Limau purut | |
---|---|
Buah dan daun limau purut | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Divisi: | |
Kelas: | |
Order: | |
Genus: | Citrus
|
Spesies: | hystrix
|
Peta taburan aneka kultivar Citrus, C. hystrix ditanda hijau pucat[1] | |
Sinonim[2] | |
|
Limau purut (Jawi: لیماو ڤوروت ; nama saintifik: C. hystrix) adalah sejenis tumbuhan sitrus yang bertaburan asal di kawasan-kawasan tropika Asia Tenggara dan selatan China,[3][4] ia dikenali kerana permukaan buah limau ia yang kasar berkutil bintil atau "purut".[5]
Ia sering kali digunakan dalam masakan-masakan dan perubatan tradisi serata Asia Tenggara, minyak pati buah ini dijadikan bahan membuat minyak wangi.[6]
Botani
Tumbuhannya berbentuk pohon kecil dengan tinggi antara 2-12 meter dengan batang-batang kecil rendah yang membengkok atau bersudut manakala setiap rantingnya berduri tajam.[7] Daun muncul setangkai setiap helai[8] berbentuk angka lapan dengan warna hijau gelap yang berkilau licin apabila matang; ia mengeluarkan aroma harum apabila digosok mahupun dikerunyuk.[7]
Buah yang dihasilkan kecil dengan diameter tidak melebihi 2 sm, dengan kulit tebal dengan permukaan kasar "purut".[7]
-
Daun
-
Buah limau purut.
-
Daun limau purut yang digunakan dalam masakan.
-
Bunga.
Kegunaan
Dalam masakan
Daun-daun limau purut amat penting dalam masakan-masakan Thailand (seperti nam phrik dan tom yam),[9][10] Kemboja,[11] Nusantara termasuk Malaysia dan Indonesia (terutamanya dalam kalangan masyarakat Jawa dan Bali) dan Myanmar.[12]
Kulit buah limau purut dijadikan antara rempah utama dalam kari Thai.[9]
Manfaat lain
Buah limau purut boleh digosok mencuci rambut hingga bersih dan licin[10] serta mampu merawat kelemumur.[13]
Daun-daun ia juga boleh digunakan sebagai penghilang bau kuat baik pada badan semasa mandi mahupun menyegarkan udara bilik.[13]
Rujukan
- ^ Fuller, Dorian Q.; Castillo, Cristina; Kingwell-Banham, Eleanor; Qin, Ling; Weisskopf, Alison (2017). "Charred pomelo peel, historical linguistics and other tree crops: approaches to framing the historical context of early Citrus cultivation in East, South and Southeast Asia". Dalam Zech-Matterne, Véronique; Fiorentino, Girolamo (penyunting). AGRUMED: Archaeology and history of citrus fruit in the Mediterranean. Publications du Centre Jean Bérard. m/s. 29–48. doi:10.4000/books.pcjb.2107. ISBN 9782918887775.
- ^ The Plant List: A Working List of All Plant Species, dicapai pada 3 October 2015
- ^ "Citrus hystrix". Flora & Fauna Web. National Parks Singapore, Singapore Government. Dicapai pada 13 August 2018.[pautan mati kekal]
- ^ "Citrus hystrix". Plant Finder. Missouri Botanical Garden. Dicapai pada 13 Ogos 2018.
- ^ "purut". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
- ^ Ng, D.S.H.; Rose, L.C.; Suhaimi, H.; Mohamad, H.; Rozaini, M.Z.H.; Taib, M. (2011). "Preliminary evaluation on the antibacterial activities of Citrus hystrix oil emulsions stabilized by TWEEN 80 and SPAN 80" (PDF). International Journal of Pharmacy and Pharmaceutical Sciences. 3 (Suppl. 2).
- ^ a b c Staples, George; Kristiansen, Michael S. (1 January 1999). Ethnic Culinary Herbs: A Guide to Identification and Cultivation in Hawai'i. University of Hawaii Press. m/s. 27–29. ISBN 978-0-8248-2094-7.
- ^ B. Sarwono (1991). Jeruk dan Kerabatnya. Jakarta: Penebar Swadaya. m/s. 73. ISBN 979-489-003-0.
- ^ a b Loha-unchit, Kasma. "Kaffir Lime –Magrood". Dicapai pada December 7, 2014.
- ^ a b Sukphisit, Suthon (12 November 2017). "Clean up in kitchen with versatile fruit". Bangkok Post. Dicapai pada 13 November 2017.
- ^ "What to Replace Kaffir Lime Leaves With". Village Bakery (dalam bahasa Inggeris). 2018-12-17. Dicapai pada 2018-12-19.
- ^ Wendy Hutton, Wendy; Cassio, Alberto (2003). Handy Pocket Guide to Asian Herbs & Spices. Singapore: Periplus Editions. m/s. 40. ISBN 978-0-7946-0190-4.
- ^ a b Nurul Adriana; Oleh Izyan Liyana (13 April 2020). "5 khasiat daun limau purut". Sinar Harian.