Dalam budaya Minangkabau, makan bajamba atau makan barapak ialah sebuah upacara jamuan Minangkabau yang melibatkan jamuan bersama-sama dalam satu tempat yang ditentukan.[1][2] Makan bajamba lazimnya dilakukan pada hari-hari utama dalam agama Islam serta upacara-upacara adat penting.[3][4] Secara harafiah, makan bajamba secara tersiratnya dikatakan memperlihatkan kebersamaan dan kesamarataan para peserta jamuan.[5][6] Makan bajamba didapati berasal dari kabupaten Agam di Sumatera Barat dan telah wujud sejak abad ketujuh, ketika agama Islam mula mencapai kawasan Minangkabau.[7]
Upacara
Jamba merujuk kepada dulang yang mempunyai nasi dengan aneka lauk yang tersusun. Dulang itu pula ditutup dengan tudung saji yang dianyam dengan daun enau lalu dilitupi oleh kain bersulam emas bernama dalamak.[8]
Makan bajamba boleh disertai oleh puluhan hingga ribuan orang tetamu dengan satu kumpulan kecil terdiri daripada tiga hingga tujuh orang tetamu yang duduk mengelilingi jamba.[3] Lazimnya, tetamu lelaki akan duduk bersila (baselo) manakala tetamu wanita akan makan secara bersimpuh (basimpuah), dengan jamba diletakkan di atas meja rendah.[9] Upacara ini biasanya bermula dengan upacara kesenian Minangkabau disusuli dengan acara-acara seperti bacaan Al-Quran, berbalas pantun atau bacaan peribahasa-peribahasa Minangkabau.[5][10]
Adab-adab dalam makan bajamba adalah berdasarkan nilai-nilai Islam (terumatanya daripada hadis) seperti seseorang hanya mengambil makanan di hadapannya serta mengutamakan orang yang lebih tua.[1][5] Juadah dimakan dengan tangan kanan dan dimasukkan ke dalam mulut secara melempar pada jarak dekat.[11] Di samping itu, tangan kiri juga menadah tangan kanan ketika makan untuk menangkap sisa nasi yang mungkin terjatuh supaya tidak terjatuh ke atas dulang lalu mendatangkan rasa jijik dalam para tetamu. Gaya duduk secara bersimpuh atau bersila juga mengelakkan seseorang daripada makan secara membongkok. Makanan di dulang juga wajib dihabiskan, dan tiada sisa nasi di atas dulang.[3]
Rekod
Rekod makan bajamba terbesar dicatatkan oleh Museum Rekor Indonesia pada 1 Oktober 2006 oleh para penduduk Kota Sawahlunto, Sumatera Barat yang mengadakan acara tersebut sempena ulang tahun ke-123 kota tersebut dengan 16,322 orang peserta.[12][13]
Rujukan
- ^ a b M.D., Pandoe; Pour, J. (2010). Jernih Melihat Cermat Mencatat: Antologi Karya Jurnalistik Wartawan Senior Kompas. Penerbit Buku Kompas. m/s. 236. ISBN 9797094871.
- ^ "Diwarnai Makan Bajamba, Mukhlis Hadiri Maulid Surau Lubuk". Sumberonline.com. 2012-04-04. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-02-21. Dicapai pada 2012-05-14.
- ^ a b c "Makan Bajamba Tradisi Idul Adha di Payolansek". Haluan Kepri. 2010-11-19. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04. Dicapai pada 2012-05-14. External link in
|publisher=
(bantuan) - ^ "Makan Bajamba, Hiasi Maulid Nabi di Pariaman". www.beritasatu.com. 2012-02-07. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-17. Dicapai pada 2012-05-14.
- ^ a b c "Tradisi Makan Bajamba". Voice of Indonesia. 2012-02-27. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-02-19. Dicapai pada 2012-05-14.
- ^ "Makan Bajamba di Sawahlunto". Faceminang.com. 2011-12-01. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-12-06. Dicapai pada 2012-05-14.
- ^ "Makan Barapak, Tradisi Makan Tradisional Minangkabau". Berita Sumatra Barat Terkini (dalam bahasa Indonesia). 2019-08-27. Dicapai pada 2020-03-09.
- ^ Sativa Sutan Aswar (1999). Antakesuma embroidery in the Minangkabau adat (dalam bahasa Indonesia). Djambatan. ISBN 978-979-428-148-2.
- ^ "Makan Bajamba". AMINEF - American Indonesian Exchange Foundation (dalam bahasa Inggeris). 2020-04-09. Dicapai pada 2020-11-02.
- ^ "Makan Bajamba, Makan Bersama Ala Minangkabau". Phinemo. 2018-02-09. Dicapai pada 2020-11-02.
- ^ Tempo, Volume 23: Adat yang Sudah Langka. Badan Usaha Jaya Press. 1994.
- ^ "Makan Bajamba Meriahkan Lagi Hari Jadi Sawahlunto". Harian Haluan. 2011-12-03. Dicapai pada 2012-05-14.
- ^ "Makan Bajamba Jadi Maskot dalam HUT 123 Sawahlunto". www.padangmedia.com. 2011-11-23. Dicapai pada 2012-05-14.