Maharaja | |
---|---|
Pengarah | Nithilan Swaminathan |
Penulis | Nithilan Swaminathan |
Dialogues by | Shanmuganathan Kounder Raam Murali[1] |
Dihasilkan oleh | Jagadish Palanisamy Sudhan Sundaram |
Dibintangi |
|
Sinematografi | Dinesh Purushothaman |
Disunting oleh | Philomin Raj |
Muzik oleh | B. Ajaneesh Loknath |
Syarikat penerbitan | The Route Think Studios Passion Studios |
Diedarkan oleh | NVR Cinemas (India) Antenna Entertainments (Malaysia) UIE Movies (Singapura, Negara Negara Arab, Amerika Utara dan Europa) |
Tarikh tayangan | 14 Jun 2024 |
Masa tayangan | 141 minit[2] |
Negara | India |
Bahasa | Tamil |
Bajet | ₹20 crore[4] |
Pecah panggung | ang. ₹110 crore[5] |
Maharaja(terj. Raja Yang Agung)[a]) merupakan filem aksi thriller Bahasa Tamil tahun 2024 dari India .[6][7]. Filem ini diarahkan oleh Nithilan Swaminathan dan diterbitkan bersama oleh The Route, Think Studios dan Passion Studios.Filem ini dibintangi oleh Vijay Sethupathi sebagai watak utama, bersama Anurag Kashyap, Sachana Namidass, Mamta Mohandas, Natarajan Subramaniam, Abhirami Gopikumar, Aruldoss, Munishkanth, Manikandan, Singampuli dan Bharathiraja.Dalam filem ini, seorang penggunting rambut melaporkan kepada polis bahawa Lakshmi miliknya, iaitu tong sampah besi, telah hilang selepas rumahnya dipecah masuk. Namun, polis mula mengesyaki niat sebenar lelaki tersebut.
Filem ini diumumkan secara rasmi pada Februari 2023 dengan tajuk sementara VJS50, kerana ia merupakan filem ke-50 lakonan utama Vijay Sethupathi. Penggambaran utama bermula pada bulan yang sama di Chennai. Tajuk rasmi diumumkan pada bulan Julai, bertepatan dengan penggambaran yang telah selesai dan Think Studios menyertai sebagai penerbit bersama. Muzik digubah oleh B. Ajaneesh Loknath, manakala sinematografi dan suntingan diuruskan oleh Dinesh Purushothaman dan Philomin Raj.
Maharaja telah masuk panggung di seluruh dunia pada 14 Jun 2024 dan menerima ulasan positif daripada pengkritik. Filem ini mencatatkan kutipan tertinggi pada pembukaan minggu dan muncul sebagai filem Tamil dengan kutipan tertinggi pada tahun 2024.[8][9][10]
Di Malaysia, filem ini menjadi buah mulut di kalangan pencinta filem selepas ia ditayangkan di Netflix. Ini mendorong minat orang ramai untuk menonton filem India Selatan.
Plot
Maharaja, seorang tukang gunting rambut, tinggal di Pallikaranai, Chennai. Beliau kehilangan isterinya dalam kemalangan di mana sebuah lori terbabas melanggar rumah tempat isterinya sedang duduk bersama anak perempuan mereka. Anak perempuannya, Jothi terselamat dalam kemalangan itu kerana dilindungi oleh tong sampah besi yang melindungi dirinya daripada serpihan bangunan yang jatuh. Maharaja dan Jothi kemudiannya menamakan tong sampah itu sebagai "Lakshmi" sebagai tanda kasih sayang dan mereka mempersonakannya. Maharaja kemudian berpindah ke tempat baharu bersama Jothi, yang kini sudah remaja, dan Lakshmi. Jothi aktif dalam sukan di sekolah; dia meninggalkan bandar tersebut untuk menyertai kem sukan di Coimbatore, ditemani oleh guru sukannya, Aasifa.
Sementara itu, Maharaja pergi ke balai polis tempatan untuk melaporkan rompakan, menyatakan bahawa tong sampah mereka, Lakshmi, telah dicuri, membuatkan balai polis itu kecoh. Beliau menceritakan keseluruhan kejadian kepada mereka, mengatakan bahawa sekumpulan perompak bersenjata telah menyerbu rumahnya, menyerangnya dan mengambil Lakshmi. Pada mulanya, polis memandang ringan kes tersebut kerana mereka percaya mereka tidak boleh membazirkan masa dan usaha untuk mencari objek remeh seperti tong sampah kosong. Walaupun mereka asyik memandang ringan kes itu dan mengeluarkan ugutan ganas, Maharaja tetap berteguh. Akhirnya, mereka menerima kes itu selepas Maharaja menjanjikan rasuan sebanyak ₹5 lakh jika mereka berjaya menemui penjenayah tersebut. Polis membawa masuk Nallasivam, seorang banduan yang menjadi pemberi maklumat, untuk mencari Lakshmi.
