Magnoliopsida | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
|
Magnoliopsida ialah nama botani untuk sebuah kelas tumbuhan. Nama ini dibentukkan dengan menggantikan akhiran -aceae dalam nama Magnoliaceae dengan akhiran -opsida (Perkara 16 dalam ICBN). Kelas Magnoliopsida termasuk famili Magnoliaceae, tetapi selain itu, skop untuk kelas ini tidak ditetapkan. Lingkungan kelas ini berbeza-beza dengan sistem taksonomi yang digunakan.
Sistem Cronquist dan Takhtajan
Dalam sistem Cronquist dan sistem Takhtajan, nama Magnoliopsida digunakan untuk kumpulan dikotiledon.
Magnoliopsida dalam sistem Cronquist
Sistem Cronquist menggunakan taksonomi dalaman yang berikut (dalam versi 1981):
- kelas Magnoliopsida [= dikotiledon]
- subkelas Magnoliidae
- subkelas Hamamelidae
- subkelas Caryophyllidae
- subkelas Dilleniidae
- subkelas Rosidae
- subkelas Asteridae
Magnoliopsida dalam sistem Takhtajan
Sistem Takhtajan menggunakan taksonomi dalaman yang berikut:
- kelas Magnoliopsida [= dikotiledon]
- subkelas Magnoliidae
- subkelas Nymphaeidae
- subkelas Nelumbonidae
- subkelas Ranunculidae
- subkelas Caryophyllidae
- subkelas Hamamelididae
- subkelas Dilleniidae
- subkelas Rosidae
- subkelas Cornidae
- subkelas Asteridae
- subkelas Lamiidae
Sistem Dahlgren dan Thorne
Sistem Dahlgren dan sistem Thorne (1992) menggunakan nama Magnoliopsida untuk tumbuhan berbunga (angiosperma). Bagaimanapun, sistem Cronquist telah menjadi amat popular dan oleh itu, banyak versi untuk sistem itu telah diterbitkan. Dalam sesetengah sistem berdasarkan Cronquist, nama Magnoliopsida (pada peringkat kelas) merujuk kepada tumbuhan berbunga (angiosperma).
- kelas Magnoliopsida [= angiosperma]
- subkelas Magnoliidae [= dikotiledon]
- subkelas Liliidae [= monokotiledon]
Sistem Reveal
Sistem Reveal menggunakan nama Magnoliopsida untuk kumpulan dikotiledon primitif yang merangkumi hampir separuh daripada tumbuhan-tumbuhan magnoliid:
- kelas 1. Magnoliopsida
- supersusunan 1. Magnolianae
- supersusunan 2. Lauranae
Sistem APG
Dalam sistem APG dan APG II, nama-nama botani hanya digunakan dari peringkat susunan ke bawah. Untuk peringkat yang lebih tinggi daripada susunan, sistem-sistem ini menggunakan nama-nama sendiri, umpamanya angiosperma, eudikot, monokot, rosid, dan sebagainya. Nama-nama ini merujuk kepada klad (tidak bertaraf). Kelas Magnoliopsida tidak ditakrif. Perhatikan bahawa idea untuk menjadikan dikotiledon sebagai suatu unit taksonomi yang mempunyai nama rasmi sendiri telah ditolak oleh APG: dikot adalah parafili.
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Magnoliopsida |