Marwan bin Muhammad مروان بن محمد | |||||
---|---|---|---|---|---|
Khalifah keempat belas Kerajaan Bani Umaiyah | |||||
Pemerintahan | 4 Disember 744 – 25 Januari 750 | ||||
Didahului oleh | Ibrahim bin al-Walid | ||||
Diikuti oleh | Jawatan dimansuhkan As-Saffah (khalifah Abbasiyah) | ||||
Keputeraan | s. 691 Syria, Syam, Kerajaan Bani Umaiyah | ||||
Kemangkatan | 6 Ogos 750 CE (umur 59) Al-Misr, Kerajaan Bani Umaiyah | ||||
Pasangan | Muznah | ||||
Anakanda |
| ||||
| |||||
Kerabat | Marwan | ||||
Wangsa | Umaiyah | ||||
Ayahanda | Muhammad bin Marwan | ||||
Bonda | Ummu Marwan (gundik) | ||||
Agama | Islam |
Marwan bin Muhammad atau Marwan II (688-750) ialah khalifah ke-14 kerajaan Bani Umaiyah yang memerintah dari tahun 744 hingga tahun 750 sebelum beliau terbunuh. Beliau ialah khalifah Umaiyah yang terakhir memerintah di Damsyik, Syria.
Awal kehidupan
Semasa pemerintahan Hisham, Marwan telah dilantik sebagai gabenor Armenia. Pada tahun 735–736, beliau telah menakluk Georgia. Semasa penggulingan al-Walid II pada tahun 744 atau 745, beliau telah menasihati saudara-maranya di Armenia agar tidak menyokong pemberontakan ini demi menjaga keharmonian kerajaan, namun nasihatnya tidak diendahkan. Selepas kejatuhan al-Walid, beliau berkeinginan untuk menuntut jawatan khalifah namun sebaliknya khalifah baharu, Yazid III melantik beliau sebagai gabenor Mesopotamia Atas.
Pemerintahan
Selepas kematian Yazid, Ibrahim yang telah dinamakan sebagai pewaris khalifah telah menaiki takhta. Marwan mula mengejar semula impiannya dengan mengabaikan Ibrahim dan melantik dirinya sebagai khalifah. Ibrahim telah bersembunyi lalu meminta perlindungan keselamatannya daripada Marwan.
Marwan telah menamakan anaknya Ubaidallah dan Abdullah sebagai pewarisnya. Beliau telah melantik gabenornya dan meneruskan pemerintahannya dengan kekerasan namun gerakan anti-Umaiyah semakin berleluasa, terutamanya di Iran dan Iraq. Beliau lebih menumpukan pemerintahannya ke arah usaha untuk menguatkan semula kekuasaan Umaiyah. Beberapa operasi ketenteraan mula digerakkan di Homs dan Mosul bagi mengalahkan pemberontak Khawarij. Perselisihan dalaman juga tercetus di Khurasan yang dibangkitkan oleh kelompok Abbasiyah.
Marwan juga memulakan operasi ketenteraan di Mesir bagi menamatkan pemberontakan Bashmur namun menemui kegagalan. Kelompok Abbasiyah pula berjaya menduduki Hijaz. Marwan juga mengalami kekalahan teruk daripada As-Saffah dalam Pertempuran Zab yang menyaksikan 300 ahli keluarganya meninggal dunia. Marwan kemudiannya melarikan diri dari Damsyik hingga ke Mesir, di mana beliau ditangkap dan dibunuh. Pewarisnya iaitu Ubaidallah dan Abdullah melarikan diri ke Eritrea, namun Abdullah terbunuh dalam pertempuran di sana.
Kematian Marwan menandakan berakhirnya pemerintahan Bani Umaiyah sebagai khalifah umat Islam. Ahli keluarga Umaiyah di Damsyik kemudiannya dibunuh beramai-ramai oleh kelompok Bani Abbasiyah, kecuali Abdul Rahman yang berjaya melarikan diri ke Sepanyol dan menubuhkan pemerintahan Umaiyah di sana.
Rujukan
- Muhammad ibn Jarir al-Tabari History, v. 26 "The Waning of the Umayyad Caliphate," transl. Carole Hillenbrand, SUNY, Albany, 1989
- Sir John Glubb, The Empire of the Arabs, Hodder and Stoughton, London, 1963
Marwan bin Muhammad Tarikh keputeraan: 691 Tarikh kemangkatan: 6 Ogos 750
| ||
Gelaran Sunnah Islam | ||
---|---|---|
Didahului oleh Ibrahim bin al-Walid |
Khalifah Umaiyah terakhir Khalifah Islam 744 – 6 Ogos 750 |
Diikuti oleh: As-Saffah |
Gelaran pemerintah | ||
Didahului oleh Ibrahim bin al-Walid sebagai Khalifah |
Pemerintah Dinasti Umaiyah 744 – 6 Ogos 750 |
Diikuti oleh: Abdul Rahman I sebagai Amir Cordoba |
- Kelahiran 691
- Kematian 750
- Khalifah Umaiyah abad ke-8
- Pemerintah raja dihukum mati
- Dihukum mati oleh Khilafah Abbasiyah abad ke-8
- Panglima Arab
- Panglima Khilafah Umaiyah
- Gabenor Umaiyah di Arminiyah
- Gabenor Umaiyah di Mosul
- Orang dalam Fitnah Ketiga
- Orang dalam Revolusi Abbasiyah
- Orang Umaiyah dalam perang Arab–Khazar