Marsyal Persekutuan Rusia Marshal Rossiyskoy Federatsii | ||
| ||
Negara | Rusia | |
Cabang perkhidmatan | Angkatan Tentera Rusia | |
Pangkat | Pangkat lima bintang | |
Diperkenalkan | 1993 | |
Persamaan NATO |
OF-10 | |
Pangkat rendah seterusnya | ||
Persamaan pangkat tentera darat | Fil Marsyal | |
Marsyal Persekutuan Rusia ([Маршал Российской Федерации, Marshal Rossiyskoy Federatsii] Error: {{Lang-xx}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)) adalah pangkat tentera tertinggi Rusia, diwujudkan pada tahun 1993 selepas pembubaran Soviet Union. Ia betul-betul berada diatas Jeneral Ketumbukan dan Laksamana Armada, dan dianggap pengganti kepada pangkat era Soviet Marsyal Kesatuan Soviet.
Marsyal Persekutuan Rusia lebih tinggi daripada Jeneral Ketumbukan (empat bintang), Kolonel Jeneral (tiga bintang), Leftenan Jeneral (dua bintang) dan Mejar Jeneral (satu bintang). Ia lebih kurang setaraf dengan Jeneral Tentera Darat Amerika Syarikat dan Fil Marsyal United Kingdom.
Satu-satunya pegawai yang pernah memegang pangkat ini ialah mantan Menteri Pertahanan Igor Sergeyev, yang telah dinaikkan dari Jeneral Ketumbukan Pasukan Roket Strategik. Sergeyev merupakan Marsyal dari tahun 1997 sehingga kematiannya pada tahun 2006.
Insignia bagi Marsyal Persekutuan Rusia serupa dengan insignia Marsyal Kesatuan Soviet, dengan lambang Soviet digantikan oleh lambang Rusia. Pegawai yang diberikan pangkat ini juga akan memakai Bintang Marsyal.
-
Pakaian istiadat
(1997—2006) -
Pakaian perkhidmatan (1997-2006) -
Pakaian celoreng
(1997-2006)
Turutan pangkat menaik | ||
pangkat junior Jeneral Ketumbukan |
Marsyal Persekutuan Rusia |
pangkat senior Tiada |
Lihat juga
- Marsyal
- Pangkat dan insignia Tentera Darat Persekutuan Rusia
- Senarai Marsyal Soviet
- Senarai Fil Marsyal Rusia
- Igor Sergeyev
Pautan luar
- Federal Law No. 58-FZ from March 12, 1998 Diarkibkan 2005-11-23 di Wayback Machine "On military duty and military service" (in Russian)