Kaoru | |
---|---|
Kelahiran | Liew Yee Teng 4 Februari 1982 Ipoh, Perak |
Kewarganegaraan | ![]() |
Nama samaran | Kaoru |
Karya terkenal | Helios Eclipse,Maid Maiden |
Kaoru[1] (lahir Liew Yee Teng; 4 Februari 1982 di Ipoh, Perak) ialah seorang pelukis komik wanita Malaysia.
Biografi
[sunting | sunting sumber]Kaoru ialah kartunis wanita Cina di Malaysia. Selepas menamatkan pengajian pada tahun 2001, beliau menyertai Kadokawa Gempak Starz (dahulunya dikenali sebagai Kumpulan Art Square). Gaya seninya yang dipengaruhi manga Jepun telah memenangi ramai peminatnya, terutamanya siri 'Candy' dan 'Prince' yang telah dihasilkannya sejak 2013[2].
Antara karya beliau yang pertama ialah Siri Maskeret Cinta. Pada tahun 2004 beliau hadir dengan karya terbaru iaitu Helios Eclipse yang bertemakan dunia fantasi yang disirikan di dalam majalah Starz yang kemudiannya dipindahkan ke majalah Gempak. Pada tahun 2009 selepas Helios Eclipse berakhir, beliau telah mencipta karya beliau yang bertemakan pembantu rumah iaitu Maid Maiden yang telah disirikan di dalam majalah Gempak yang kini telah dijadikan novel grafik bersiri.
Karya beliau yang terkini ialah My Secret Bodyguard yang sedang lagi disirikan di dalam majalah Gempak dan kini boleh didapati dalam bentuk novel grafik bersiri.[3]
Karya
[sunting | sunting sumber]Antara karya-karya beliau sepanjang kerjaya beliau sebagai kartunis
Tajuk | Debut |
---|---|
Kaoru's Cake House | Oktober 2008 |
Siri Maskeret Cinta - 143 | Jun 2002 |
Siri Maskeret Cinta - Colour | Februari 2004 |
Daisuki | Februari 2005 |
Helios Eclipse Series | Jun 2004 |
Maid Maiden Series | 2009 |
Love Triangle | |
Love Drama | |
Cinta untuk dijual | |
Lost Diary | |
My Secret Bodyguard Series |
Karya bersama Candy Factory dan Dream Catcherz
[sunting | sunting sumber]Tajuk | Siri pertama | Siri terakhir | Jumlah siri |
---|---|---|---|
Candy Series | June 2013 (bahasa Cina)
March 2014 (bahasa English) |
Belum tamat | 59 |
Prince Series | December 2014 (bahasa Cina)
April 2015 (BahasaEnglish) |
On going | 47 |
Komik
[sunting | sunting sumber]- Kaoru's Cake House
- Siri Maskeret Cinta - 143
- Siri Maskeret Cinta - Colours
- Daisuki
- Siri Helios Eclipse
- Siri Maid Maiden
- Strawberry Vampire
- Love Triangle
- Love Drama
- Cinta untuk Dijual
- Lost Diary
- Siri My Secret Bodyguard
Buku ilustrasi
[sunting | sunting sumber]Pencapaian
[sunting | sunting sumber]Tahun | Pencapaian |
---|---|
2005 | Finalis untuk Anugerah Naga Emas Komik Cerita Terbaik dalam Pertandingan Animasi & Komik Oriental (OACC) |
2009 | ‘Maid Maiden’ dianugerahkan Anugerah Komik Romantik Terbaik di Anugerah Persatuan Komik Mandarin Malaysia |
2013 | Memenangi Anugerah Komik Aksi/Romantik Terbaik di Anugerah Persatuan Komik Mandarin Malaysia untuk ‘Drama Cinta’ |
- ^ man_in_comics (2019-08-09). "KAORU". Gempak Starz (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-04-11.
- ^ Maira (2022-06-24). ""Kini aktif dalam penulisan cerita" – Interview bersama Kaoru dari Kadokawa Gempak Starz!". gamersantai.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-04-11.
- ^ Maira (2022-06-24). ""Kini aktif dalam penulisan cerita" – Interview bersama Kaoru dari Kadokawa Gempak Starz!". gamersantai.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-04-11.