[Lewat (2009)]: Selvam dan Sabari adalah ahli kumpulan penyangak yang merompak rumah, merogol dan membunuh wanita selepas mengambil barang curi. Sabari menelefon Selvam untuk memaklumkan bahawa sebuah akhbar harian telah menerbitkan rencana editorial mengenai jenayah mereka tanpa mendedahkan identiti mereka. Selvam kebetulan berada di saloon Ramki untuk menggunting janggutnya semasa perbualan telefon itu, dan selepas menutup telefon, dia mengesyaki Maharaja mungkin ternampak perbualan itu. Selvam tertinggal rantai emas di saloon itu, yang ingin dia hadiahkan kepada anak perempuannya yang masih kecil, Ammu. Semasa Maharaja pergi ke rumah Selvam untuk memulangkannya, polis pada masa yang sama tiba untuk menangkap Selvam dan Sabari. Polis menembak mati Sabari dan menangkap Selvam dengan cara yang memalukan. Kokila, isteri Selvam, yang tidak tahu tentang aktiviti jenayah suaminya, atas rasa jijik dan marah, meminta Selvam menjauhi Ammu. Selvam merenung Maharaja, percaya bahawa Maharaja yang telah membocorkan rahsianya.
[Masa Kini (2023)]: Seorang pemuda nakal bernama Dhana, bekerja di bengkel servis kereta tempatan. Seorang ahli politik tempatan memukul dan mengugutnya atas tuduhan bahawa dia telah mencuri cermin mata hitamnya dari kereta milik ahli politik itu. Dhana mahu membalas dendam dengan memukul ahli politik itu di bar tempatan, di mana Maharaja juga turut berada. Ketika polis terus menyiasat kes tong sampah itu, Nallasivam, membantu mendapatkan tong sampah yang diubah suai dan dilekuk untuk kelihatan sama seperti "Lakshmi". Untuk mencari kambing hitam yang sanggup bekerjasama, polis mula menghubungi pencuri yang sanggup melakukan kerja sedemikian, tetapi mereka mengejek idea untuk dituduh mencuri tong sampah yang tidak bernilai. Akhirnya, Nallasivam bersetuju untuk menjadi penjenayah, dengan berkata dia mempunyai bakat untuk berlakon. Mereka meminta Maharaja melalui pembesar suara untuk menceritakan keseluruhan kejadian sekali lagi supaya Nallasivam boleh berlakon dengan sewajarnya.
Maharaja menceritakan kejadian itu dengan cara yang sama tetapi imbas kembali mendedahkan kejadian sebenar, di mana Jothi telah pulang ke rumah, ketika Maharaja tiada di rumah. Tiga orang lelaki, yang kemudiannya diketahui sebagai Selvam, Dhana dan Nallasivam, berada di dalam rumah untuk membunuh Maharaja, tetapi Maharaja tidak hadir. Mereka menyerang Jothi secara fizikal, menyebabkannya lebam dan pengsan, sementara Nallasivam kemudian merogolnya dua kali. Selepas sampai di rumah, Maharaja mendapati Jothi dalam keadaan dirogol dan membawanya ke hospital. Jothi meminta ayahnya supaya dia mahu berdepan dengan lelaki yang bertanggungjawab ke atas perbuatan tersebut. Selepas memasukkan Jothi ke hospital, Maharaja pulang ke rumah dan akibat perasaan kecewa dan marah, dia memukul dirinya sendiri sehingga pengsan. Apabila dia terbangun, dia melihat resit plaza tol dengan nombor kereta ahli politik tempatan yang akhirnya membawa dia kepada Dhana. Maharaja mengejarnya dan pergaduhan berlaku antara mereka, dengan Maharaja berada di pihak yang menang dan bertanya siapa rakan kongsinya pada hari kejadian rompakan itu.
Barisan pelakon
- Vijay Sethupathi sebagai Maharaja
- Anurag Kashyap sebagai Selvam
- Mamta Mohandas sebagai Aasifa
- Natarajan Subramaniam sebagai Inspektor S. Varadharajan
- Abhirami sebagai Kokila
- Divya Bharathi sebagai Isteri Maharaja
- Singampuli sebagai Nallasivam
- Aruldoss sebagai Sub-inspektor R. K. Perumalsamy
- Munishkanth sebagai Konstabel Kuzhandhaivelu
- Sachana Namidass sebagai Jothi
Penghasilan
Pengumuman awam dibuat pada 1 Februari 2023, mengesahkan projek filem dengan Vijay Sethupathi.Projek ini menandakan filem ke-50 lakonan Vijay Sethupathi. Anurag Kashyap, Mamta Mohandas dan Natarajan Subramaniam telah diumumkan untuk memainkan peranan utama bersama Sethupathi, manakala Divya Bharathi, Abhirami, Aruldoss, Munishkanth, Manikandan, Singampuli, Bharathiraja, Vinod Sagar dan P. L. Thenappan akan muncul dalam peranan pembantu.
