Jenis/bentuk sah | Syarikat penyenaraian awam |
---|---|
Didagangkan sebagai | MYX: 5264 |
ISIN | MYL5264OO006 |
Industri | Kuasa |
Pendahulu | Malakoff Rubber Estates |
Ditubuhkan | 09 Oktober 1975 |
Ibu pejabat | Kuala Lumpur, Malaysia |
Kawasan perkhidmatan | Malaysia, Arab Saudi, Australia, Bahrain dan Algeria |
Tokoh penting | Dato' Ahmad Fuaad Mohd Kenali (CEO) |
Keluaran | Elektrik Air |
Hasil | ▲ RM$7.13 bilion (FY 2017) |
Pendapatan kendalian | ▲ RM$600.63 juta (FY 2012) |
Pendapatan bersih | ▼ RM$548.17 juta (FY 2012) |
Jumlah aset | ▼ RM$11.79 bilion (FY 2012) |
Jumlah ekuiti | ▲ RM$4.31 bilion (FY 2012) |
Pemilik | MMC Corporation Berhad |
Anak syarikat | Malakoff Power Berhad, Teknik Janakuasa Sdn Bhd, Berhad, Malakoff Utilities Sdn Bhd, Malakoff Engineering |
Tapak web | www |
Catatan kaki/rujukan | |
[1] | |
sunting · sunting di Wikidata |
Malakoff Corporation Berhad atau dipendekkan sebagai Malakoff (MYX: 5264) ialah pengeluar air dan kuasa bebas ("IWPP") dengan tumpuan utama dalam penjanaan kuasa, penyahgaraman air dan operasi & perkhidmatan penyelenggaraan. Di Malaysia, Malakoff ialah pengeluar kuasa bebas terbesar (Independent Power Plant) dengan kapasiti penjanaan bersih 6,346 MW daripada tujuh loji janakuasa.
Aset antarabangsa termasuk kuasa dan usaha air di Arab Saudi, Algeria, Bahrain, Oman dan Australia, dengan kapasiti berkesan 690 MW kuasa dan penyahgaraman air 420,925 m 3 hari. Malakoff juga sedang giat berusaha untuk meneroka lagi kawasan rantau Asia Timur dan Afrika Utara yang semakin berkembang serta pasaran Asia Tenggara.
Melalui anak syarikat milik penuhnya, Teknik Janakuasa Sdn Bhd, Malakoff mempunyai perkhidmatan operasi & penyenggaraan tempatan dan di Arab Saudi, Algeria, Kuwait, Oman dan Indonesia.
Malakoff percaya dalam bekerjasama dengan semua pemegang kepentingan dalam perkongsian yang produktif. Oleh itu, Kumpulan bangga menjadi pengendali yang bertanggungjawab dan warganegara korporat yang baik di semua komuniti di mana ia beroperasi.
Malakoff ialah ahli Kumpulan MMC.
Lihat juga
Rujukan
- ^ "Malakoff Annual Report 2017" (PDF). Malakoff Corporation Berhad. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-04-30. Dicapai pada 2019-01-19.