Marsyal Yugoslavia (Serbia-Croatia, Slovania: Maršal Jugoslavije, skrip Cyril: Маршал Југославије; Macedonia: Маршал на Југославија) adalah pangkat tertinggi bagi Tentera Rakyat Yugoslav (setaraf dengan Fil Marsyal), dan, pada masa yang sama, satu gelaran kehormat Yugoslavia.
Sejarah pangkat
Satu-satunya orang yang pernah memegang pangkat "Marsyal Yugoslavia" ialah Josip Broz Tito, dengan istilah "Marsyal" menjadi sinonim dengan namanya di Yugoslavia. Beliau menerimanya pada sesi kedua AVNOJ di Jajce pada 29 November 1943, dan menyandangnya hingga mati pada 4 Mei 1980.[1]
Para adjutan kepada Marsyal Yugoslavia
- Boško Čolić (1943–1945)
- Milan Žeželj (1945–1962)
- Luka Božović (1962–1966)
- Anđelko Valter (1966–1971)
- Marko Rapo (1971–1976)
- Đuka Balenović (1976–1977)
- Tihomir Vilović (1977–1979)
- Zvonimir Kostić (1979–1980)
Galeri
-
Pakaian seragam pertama Marsyal daripada National Liberation War.
-
Pakaian seragam Marsyal Tentera Laut Yugoslav.
Rujukan
- ^ "Josip Broz Tito: Chronology Part Two". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-05-27. Dicapai pada 3 July 2010.