara masjid | 1 |
Masjid Barrima (juga dieja Berrima Mosque; Arab: مسجد بريمة, Berber : ⵎⴻⵣⴳⵉⴷⴰ ⴱⴰⵔⵉⵎⴰ) ialah sebuah masjid di Marrakesh, Maghribi, dan bersambung dengan kasbah (kubu pertahanan) dan Istana Diraja (Dar al-Makhzen) di bandar itu. Ia dibina pada akhir abad ke-18 oleh sultan Alawi Muhammad ibn Abdallah.[1][2][3]
Sejarah
Sultan Muhammad ben Abdallah tidak memilih ibu kota khusus buat pemerintahannya tetapi secara praktiknya, baginda menempatkan dirinya di Marrakesh lebih daripada mana-mana bandar lain. Dengan itu, baginda melakukan beberapa pengubahsuaian dan pembinaan di dalam benteng diraja (Kasbah dan Dar al-Makhzen) bandar itu, termasuk pemulihan Masjid Kasbah utama.[2] Bagaimanapun, khabarnya kerana anakandanya Maymun mahukan masjid yang lebih dekat dengan istana itu sendiri, baginda mengusahakan sebuah lagi masjid iaitu Masjid Barrima.[2]:487 Masjid ini terletak di pinggir timur perkarangan Istana Diraja dan pinggir barat kawasan Yahudi Mellah yang lama berhampiran pintu gerbang bandar dengan nama yang sama, Bab Berrima. Masjid ini bertindak sebagai masjid diraja rasmi seperti yang dilakukan oleh Masjid Lalla Aouda bagi kasbah dan istana Moulay Isma'il di Meknes.[4][2]
Seni bina
Berbanding dengan masjid Maghribi yang lain, bentuk dan susun atur Masjid Barrima adalah luar kelaziman. Berbanding menggunakan sahn, halaman persegi besar masjid (berukuran 35 kali 35 meter) dirujuk sebagai mechouar (sebuah dataran diraja rasmi).[4][2] Di antara ini dengan dewan sembahyang ialah ruang depan bersama dua bilik menunggu bagi sultan dan pegawai kerajaan.[2] Dewan solat yang berukuran 15 kali 25 meter adalah lebih kecil daripada halaman, dan tidak mengikut bentuk biasa dewan solat di masjid-masjid Maghribi: berbanding ruang <i>hypostyle</i> dengan deretan gerbang, ia terdiri daripada ruang persegi besar yang ditutup dengan kupola terletak pada 12 tiang dan satu lagi ruang segi empat tepat di hadapan mihrab.[2] Siling kayu dewan solat ialah aspek yang paling indah dihias di masjid.[2] Masjid ini mempunyai tiga pintu masuk, yang mana hanya pintu masuk utara boleh diakses oleh penduduk biasa di luar istana. Sultan mempunyai pintu masuk peribadinya sendiri yang boleh diakses dari istana, dan dibuka di sebelah mihrab di dalam masjid.[2] Menaranya hanyalah sebuah menara kecil yang tidak melebihi ketinggian dinding istana yang berdekatan (mungkin reka bentuk yang disengajakan untuk mengelak daripada memberikan pemandangan ke kawasan larangan istana).[4][2] Masjid ini pada asalnya disediakan dengan madrasah bersebelahan dan ruang wuduk (midha), tetapi telah rosak pada pertengahan abad ke-20.[2]
Rujukan
- ^ Wilbaux, Quentin (2001). La médina de Marrakech: Formation des espaces urbains d'une ancienne capitale du Maroc. Paris: L'Harmattan. ISBN 2747523888.
- ^ a b c d e f g h i j k Deverdun, Gaston (1959). Marrakech: Des origines à 1912. Rabat: Éditions Techniques Nord-Africaines.
- ^ Triki, Hamid (1986). Marrakech (PDF). Singapore: Marka Print Pte Ltd. m/s. 27.
- ^ a b c El Mghari, Mina (2017). "Tendances architecturales de la mosquée marocaine (XVIIème-XIXème siècles)". Hespéris-Tamuda. LII (3): 229–254.