Pengambilan gambar dilakukan di Chennai dan berlangsung selama 85 hari[11]
Runut bunyi
Maharaja | ||||
---|---|---|---|---|
Runut bunyi oleh B. Ajaneesh Loknath | ||||
Dilancarkan pada | 7 Jun 2024 | |||
Dirakamkan pada | Februari–Julai 2023 | |||
Studio | Sound Town Studio, Chennai RM Studio, Chennai Abbs Studios, Bangalore | |||
Genre | runut bunyi filem cetera | |||
Panjang | 3:08 | |||
Bahasa | Tamil | |||
Syarikat | Junglee Music | |||
Penerbit | B. Ajaneesh Loknath | |||
Kronologi | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
Muzik dan skor latar dikomposeri oleh B. Ajaneesh Loknath, dalam kolaborasi pertamanya dengan Vijay Sethupathi; yang kedua dengan Saminathan selepas Kurangu Bommai. Ia merupakn filem Tamil keempatnya selepas Kurangu Bommai, Richie (2017), dan Nimir (2018).Single pertama "Thayee Thayee", dinyanyikan oleh Sid Sriram dan ditulis oleh Vairamuthu, dikeluarkan pada 7 Jun 2024. Single kedua "Raja Paya Onnu" dikeluarkan pada 15 Jun 2024, selepas filem ini ditayangkan.
No. | Tajuk | Penyanyi | Masa | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1. | "Thayee Thayee" | Sid Sriram | 3:08 | |||||||
2. | "Raja Paya Onnu" | Jithin Raj Harshika Devanath | 4:05 | |||||||
Jumlah masa: 7:13 |
Pelancaran
Pawagam
Maharaja telah ditayangkan di pawagam seluruh dunua pada 14 Jun 2024. Selain daripada bahasa Tamil asal, ia juga dialih suara dan ditayangkan dalam bahasa Telugu.Maharaja telah dipertontonkan di Los Angeles pada 28 Jun 2024, kerana ia dipilih sebagai salah satu filem penutup di Festival Filem India Los Angeles.
platform penstriman
Hak penstriman digital telah dibeli oleh Netflix, manakala hak satelit pula oleh Star Vijay.Filem ini telah ditayangkan di Netflix mulai 12 Julai 2024. Di Malaysia, filem ini mencetuskan fenomena dan meanrik lebih banyak penoton untuk menonton filem India Selatan lain.
Nota
- ^ Juga nama watak utama
Rujukan
- ^ "Vijay Sethupathi's Maharaja earns over Rs 30 crores at global box office". Cinema Express (dalam bahasa Inggeris). 2024-06-17. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 June 2024. Dicapai pada 2024-06-20.
- ^ "Maharaja". British Board of Film Classification (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 17 June 2024. Dicapai pada 2024-06-20.
- ^ Suri, Ridhi (15 June 2024). "Maharaja Box Office Collection Day 1: Strong Opening For Vijay Sethupathi's Tamil Movie". Jagran English (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 19 June 2024. Dicapai pada 15 June 2024.
- ^ According to Jagran English, Maharaja was made on a budget of 20 crore which included promotion costs.[3]
- ^ "Vijay Sethupathi's Maharaja Becomes The Highest-Grossing Tamil Film Of 2024". News18 (dalam bahasa Inggeris). 2024-07-10. Dicapai pada 2024-07-10.
- ^ "Maharaja". Toronto International Film Festival. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 July 2024. Dicapai pada 2 July 2024.
A barber sets out for revenge after his home is broken into in this Tamil-language action thriller
- ^ "'Maharaja' Kerala box office collections day 3: Vijay Sethupathi starrer collects Rs 1.25 crore". Times of India. Dicapai pada 18 June 2024.
Tamil actor Vijay Sethupathi has made a massive return to the silver screen with his latest action-packed thriller 'Maharaja,' which has been met with enthusiastic acclaim from Kerala audiences.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama50c
- ^ "With Maharaja, Garudan and Aranmanai 4, is Tamil cinema back on track?". OTTPlay (dalam bahasa Inggeris). 20 June 2024. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 July 2024. Dicapai pada 20 June 2024.
- ^ "Massive first weekend collection for Vijay Sethupathi's Maharaja". 123telugu.com (dalam bahasa Inggeris). 2024-06-17. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 June 2024. Dicapai pada 2024-06-20.
- ^ "Exciting updates on Vijay Sethupathi's 50th movie is here!". IndiaGlitz.com. 15 April 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 April 2023. Dicapai pada 14 June 2024.