Maid Maiden | |
---|---|
![]() Kulit novel grafik Maid Maiden Monday | |
Maklumat penerbitan | |
Penerbit | Kumpulan Art Square Majalah: Gempak |
Format | Berwarna |
Tarikh penerbitan | 2009 |
Bil. isu | Novel grafik: 7 |
Watak utama | Alivia |
Pasukan kreatif | |
Karya | Kaoru |
Maid Maiden merupakan karya kedua bersiri Kaoru yang diterbitkan di majalah terbitan Kumpulan Art Square di majalah Gempak. Komik ini pertama kali diterbitkan di dalam majalah Gempak isu 222 pada tahun 2009 dan kemudian diterbitkan di dalam bahasa Cina di dalam majalah Comic King.
Maid Maiden mengisahkan Alivia yang ingin mencari lelaki atau putera impiannya yang suatu ketika dahulu pernah menyelamatkannya tetapi ibu bapa Alivia tidak dapat menunaikan hajat anaknya yang ingin bersekolah di Adam Gordon High School di mana tempat putera misterinya bersekolah kerana muflis. Walaupun begitu, Alivia yang secara tidak sengaja terjumpa Bennett Gordon pelajar di sekolah Adam Gordon High School yang merupakan milik keluarganya dimana dia mahu membantu Alivia tetapi Bennett mengemukakan syarat yang harus dipatuhi oleh Alivia iaitu dengan menjadi kekasih dan pembantu rumah di rumahnnya,
Sinopsis
Demi putera impian yang pernah menyelamatkannya, Alivia bersusah-payah masuk ke sekolah elit Adam Gordon High School. Namun sebaik diterima sebagai pelajar, ibu bapanya diisytihar muflis dan tidak mampu membayar yuran persekolahannya. Tidak cukup setakat itu, mereka melarikan diri ke luar negara kerana masalah hutang. Mujurlah Bennett Gordon, pelajar kaya di sekolah tersebut, sudi membantunya...tetapi dengan satu syarat! Bagaimanakah hidup Alivia selepas itu?! Dapatkah dia melepaskan diri daripada kesulitan perebutan cinta antara dua lelaki yang menjadi pujaan ramai terhadapnya itu?!
Watak-Watak
Alivia
Sering dibuli oleh Bennett Gordon.Sanggup mengikuti arahan Bennett demi mencari lelaki yang pernah menyelamatkannya suatu ketika dahulu. Dia juga seorang yang panas baran. Menjadi pembantu rumah Bennett.
Bennett Gordon
Pelajar di sekolah elit Adam Gordon High School. Sangat terkenal di kalangan perempuan tetapi tidak menyukai akan popularitinya itu.
Shawn
Kawan baik Bennett suatu ketika dahuhu. Adik perempuannya merupakan tunang kepada Bennett.
Taylor
Merupakan guru di sekolah Adam Gordon High School dan merupakan Butler di rumah Bennett.
Lilly
Orang gaji Bennett. Pernah diselamatkan Bennett suatu ketika dahulu dan oleh sebab itu, beliau membalas budi dengan menjadi pembantu rumah keluarga Bennett.
Nora
Pembantu rumah Bennett.
Laura
Pembantu rumah Bennett.
Hester
Pembantu rumah Bennett.
Fidelia
Pembantu rumah Bennett.
Novel grafik
- Maid Maiden: Monday
- Maid Maiden: Tuesday
- Maid Maiden: Wednesday
- Maid Maiden: Thursday
- Maid Maiden: Friday
- Maid Maiden: Saturday
- Maid Maiden: Sunday